Rabu, 26 Mei 2010

Antara Dia, Kau Dan Aku - Episod 19

Raja Mogan : Deyyy! Apa ada susah! Ini lembu banyak gemuk! Ada besar juga! Kasi sembunyi sama dia punya belakang sudahlah.

Siti Nurbaiyah : Wah, bijaklah abang Raja hari nih. Cepat - cepat Myra. Sembunyi!

Elmyra : Aku sajalah yang sembunyi belakang lembu nih. Yang kau nak sembunyi sekali dengan aku tu buat apa Baiyah. Basikal kau tu sapa yang nak menjawab???

Siti Nurbaiyah : Abang Raja ada. Suruhlah abang Raja mengaku itu basikal dia.

Elmyra : Satu kampung tahu yang ada basikal warna hijau dalam kampung nih kau sorang jer Baiyah. Sudahlah! Pergi duduk depan tu.

Siti Nurbaiyah : Yerlah! Yerlah!

Elmyra : Kalau dia tanya kau apa - apa kau cakap jer tak tahu tau Baiyah!

Siti Nurbaiyah : Jangan risaulah. Ini Baiyah kut! Semua mesti beres punya.


Pakcik Rosman melalui kawasan itu dengan motosikalnya tanpa sedikit pun mengambil kisah tentang Siti Nurbaiyah yang tersenyum kelat dihadapannya. Selepas motosikal Pakcik Rosman hilang dari pandangan maka Siti Nurbaiyah pun mengurut - ngurut dadanya tanda berakhirnya satu penyeksaan emosi.

Siti Nurbaiyah : Hoi, pompuan! Bapa tiri kau dah tak ada. Keluarlah cepat. Karang lembu tu berak dekat muka kau baru kau tahu azabnya.

Elmyra : Fuh, nasib baik! Lega aku dowh! Kalau tidak memang nahaslah aku.

Raja Mogan : Dey minachi! Ini kamu dua worang ada bikin salah kah sama itu pakcik Rosman?

Siti Nurbaiyah : Mana ada Abang Raja. Tengok muka kami nih?

Raja Mogan : Ada apa sama kamu punya muka Baiyah?

Siti Nurbaiyah : Tengoklah betul - betul. Hah, nampak tak?

Raja Mogan : Itu jerawat ada besar juga sama itu kamu punya hidung.

Elmyra : Hahahaahahahaha.

Siti Nurbaiyah : Hish, bencilah cakap dengan abang Raja nih. Menyakitkan hati jer!!

Raja Mogan : Aiyo! Ada betul lah Baiyah. Itu jerawat batu besar juga ada duduk sama kamu punya hidung.

Siti Nurbaiyah : Diamlah abang Raja! Tetak dengan parang kang baru tahu.

Elmyra : Hahahahahaha.

Siti Nurbaiyah : Kau apa gelak - gelak perempuan? Cepat naik!! Kang dengan kau sekali aku tetak kang!!

Raja Mogan : Wah, adik manis! Ini hari banyak garang betul sama aku. Hati - hati adik manis bawa itu basikal.

Siti Nurbaiyah : Yerlahhhhh!!

Elmyra : Terima kasih abang Raja. Muahhh!

Raja Mogan : Wah, itu Preity Zinta kasi muahh sama saya. Muahhh balik! Bye bye Preity Zinta.

Siti Nurbaiyah : Kau tak payah menggatal dengan abang Raja tu lah Myra. Naik geli pula aku dengar bunyi Muahh Muahhh nih.

Elmyra : Hahaha.


Siti Nurbaiyah dan Nur Elmyra pun meneruskan perjalanan mereka ke hujung kampung. Kali ini Siti Nurbaiyah membawa basikal dengan sangat tertib dan penuh dengan ciri - ciri wanita melayu terakhir. Akhirnya, mereka berdua tiba di tempat wajib mereka bermain setiap petang.

Elmyra : Mana si Danish nih Baiyah? Tak nampak batang hidung pun.

Siti Nurbaiyah : Entah! Dia kata suruh tunggu dekat sini.

Elmyra : Betul ker nih Baiyah? Ker kau salah dengar. Kau jangan Baiyah. Karang sia - sia jer kita datang sini.

Siti Nurbaiyah : Hello!! Hari - hari aku korek telinga aku yer Cik Myra. Telinga nih kalau boleh dapat pengesahan dari SIRIM ker ISO ker memang dah lama tau aku dapat. Memang betul dekat sini.

Elmyra : Argghhhhhhhhhhhhhhhhhhh!! Tolongggggggggg!!

Siti Nurbaiyah : Kau nih kenapa..Arghhhhh...Tolongggg!!


To Be Continue...........

P/S
Nantikan 
Episod 20
Siri Antara Dia, Kau Dan Aku.
Akan Datang! 
Insyaallah!

Perhatian : Siri Antara Dia, Kau Dan Aku Adalah Hak Milik www.hanspunyablog.blogspot.com Dan Merupakan Hasil Karya Asli Penulis Hans Hanis. Sebarang Penyiaran Atau Penyalinan Semula Karya Ini Tanpa Kebenaran Dan Keizinan Daripada Penulis Adalah Salah Dan Tindakan Akan Diambil.

8 ulasan:

  1. tolong???? kenapa pulak nih???

    BalasPadam
  2. wahh..makin suspen gitu...azab ptama dgn pakcik jahat tu lepas dah...tp yg tang last tu..knpa agk nya...entah2 mak si myra tu dtg trik tlinga snyap2..hehehe..
    xpun anjing tu ttibe myerang..
    hehehe...xpun danish tutup mata mira dr blakang..
    hehehe..
    musykil2...

    den ni : Nur Amani..

    BalasPadam
  3. abang raja yg charming~hahahahaha

    BalasPadam
  4. waa kenapa dgn mura?? aduss suspen nyeee

    BalasPadam
  5. hahaha lawak la ade plak mnyorok belakang lembu? adoi.. abg raja ni nk mngatal pun cari la pmpuan remaja dorg ni bru bdk2 lagi... hehe

    BalasPadam
  6. kaki masuk dalam lidi basikal ke? haha

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com