Sabtu, 29 Mei 2010

Antara Dia, Kau Dan Aku - Episod 23

Makcik Latifah : Kan mak tanya kamu nih!!! Mana kamu pergi Myra?? Jawabbb!!!

Elmyra : Myr...Myra...Myraa...

Makcik Latifah : Kamu pergi mana hah!!!!

Elmyra : Myra pergi jumpa kawan tadi dengan Baiyah.

Makcik Latifah : Hah! Baguslah tu!! Kamu dah pandai curi - curi keluar macam nih sebab terpengaruh dengan perangai  si budak Baiyah tu kan?

Elmyra : Eh, mana ada mak. Baiyah tak ada buat jahat pun.

Makcik Latifah : Sudahhh!! Dah pandai dah menjawab sekarang!! Nasib ayah kamu tak tahu. Kalau dia tahu macam mana? Kamu nak kena pukul dengan dia lagi macam semalam??

Elmyra : Dia bukan ayah Myra!!


Nur Elmyra berlari laju mendaki anak - anak tangga tanpa menoleh ke arah emaknya langsung. Makcik Latifah masih lagi berleter di bahagian dapur selepas tergamam seketika mendengar kata - kata yang terpacul dari mulut Nur Elmyra tadi.

Nur Elmyra menghempaskan badannya ke atas tilam yang tidaklah empuk mana sambil menangis kesedihan mengenangkan nasib malangnya di dalam rumah tersebut.

Azan Maghrib berkumandang menghiasi ruang jingga langit senja melalui surau berhampiran kampung itu. Selepas setiap umatnya menunaikan kewajipan masing - masing menghadap sang pencipta maka segala jenis pekerjaan kembali diteruskan seperti biasa.

Makcik Latifah sibuk menghidangkan makanan di atas meja sambil mulutnya petah berleter memarahi adik - adik Nur Elmyra yang tidak kurang nakalnya.

Makcik Latifah : Ros! Wan! Cuba duduk diam - diam sikit!! Nak mak cubit perut kamu berdua ker??

Ros & Wan : Tak mahu mak.

Makcik Latifah : Kakak kamu mana?

Ros : Ada dalam bilik. Kenapa mak?

Makcik Latifah : Panggil akak kamu tu turun makan sekarang. Nanti nasi nih sejuk tak sedap pula nak jamah.

Ros : Itu akak dah turun. Kak Myra. Jom lah makan! Adik dah lapar nih.

Elmyra : Tak apalah. Akak tak lapar. Mak! Myra nak pergi rumah Ustaz Budiman nih. Myra pergi dulu.

Makcik Latifah : Haih? Kenapa awal sangat kamu nak pergi rumah Ustaz Budiman nih Myra? Selalunya lepas Isyak baru kamu pergi kan?

Elmyra : Hari nih Ustaz nak ajar awal.

Makcik Latifah : Tak nak jamah sikit ker makanan - makanan nih? Penat mak masak nih Myra.

Elmyra : Tak apalah. Baiklah mak. Myra pergi dulu. Assalammualaikum!


Nur Elmyra pun keluarlah dari rumah dengan tertib berbaju kurung merah jambu. Makcik Latifah hanya memerhatikan saja sikap anak sulungnya itu. Jauh di dasar hatinya, dia mengerti apa yang sedang Myra fikirkan.

Ros : Mak! Kenapa akak tak mahu makan yer?

Wan : Ar ar kan. Kenapa akak tak mahu makan mak?

Makcik Latifah : Akak kamu tu kenyang lagi tu. Baiklah. Jom kita makan.

Ros : Ish, apa nih Wan!! Angah yang ambil dulu kepak ayam nih.

Wan : Wan yang ambil dululah!!

Ros : Bagilah Angah balik kepak ayam tu Wan!!

Wan : Angah tipu!! Wan yang ambil dulu!! Jadi, kepak ayam nih Wan lah yang punya!

Makcik Latifah : Kamu berdua nih dah kenapa??? Asal perangai sorang - sorang tak senonoh sangat malam nih!! Depan rezeki pun nak bertengkar!! Ros!! Bagi kepak ayam tu dekat Wan!! Cuba beralah sikit dengan adik tu!!

Wan : Hahaha! Padan muka angah.

Makcik Latifah : Sudah! Kamu pun sama Wan! Makan!! Sekali lagi kamu berdua bertekak depan meja makan nih memang nahaslah dengan mak! Mak rotan sorang - sorang. Dah!! Makan!!



Nur Elmyra menaiki basikal tuanya menuju ke rumah Siti Nurbaiyah tanpa ada sekelumit pun perasaan takut yang bermain di fikiran walaupun dikelilingi dengan persekitaran yang gelap dan sunyi. Hanya ditemani bunyi cengkerik yang cuba menceriakan suasana malam yang suram.


Nur Elmyra : Assalammualaikum! Baiyah! Oh Baiyah!

Makcik Rokiah : Waalaikumsalam! Eh, Myra! Kenapa awal sangat kamu datang nih? Meh masuk dulu!

Nur Elmyra : Terima kasih makcik. Baiyah mana makcik?

Makcik Rokiah : Baiyah? Hahaha. Macam kamu tak tahu. Sah - sah lah dia tengah seronok melahap dekat dapur tu Myra oiiii. Nih kamu datang awal - awal nih kamu dah makan ker belum?

Nur Elmyra : Erk..erk...belum...eh, dah makan dah makcik.

Makcik Rokiah : Yang mana satu nih Myra? Dah makan ker belum? Tak baik tipu makcik. Nanti makcik tak ampun Myra nanti. Macam mana Myra nak masuk syurga. Hah, baik cakap betul - betul.

Nur Elmyra : Erk..Myra tak makan lagilah makcik. Tak ada selera.

Makcik Rokiah : Haih, mana boleh tak makan. Nanti karang nak pergi mengaji macam mana. Meh sini ikut makcik ke dapur. Pergi makan dengan Baiyah sekali. Cepat sebelum lauk habis. Baiyah tu kuat makan. Nasib metabolisme badan tu tinggi.

Nur Elmyra : Tak apalah makcik. Saya tak lapar.

Makcik Rokiah : Ish, mari makcik kata. Cepat! Nanti terlewat pula nak pergi rumah Ustaz Budiman karang.


Nur Elmyra pun mengikutlah Makcik Rokiah yang berjalan persis Ratu Sanggul tahun 80-an itu. Siti Nurbaiyah yang terkejut dengan kedatangan Nur Elmyra lantas menegur :-

Siti Nurbaiyah : Amboi! Awal kau datang malam nih Myra. Semangat betul nak pergi mengaji nampak.

Nur Elmyra : Entahlah. Aku dah dapat hidayah kut. Haha.

Siti Nurbaiyah : Hidayah konon! Yer lah tu. Hah! Jemputlah makan. Nih ada lagi lauk - lauk nih. Mak aku masak special malam nih. Macam tahu - tahu jer kau nak datang.

Makcik Rokiah : Hah, Baiyah! Kau suruh si Myra tu makan tapi pinggan nasinya kau tak bagi. Macam mana dia nak makan tu?

Siti Nurbaiyah : Alamak! Terlupalah ibu. Haha. Baiyah! Kau ambil periuk nasi tu teruslah senang. Makan dalam tu. Aku malas nak bangunlah. Adoiiiii! Sakitlah ibu! Cubit perut orang pula.

Makcik Rokiah : Dah kau tu pemalas sangat. Anak dara apa nih. Entah sapalah nak masuk meminang kau nih Baiyah kalau mereka tahu kau nih pemalas serupa gini.

Siti Nurbaiyah : Ada jer orang nak. Ibu jer tak tahu.

Makcik Rokiah : Siapa orang yang buta tu Baiyah oiii?? Cakap dengan ibu. Ibu nak suruh dia beli cermin mata. Rabun agaknya tu.

Elmyra : Hahaha.

Siti Nurbaiyah : Haih, anak ibu nih muka macam Nasha Aziz pula. Rugilah kalau diorang taknak. Kalau ibu bijak cubalah teka siapa orang tu?

Elmyra :Entah - entah Abang Raja yang ternak lembu tu per makcik.

Siti Nurbaiyah : Hish!! Simpang malaikat 44. Tak mahu aku. Itu kau Myra. Aku tak pernah jiwang - jiwang dengan 'Govinda' tu macam kau. Haha.

Makcik Rokiah : Manalah ibu tahu. Owh, nih mesti Farhan anak tok Bilal yang hensem tu kan?

Siti Nurbaiyah : Owh, itu Baiyah buat skandal jer ibu.  Haha! Cepat - cepat teka lagi.

Makcik Rokiah : Skandal hangguk kau. Bukan hari tu kau menangis - nangis ker sebab anak tok Bilal tu taknak dekat kau Baiyah? 

Siti Nurbaiyah : Ish, ibu nih. Janganlah bising - bising. Kan dah kantoi dengan Myra. Adoi!!

Elmyra : Wah, siapa weih Baiyah? Asal selama nih aku tak tahu?

Siti Nurbaiyah : Hahaha. Aku kan pandai simpan rahsia.

Makcik Rokiah : Siapa yang rabun yang suka dekat kau nih Baiyah. Bagitahu ibu.

Siti Nurbaiyah : Ibu kenal orang tu lah ibu.

Makcik Rokiah : Siapa Baiyah??....................


To Be Continue...........

P/S
Nantikan 
Episod 24
Siri Antara Dia, Kau Dan Aku.
Akan Datang! 
Insyaallah!

Perhatian : Siri Antara Dia, Kau Dan Aku Adalah Hak Milik www.hanspunyablog.blogspot.com Dan Merupakan Hasil Karya Asli Penulis Hans Hanis. Sebarang Penyiaran Atau Penyalinan Semula Karya Ini Tanpa Kebenaran Dan Keizinan Daripada Penulis Adalah Salah Dan Tindakan Akan Diambil.

14 ulasan:

  1. eps 23?bila keluar eps 1?haha..aku xsempat nak baca lagi eps lepas2..nnti ada masa aku baca ok...

    BalasPadam
  2. ahha.
    wah.
    baiyah pun ramai admirer.
    ;)

    BalasPadam
  3. anak tok kadi pulak kot hahaha

    BalasPadam
  4. Ni mmg style citer melayu...bersambung time makan...huhuh

    BalasPadam
  5. drama la bunga..ni memang camni

    BalasPadam
  6. hahahahahahahahahahahahaha...
    aku suka episod ini tanpa sebab..

    oreo like this!

    BalasPadam
  7. once again aku gelak sorang bila baca.

    BalasPadam
  8. ekau mmg sesuai dgn baiyah la hans miahahahaha!!!

    BalasPadam
  9. weh..
    ape cerita pnjg sgt!
    tesion ak nk bace..
    hakhak!

    BalasPadam
  10. sape secret admire baiyah?haih...tertanya2 ni..

    BalasPadam
  11. baiyah sudah jatuh hati kat sape tuh
    sporting betul mak baiyah,haha

    BalasPadam
  12. aku suka baiyah.. yeah2.. hahah..

    BalasPadam
  13. makcik rokiah.: hanngguk kau (mcm bukan watak seorang mak yang kelakar jerk...)...

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com