Jumaat, 28 Mei 2010

Apa Perbezaan Apabila Blog Anda Ada Banyak Followers/Pembaca Dengan Hanya Sedikit Followers/Pembaca?

Dulu masa aku mula berblog rasa best sangat tengok blog lain yang ada banyak followers atau pembaca atau komen yang aku perlu scroll sampai 4-5 kali baru sampai dekat button untuk aku post kan komen aku. Waktu tu selalu berangan bilalah mampu nak jadi macam tu. Hahaha. Sampai sekarang pun tak pernah lagi merasa macam tu. 

Alhamdulillah, sekarang boleh tahanlah jumlahnya yang baca blog ini. Cuma apa perbezaannya antara sekarang dan waktu dahulu? Sangat banyak perbezaannya.  Jadi, aku menyenaraikan dari segi positif dan negatifnya yang aku terima.

Positif :-

1) Makin banyak ilmu yang kita tahu hasil daripada perkongsian komen dengan blogger lain. Sebab tu aku suka kalau blogger komen entry sambil cerita pasal pengalaman atau pengetahuan tentang entry yang sedang dibaca tu.

2) Senang nak tahu pasal info sesuatu tempat, pekerjaan, harga barang atau apa - apa sahaja sebab blogger - blogger nih terdiri dari pelbagai umur, bangsa, agama dan juga pekerjaan.

3) Senang tahu pasal sesuatu contest yang dianjurkan dan kalau contest yang memerlukan blogger mengundi, insyaallah ada harapan menang. Hahaha.

Negatif :-

1. Waktu dulu aku gembira sebab aku boleh tulis apa - apa jer aku suka. Sekarang pun aku leh tulis apa - apa aku suka. cuma kena lebih berhati - hati dengan apa kita tulis. Cuma apabila pembaca bertambah maka segala jenis perangai  blogger sama ada baik, pelik, psycho, suka cari pasal dan sebagainya akan dijumpai.

2. Selalu berjumpa dengan para pengiklan yang pelik - pelik di ruangan chatbox.

3. Lebih ramai yang akan follow blog kita tetapi tak tahu kenapa. Mungkin memang betul mereka sukakan blog kita. Mungkin juga mereka mengharapkan kita follow kembali blog mereka. Atau mungkin juga seperti apa blogger - blogger lain kata iaitu mahu mendapatkan traffik.

4. Cuba bayangkan jika semua yang follow blog kita nih komen entry - entry kita. Jika follower blog anda ada seramai 5,000 orang dan 5,000 orang ini komen setiap entry anda. Fuh, memang meriah. Tapi, jika yang follow 5,000 tapi yang komennya hanya 5 orang. Haih, rasa macam tak best pun ada.

Sebenarnya, banyak lagi aku nak senaraikan tapi malas plak. Hahaha. Novel Chef aku baru habiskan 40 muka surat. Dah buat aku rasa nak baca sampai habis jer. Apa - apapun, selamat berblog dengan gembira.

P/S : Susah Jika Semua Orang Mahu Disamakan Seperti Kita. Jadi, Hormatilah Setiap Orang Lain Kerana Dunia Ini Penuh Warna Warni.

30 ulasan:

  1. xde ape ngn jumlah follower..
    pembace yg ramai lagi bagus..
    kan..?

    BalasPadam
  2. kadang2 terfikir jugak kenapa org follow blog saya.. padahal saya tulis merepek je..

    BalasPadam
  3. pembaca lagi penting:) macam blog lu lah

    BalasPadam
  4. sesetengah yg follow mmg hrp kita follow balik.

    pengomenku masih sdikit tapi ku tak kesah :)

    BalasPadam
  5. Lagi ramai yg baca lgi seronok kot.
    tpi part komen tu..aaa frust la jgk kot.

    BalasPadam
  6. kau ni tulis belog dah macam tulis status fesbuk...laju je

    Latest Entri : Komen Puaka

    BalasPadam
  7. ramai yang follow tapi tak penah baca setiap update kita.

    ramai yang baca tapi tak suka memberi komen.

    BalasPadam
  8. mungkin bagi blogger yang baru nak blogging ni dah set kat mind diorang nampak follower ramai kira hebat la tu..

    BalasPadam
  9. bg aku pmbca yg tegar pting...kalau stakat fllw je tapi tak selalu dtg wat pe...hanya pdgn je ok

    BalasPadam
  10. bg alif pmbc yg tegar yg pting...stakat fllw tp tak dtg mbc wat pe

    BalasPadam
  11. bila follower sedikit nampak macam blog kita kurang menarik, dan bila follower banyak nampak macam blog kita sangat feymes sampai orang lain duk follow sebab nk tau ape yg besh sangat. *saye la tu..hehe*

    tp saya tak kisah dengan bilangan follower dan saya tak pernah menagih orang follow saya balik. cukup senang hati jika ada yang singgah dan baca.

    ok. Masa awal2 dulu, sy lebih suka menjadi silent reader, baca entri orang dan pikir sendiri. Sebab saya takut buah fikiran saya tak mantap untuk comment. Bila da selalu menulis dan sudah mula pandai berhujah tentang sesuatu, saya akan comment di entri itu jika ada yang terdetik di hati untuk di sampai kan..

    alamak, panjang pulak.. hehe sory encik hans! hehe

    BalasPadam
  12. betul tu.. aku sokong semua kata2 kau yg bernas tu..

    yg penting org baca apa kite tulis dan dpt berkongsi.. follow xfollow tu citer lain..

    BalasPadam
  13. saye punye follower raser nyer banyak kot....tp yg saye x puas ati nye nape bile saye buat n3 baru cume 2-3 org yg bagi ulasan T____T

    BalasPadam
  14. pembaca lagi ramai lagi bagus dari follower ramai, tp yg datang singgah 3 - 4 kerat jer.. pon jadahnye


    - hans mmg lagging pon.. tahap mementalkan kita.. :)

    BalasPadam
  15. agak pantang dgn newbie yang guna cara salah untuk promote blog..huhuhu

    BalasPadam
  16. hukhuk..
    lagieyh prbezaa..
    leh bgga dgn bloggers yg followers yg skit macam ak.
    sedeyh..
    hakhak!!!!

    BalasPadam
  17. stuju sgt2..sye msih skit follower..jdi boleh post sesuka hti..

    BalasPadam
  18. hans beb.. hehehe.. aku da post hadiah utk kamu smlm.. harap smpi la ye.. congratz sbb da grad =)

    BalasPadam
  19. tuh laa!
    dulu jeles tgk blog org ribu ribu follower!
    tapi skang neh sume nye malas!
    heheh

    BalasPadam
  20. sy suka sangat bila ada pembaca yang sudi komen..rasa dihargai & rasa lebih dekat ngan pembaca..kan?? stuju tak?

    BalasPadam
  21. selepas setahun berblogging baru eny tahu apa itu followers :p

    BalasPadam
  22. erm... follower encik hans gile ah byk... comment2 juga... trafik..

    wah...keep on blogging....:D

    BalasPadam
  23. hehe...aku mula blogging dulu pun nak ada followers yang banyak,tapi pembaca lagi penting huhu

    BalasPadam
  24. ala en.hans..walaupun hanya kita berdua saja berkomen-komenan di blogku yang tak seindah biasa itu..aku hepi juga walau follower nda sampai seploh..
    hehe

    BalasPadam
  25. baguih lh tu.
    banyak pendapat, banyak debat, banyak gadoh! best woh! tapi aku tak suka. sebab nanti aku nangis and nak shut down belog. HAHA.

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com