Ahad, 16 Mei 2010

Antara Dia, Kau Dan Aku - Episod 6

Elmyra : Cess! Relaks arrr bro. Ini akulah Myra. Ada pula kata aku nih hantu. Ini aku nak merajuk nih.

Danish : Eh, Myra! Apa awak buat tengah - tengah malam nih? Macam mana awak boleh masuk kawasan rumah saya? Awak guna ilmu apa?

Elmyra : Rumah awak bukan ada pagar pun. Lagipun, inikan kawasan kampung. Awak nih slow lah. Rumah sendiri ada pagar ker tak pun awak tak tahu. Adoi.

Danish : Sorrylah Myra. Saya cuma terkejutlah tadi. Tiba - tiba awak muncul depan saya. Nih kenapa awak keluar malam - malam nih. Tak takut ker jalan sorang - sorang malam - malam nih?

Elmyra : Cool lah bro! Ini Myra lah. Lagipun saya tak percaya semua benda alah nih. Mengarut!

Danish : Hurm... Apa tujuan awak datang malam - malam nih?

Elmyra : Owh, lupa plak nak bagitahu. Esok pagi tunggu dekat simpang depan rumah Pakcik Ali tu tau. Kita pergi sekolah sama - sama. Sekali dengan Baiyah.

Danish : Pasal tu jer awak datang malam - malam buta nih?

Elmyra : Yups! Itu jer lah saya nak bagitahu. Okaylah. Saya balik dulu. Awak jaga diri. Selamat malam.

Danish : Jumpa esok pagi. Selamat malam. Hati - hati jalan tu. Jumpa apa - apa sebut nama saya 3 kali. Haha.

Elmyra : Banyaklah awak. Okay. Bye.



Elmyra pun berjalan pulang seorang diri ke rumah. Melalui kawasan yang dipenuhi kebun getah di kira dan kanan memang sangat menyeramkan. Bunyi pungguk merindukan bulan juga membuatkan bulu roma berdiri tegak secara tiba - tiba. Elmyra terasa bagaikan dirinya diperhatikan makhluk lain.

Elmyra : Haih, kenapa aku rasa semacam jer nih. Selalu tak macam nih pun. Menyesal pula aku cakap besar tadi. Kalau tahu macam nih ajak Baiyah teman pun tak apa.


Tiba - tiba sebuah ranting pokok gugur dan hampir menghempap Elmyra. Si Elmyra yang memang sudah takut dengan suasana seram itu pun lantas menjerit sambil berlari sekuat hati tanpa menoleh ke belakang.

Elmyra : Makkkkkkkkkk!!! Tolongggggg!! Hantuuuuuuuu!!


Sewaktu tiba di rumah, kelihatan ayah tiri Elmyra iaitu pakcik Rosman sedang menunggu di halaman rumah sambil ditemani sebuah tali pinggang di tangan kanannya. Elmyra tiba di halaman rumah dan terkejut besar apabila terpandangkan kelibat ayah tirinya itu.

Pakcik Rosman : Apa nak jadi dengan kau nih hah? Keluar malam sorang - sorang macam nih. Kau tak tahu malukah? Anak dara jenis apa kau nih?

Elmyra : Sakitlah pakcik. Jangan pukul aku lagi. Aku tak suka kau. Makkkkkkkk! Tolong Myra mak. Sakitttt!

Makcik Latifah : Abangggg!! Sudah - sudahlah tu! Jangan pukul anak saya nih lagi!

Pakcik Rosman : Awak jangan ganggu urusan saya dengan dia Tipah. Kang dengan awak - awak saya libas dengan tali pinggang nih.

Elmyra : Makkkkkkkkk! Tolong Myra makkkkkkkkkk........

To Be Continue........

P/S
Nantikan 
Episod Ke-7 
Siri Antara Dia, Kau Dan Aku 
Pada Esok Hari. 
Insyaallah!


Perhatian : Siri Antara Dia, Kau Dan Aku Adalah Hak Milik www.hanspunyablog.blogspot.com Dan Merupakan Hasil Karya Asli Penulis Hans Hanis. Sebarang Penyiaran Atau Penyalinan Semula Karya Ini Tanpa Kebenaran Dan Keizinan Daripada Penulis Adalah Salah Dan Tindakan Akan Diambil.

26 ulasan:

  1. uish, garang sangat ayah tirinya,hak3
    kan tak pasal2 kena bedal dengan SEBUAH tali pinggan,haha

    BalasPadam
  2. mane la penulis blog ni??
    xsbar nk tgu episod sterusnye...ngee~

    BalasPadam
  3. eeeiiii benci tol orang cam bapak tiri myra tu

    BalasPadam
  4. alaaa malam nie lah smbung..
    xsabar dh nie

    BalasPadam
  5. berani betul myra..ada plak konflik bapa tiri yg jahat..

    BalasPadam
  6. hakhak..
    ko kah bapak tiri diew?

    BalasPadam
  7. damn!! watak antagonis plak...nie yg geram nie~

    BalasPadam
  8. aku rasa mmg patut dia dipukul! hahahaha yela ade plak anak dara kluar malam? aku sokong pak cik rosman! pukul jgn x pukul!!! hahhaa

    BalasPadam
  9. nick irfan :
    kalo sbb nk mngajor ank tiri yer tu xpela..
    tp kalo da terok smpai nk libas bini sdri camne??

    BalasPadam
  10. ni mst ada konflik keluarga
    dah cm citer Tentang Bulan plak
    uhuhuhuhuuu~~

    BalasPadam
  11. adoi hans..geram3..... alang3..habiskan je la citer.. hahaha best layan cter nih..

    BalasPadam
  12. oh ada ayah tiri si myra ni..garangzz lak tu

    hans!!akk minat betoi chipmunk nyanyi lagu justin bieber ni:)

    BalasPadam
  13. Huhu... bile nak jadikan ia skrip movie

    BalasPadam
  14. ganasnye bapak dia!hehe..tapi betul la...cara tu berkesan utk mengajar...take note para gadis;jgn keluar lewat malam,nanti bapak pukul.Tu takpe lagi bapak pukul,kalau malaikat pukul...lagi la menakutkan...huhu

    BalasPadam
  15. pakcik rosman tolong rotan penulis blog ni skali ye.. =P
    wakakkaka.. *larikk*

    BalasPadam
  16. oii oii..
    jgn la watakkan rosman tu kejam sgt oi..
    sadis la aku baca..
    cian myra tuh..
    T_T

    BalasPadam
  17. berani pulak si Elmyra tu kuar umh mlm2, kan dah kena bedal huhuhu

    BalasPadam
  18. berani pulak si Elmyra tu kuar mlm, kan dah kena bedal heehe

    BalasPadam
  19. berani pulak si Elmyra tu kuar mlm, kan dah kena bedal heehe

    BalasPadam
  20. bestnye kalau aku dpt danish tu~
    mcm suwit je~
    nway, aku rase ni cite mcm budak2 tapi nape perangai mcm aku yg dah 20 ni?
    haiyaaa~ dak kicik yg terlebh matured atau dak besar (mcm aku) yg terperangai dak kecik?
    hans, explain kan??

    BalasPadam
  21. ada unsur lawak lak..
    tetiba ada unsur suspen..

    Mmm..
    next ep..

    BalasPadam
  22. garangnya ayah tiri elmyra.. kesian dia..

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com