Selasa, 18 Mei 2010

Antara Dia, Kau Dan Aku - Episod 9

Kringggggggggggggggggggggg! Bunyi loceng bergema menandakan tamatnya sesi persekolahan pada hari itu. Kelihatan semua pelajar berpusu - pusu menyerbu ke pintu pagar sekolah untuk pulang ke rumah masing - masing. Danish dan Siti Nurbaiyah pula menuju ke tempat parkir basikal mereka sebelum pulang ke rumah. Suasana menjadi kecoh seketika apabila Atan datang kepada mereka berdua.

Atan : Aku tahu ini semua mesti kerja kau kan? Lebih baik kau mengaku sekarang! Kalau tidak aku laporkan hal nih pada cikgu Azlan!

Danish : Kau nih pehal bro? Tiba - tiba nak angin tak tentu pasal nih??? Apa aku dah buat dekat kau??

Atan : Apa kau dah buat dekat aku? Kau tengok basikal aku tu! Kau tengok!! Aku tahu nih semua mesti kerja kau kan?? Kau yang pancitkan kedua - dua tayar basikal aku tu kan?

Danish : Woi, makhluk biru! Kau jaga sikit mulut kau! Nanti orang lain makan nasi dengan mulut, kau pula makan nasi dengan straw! Jangan suka hati mak bapak kau jer nak menuduh aku yang bukan - bukan!

Atan : Mak bapak jangan main yer! Siapa makhluk biru hah? Kau jangan nak berlagak samseng depan aku yer!

Siti Nurbaiyah : Woi, Atan! Kau nih dah kenapa? Tiba - tiba tuduh Danish yang bukan - bukan. Kau ada bukti  ker untuk buktikan yang si Danish nih orang yang pancitkan tayar basikal buruk kau tu hah?

Atan : Ohhh, nama budak nih Danish! Hoi, Baiyah! Hari nih hanya 2 orang jer yang datang lewat ke sekolah dan yang mencari pasal dengan aku. Korang berdua! Tapi takkan kau  pula nak pancitkan basikal aku. Ini kerja budak lelaki. Mestilah si Danish nih punya angkara.

Danish : Kurang ajar! Kau nih memang tak sayang mulut. Celaka! Ambik kau!


Danish sudah hilang sabar dan tanpa sedar dia telah melepaskan tumbukan padu tangan kanannya tepat mengenai hidung Atan. Atan jatuh terduduk sambil mengerang kesakitan. Darah mengalir keluar dari hidung Atan.

Siti Nurbaiyah : Danish! Apa awak dah buat nih?

Danish : Sebab budak nih kurang ajar. Memang patut dia kena ajar macam nih. Aku tak pernah pun berdendam dengan kau Atan! Aku tak pancitkan pun tayar basikal kau! Basikal kau pun aku tak pernah tengok! Aku tak tahu apa - apa. Tiba - tiba kau tuduh aku yang buat! Agak - agaklah bro kau nak cari pasal dengan aku pun!! Kau ingat kau pengawas kau dah cukup bagus??

Cikgu Azlan : Hoiiii!!

Siti Nurbaiyah : Alamak! Habislah kita Danish! Cikgu Azlan dah datang.


Kelihatan guru disiplin yang paling ditakuti oleh setiap pelajar di sekolah itu iaitu Cikgu Azlan muncul bersama dengan Mei Ling. Wajah Cikgu Azlan ketika itu ibarat singa yang sedang kelaparan dan bersedia untuk menerkam mangsanya.

Cikgu Azlan : Apa dah jadi nih hah? Kamu nak jadi samseng ker? Bergaduh dalam kawasan sekolah!!! Bertumbuk!! Apa nak jadi dengan kamu semua nih?? Kamu rasa kamu dah cukup kuat ker??

Danish : Tapi, cikgu....

Cikgu Azlan : Sudah!!! Saya tak mahu dengar apa - apa alasan dari kamu semua! Kamu semua pergi ke bilik saya sekarang!

Siti Nurbaiyah : Tapi, cikgu! Saya....

Cikgu Azlan : Sekaranggggggggggggg!!!!


Mereka bertiga mengikut Mei Ling dan Cikgu Azlan yang membebel seorang diri sepanjang perjalanan. Sekali sekala Cikgu Azlan bertempik kepada mereka bertiga menyuruh mereka bergerak pantas. 

Mereka tiba di bilik Cikgu Azlan dan masing - masing menunjukkan reaksi wajah yang berlainan. Siti Nurbaiyah kelihatan sugul. Mei Ling pula kelihatan sedikit cemas. Danish masih lagi menunjukkan wajahnya yang marah. Manakala Atan pula menunjukkan reaksi kesakitan kerana hidungnya berdarah ditumbuk Danish tadi.

Cikgu Azlan : Sekarang saya nak tahu apa sebenarnya yang terjadi dekat tempat letak basikal tadi sampai kamu berdua bergaduh macam nih. Hah, tunggu apa lagi?? Cakaplah cepat!! Tadi nak bertumbuklah nak bertekaklah!! Kenapa sekarang diam??

Atan : Budak nih pancitkan tayar basikal saya cikgu.

Danish : Hoi! Kau nih dah lebih - lebih. Aku tak pernah sentuh basikal kau. Basikal kau pun aku tak tahu yang mana satu.

Cikgu Azlan : Diam!! Depan saya pun kamu berani nak bergaduh lagi?? Hah?? Baik!! Saya nak dengar dari setiap seorang dari kamu!! Ceritakan apa sebenarnya yang terjadi!! Hah, kamu!! Bagitahu saya apa yang terjadi tadi dekat tempat letak basikal tu!

Siti Nurbaiyah : Saya...ker...cikgu..

Cikgu Azlan : Hahh!! Kamulah!! Siapa lagi!! Takkan saya pula!!

Siti Nurbaiyah : Saya dengan Danish pergi sanalah cikgu nak ambil basikal kami. Tiba - tiba datang si makhluk biru...eh silap! Datang pula si Atan nih marah - marah dekat Danish. Dia tuduh Danish pancitkan tayar basikal dia. Mana ada Danish pancitkan pun. Pandai - pandai jer si Atan nih tuduh Danish cikgu.

Cikgu Azlan : Mana kamu tahu si Danish tak terlibat dalam hal nih?

Siti Nurbaiyah : Err....Errr......

Mei Ling : Cikgu! Danish tak terlibatlah cikgu sebab waktu rehat tadi saya bersama dengan Danish dan Baiyah makan bersama - sama di kantin. Mustahil si Danish yang pancitkan tayar basikal si Atan sebab saya ada bersama dia tadi cikgu.

Cikgu Azlan : Oh, macam tu ceritanya! Kamu nih Atan! Kenapa kamu tuduh si Danish nih yang pancitkan tayar basikal kamu? Kamu ada bukti?

Atan : Err....err...saya....

To Be Continue.......

P/S
Nantikan 
Episod 10 
Siri Antara Dia, Kau Dan Aku 
Pada Petang Nanti. 
Insyaallah!


Perhatian : Siri Antara Dia, Kau Dan Aku Adalah Hak Milik www.hanspunyablog.blogspot.com Dan Merupakan Hasil Karya Asli Penulis Hans Hanis. Sebarang Penyiaran Atau Penyalinan Semula Karya Ini Tanpa Kebenaran Dan Keizinan Daripada Penulis Adalah Salah Dan Tindakan Akan Diambil.

17 ulasan:

  1. wah..mei ling lak pandai kelentong..mana myra ni???still xmuncul lagi..

    BalasPadam
  2. ahah..mei lin lagik~hee...wah2...padan muke atan..ambik kau!!

    BalasPadam
  3. yeah.. ramai tul ske danish.. terasa aku plak watak danish tu.. hahah...

    BalasPadam
  4. cite pe nie..? nape aku tatau..? hahha...

    BalasPadam
  5. hans, tambah satu watak lagi
    budak india, baru cukup 1 malaysia,hak3

    apapun, mei ling makin menyerlah
    kelentong baik punyer

    mana myra nih

    BalasPadam
  6. Atan tak kenal lagi budak perempuan ni.
    Kena jerkah and disuruh berdiri luar kelas oleh Cikgu Fizik di kala hujan lebat sembah ke bumi. HAHA.

    BalasPadam
  7. nmpak besh je..cube2 tgk t.. :)

    BalasPadam
  8. waaahhh!! Sayang kat ko hans! Puas atie aku si atan dapat penumbuk! Hehe

    BalasPadam
  9. sian aku tgk atan ni? tetiba ke tumbuk plak? adoiyai.. hahaha

    BalasPadam
  10. padan muka atan ...geram haku.. hehehe

    BalasPadam
  11. hukhuk..
    sib baek ade pnyelamat keadaan!

    BalasPadam
  12. wahaa...keganasan!keganasan!haaahahaha

    BalasPadam
  13. biasala tuuu..banyak alasan nak diberi bila salah...bagus ugak ckgu tu dtg kalo x..heeee

    BalasPadam
  14. nasib baik mei ling cover line...huhu..patutnya buh je beskal atan tu dalam semak hahaha baru dia takleh balik..(opps..sorry hans..terover plak!)

    BalasPadam
  15. haha..dpt smbuta tul neh...hehe...mmg pdan pon muka atan tu..poyo sgt..haha..

    BalasPadam
  16. gua sukalah mei ling tu..

    bagus..
    bagus..

    mesti danish blur..
    hahaha

    BalasPadam
  17. pandai mei ling kaver line.. baik punya.. ok.. dah sampai sini stop.. dulu.. nanti nak sambung baca balik..

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com