Isnin, 17 Mei 2010

Antara Dia, Kau Dan Aku - Episod 8

Nampaknya Siti Nurbaiyah sudah pun merancang sesuatu untuk membalas dendam terhadap Atan atau lebih mesra dengan panggilan Makhluk Biru. Bunyi loceng berkumandang di seluruh perkarangan sekolah menandakan waktu rehat sudah pun bermula. Siti Nurbaiyah pula ghairah menuju ke tempat parkir basikal seorang diri.

Siti Nurbaiyah : Hahaha. Rasakan kau Atan skema! Hari nih kau boleh berjalan kaki pulang ke rumah. Puas hati aku!!  Biar kau rasa!! Hahaha!

Mei Ling : Hey! Apa kau buat tu hah?

Siti Nurbaiyah : Eh, mana ada aku buat apa - apa! Sajalah aku duduk - duduk dekat sini. Lagipun sekarang kan waktu rehat. Kau pula buat apa dekat sini?

Mei Ling : Saya kan bertugas di kawasan nih hari nih. Eh, awak rupanya Baiyah!

Siti Nurbaiyah : Yerlah Mei Ling. Aku lah nih. Rakan kelas kau lah. Takkan dah lupa pula.

Mei Ling : Owh!! Awak pancitkan tayar depan basikal Atan yer Baiyah!

Siti Nurbaiyah : Alamak Mei Ling. Tolonglah. Aku merayu dengan kau. Janganlah bagitahu dia. Aku janji aku tak buat lagi. Tolonglah. Aku merayu sangat dengan kau. Nanti aku kena tindakan disiplin. Matilah aku kalau mak ayah aku tahu. Apa aku nak jawab dengan mak ayah aku dekat rumah tu nanti. Aku belanja kau makan ais kacang dekat warung Mak Jenab lepas sekolah nih. Okay?

Mei Ling : Hahaha. Sudah buat salah lagi mahu rasuah saya ker? Bertenanglah Baiyah! Jangan risau. Ini rahsia kita berdua saja.

Siti Nurbaiyah : Eh, biar betul kau nih Mei Ling. Betul ker kau nih Mei Ling? Kau tak nak tulis nama aku dekat buku 555 warna merah macam Atan selalu buat tu? Bawa aku jumpa cikgu Azlan yang garang tu ker?

Mei Ling : Hahaha. Tak adalah. Jangan risau. Kalau awak pancitkan tayar basikal orang lain memang saya akan bawa awak jumpa cikgu disiplin sekolah kita, cikgu Azlan. Tapi sebab awak pancitkan tayar basikal Atan, kesalahan awak tu dikecualikan.

Siti Nurbaiyah : Eh, kau pun tak suka Atan juga ker?

Mei Ling : Mestilah tidak. Hahaha. Cuba awak bagitahu saya siapa yang suka dengan si Atan tu? Poyo jer lebih dia tu. Eh, Baiyah! Awak tolong coverline kejap. Kalau ada orang datang sini bagitahu saya yer.

Siti Nurbaiyah : Kenapa? Kau nak buat apa Mei Ling?

Mei Ling : Alang - alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Alang - alang awak dah pancitkan tayar depan basikal si Atan nih, apa kata saya pula pancitkan tayar belakang basikal dia nih. Barulah dia tahu dunia itu bulat. Baru dia tahu hidup manusia umpama roda.

Siti Nurbaiyah : Erk...betulkah kau nih Mei Ling?????


To Be Continue.....

P/S
Nantikan 
Episod 9 
Siri Antara Dia, Kau Dan Aku 
Dalam Masa Terdekat Ini. 
Insyaallah!


Perhatian : Siri Antara Dia, Kau Dan Aku Adalah Hak Milik www.hanspunyablog.blogspot.com Dan Merupakan Hasil Karya Asli Penulis Hans Hanis. Sebarang Penyiaran Atau Penyalinan Semula Karya Ini Tanpa Kebenaran Dan Keizinan Daripada Penulis Adalah Salah Dan Tindakan Akan Diambil.

34 ulasan:

  1. haha...siot jek lu ni!!!
    si ling tuh 2*5 jek enk..
    hahaha! bagus2...
    kena kan lagi si mkhlok biru tuh..
    tah2 CT pon _ _ _ _ kat mklok biru tu kot!geeee~ :)

    BalasPadam
  2. klu skolh aku dlu makhluk pink r..

    xsbr untuk seterusnya.. hahah..

    BalasPadam
  3. bila watak i nak masuk nih? hahaha.. hans.. letak la gambar apa2.. kasi cun lagi skrip ni :D

    BalasPadam
  4. sian si atan yg poyo huhu

    BalasPadam
  5. yes tekaan aku tepat
    haha, makin menarik nampaknya
    meiling satu kepala ngan baiyah
    myra camne? dalam kesakitan lagi ke kena pukul bapak tiri?

    BalasPadam
  6. wahh, da bley buat buku crita nih..bley jual nih..hehee

    BalasPadam
  7. kuang asam punye mei ling

    heheee

    BalasPadam
  8. budak2 pompuan zaman skang mmg ske pancitkan tayar org.. =P.. mcm mana lah pakcik rosman x hangin kan.. ^.^

    BalasPadam
  9. lama tak lawat ko......agak bz

    BalasPadam
  10. hahahahahahaharuunnn

    jahat sgt atan yer.. kan dah kena sorong baskal balik skolah kang... hihihih

    BalasPadam
  11. huh! meiling pun join sekaki jgk! hahahaha teringat plak zaman aku dulu ops!! hahhahaahhaa

    BalasPadam
  12. wah minat menulis skrip ek?

    BalasPadam
  13. aahaha pengawas ke pengganas..hampeh tul mei ling

    BalasPadam
  14. sian atan~~~
    baek nyer mei ling...

    BalasPadam
  15. sejam aku baca semua nie (1-8)...tue nama watak sebenar ker?

    BalasPadam
  16. as usual hans memang pandai buat suspen

    BalasPadam
  17. hakhak...
    elok2!!
    bagus kedua2nya...


    sape watak utama nieyh????

    BalasPadam
  18. hahaha.. menarik.. tak sabar nak baca episod yg seterusnya :P

    BalasPadam
  19. wah...xsabar tggu episod seterusnya..
    :)
    teruja....

    BalasPadam
  20. aku terbayangkan ah moi tu cam
    ahmoi dlm upinipin~

    BalasPadam
  21. cter ni create sndiri eh? best2 XD

    BalasPadam
  22. haha..nasib baik mei ling satu kepala..

    BalasPadam
  23. yeah!!mei lin pakat ngan baiyah..ha33..

    BalasPadam
  24. Baru baca ke-lapan2 episod cte ko ni.
    Agak teruja gak la.

    Keep up the good work bro!

    BalasPadam
  25. ..teruskan..

    sportin ar mei ling..

    kahkah..

    BalasPadam
  26. hahahaa.. mei ling pun sama nakal.. tak suke kat atan poyo..

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com