Isnin, 24 Mei 2010

Bas Sani Ekspress Buat Aku Rasa Macam Raja Pula



Akhirnya Dah Sampai Bumi Tercinta Aloq Staq. 1st time naik Bas Sani Express dan rasa macam Raja dowh duduk dalam bas tu. Gila selesa duduk dekat bahagian bawah sebab bas Sani kan 2 tingkat. Siap ada penyembur pewangi lavender lagi. Ruang kaki yang luas. Kerusi pun boleh tahan empuk. Memang terbaiklah bas nih. Layanan dari pakcik bas dan pencabut tiket pun memuaskan. Harap teruskan dengan layanan ini.

Semalam banyak juga member - member aku kata aku sengal. Hahaha. Mana tak nya. Pergi Shah Alam pukul 11.00 malam hari Sabtu. Sampai dekat Shah Alam hari Ahad pukul 5.45 pagi dan balik ke Alor Setar hari Ahad pukul 10.30 malam. Kuikuikui. Biasalah tu. Aku dah pernah buat dah masa part 6 waktu diploma dekat Uitm Melaka. Sebab waktu tu ada 2 subject jer dimana hanya satu subject je ada kelas.

Yang aku ingat masa part 6 tu, aku dengan selambalah bertolak malam pukul 10. Padahal pagi esok pukul 8.30 ada midterm subject translation. Alih - alih malam tu highway sesak gila - gila punya. Aku dah cuak gila dah. Tak sampai dekat Melaka Sentral lagi padahal dah pukul 7.15 pagi. Aku terpaksalah mesej lecturer aku suruh mula lewat sikit. Nasib dia memang dah anjak kan ker pukul 9.00 pagi. Sampai Melaka Sentral dah pukul 7.30 pagi. So, budget pukul 9 aku bantailah naik bas Patt Hup ker apa entah. Alih - alih ramai pula naik. 

Dah nama bas henti - henti nih memang ambil banyak masa. Sampai dekat Alor Gajah dah pukul 8.50 pagi. Serius cuak mampus. Aku redah ambil teksi. Dengan beg baju aku yang besar gedabak macam nak pergi Mekah tu lah aku bawa masuk kelas. Masuk - masuk terus jawab midterm. Hahaha. Lecture aku kata dia bangga dengan aku sebab tepati janji sebab sampai tepat pukul 9.00 pagi. Dia tak tahu aku punya cuak nak mampus waktu nak sampai kelas tu. Tak silap aku waktu tu bulan puasa. Tak silaplah. Aku pun tak pasti.

Lepas tu petang tu aku balik Kedah balik. Hahaha. Sebab kelas 1 jer kan. Tambah - tambah waktu tu tengah kaya lagi dengan duit PTPTN. Wakakakkaak. Jadi, aku memang dah biasa menghabiskan hidup aku dalam bas macam hari nih aku buat. Baiklah. Nak berehat kejap. Petang karang nak mereka cerita episod 15 siri Antara Dia, Kau Dan Aku pula

Chalo Beteh!

P/S : Kan Best Kalau Ada Pesawat Peribadi. 


P/S : Dapat Buffered Lagi Satu Tapi Yang Pelik Aku Nampak Iklan Rookie Nih Jer Yang Asyik Keluar Tapi Alhamdulillah Duit Nuff Dapat RM4.50. Lepas Nak Beli Nasi Ayam Nih. Hahaha.

17 ulasan:

  1. boleh tak aku panggil ko hantu bas mueheheee gurau2 :) cepat2 tau buat sambungan. berabad dah aku tunggu

    BalasPadam
  2. UiTM melaka, lendu ke?
    hahaha...
    Jauh ko b'jln, hohh., kalau aku tak sanggup... :D

    BalasPadam
  3. tak penrah cuba lagi bas Sani tu..harap nanti boleh cuba.ramai yg kata service dia bagus...bas ada teknologi semua bagai la.lgpun bas dorg baaru2...siap ada wat contest apa ntah lagi.huhu terpromote lak

    Latest Entri : Peristiwa Subuh

    BalasPadam
  4. Naik bas ekspress memang besh...duduk pula dibelakang pemandu..tengok meter kelajuan..

    BalasPadam
  5. apa yang penting keselamatan penumpang kan....

    Jom Makan Free Kat McD

    BalasPadam
  6. aku takut naik bas 2 tingkat..huh
    rumah di hatiku ea..:P

    BalasPadam
  7. best baca post awk ni..asyik gelak je..tak sanggup la naik bas lelama..

    BalasPadam
  8. dah naik rm4.50?? waa jeles..sy tak gerak2 ag rm1.20 huhu

    BalasPadam
  9. salam ziarah.
    membaca.
    naik bas lama-lama ni tahan pulak nak duduk.
    nasib ada bau lavender tu.
    kurang tension laa nak pergi midterm.

    BalasPadam
  10. peerrhh macam syiak lu,,ulang alek melaka aloq staq....gila ah,,,hahahaha

    terbaaeekkk

    BalasPadam
  11. seyesly hans, hang mmg anak jati kedah yg sengal...aku bangga dowh.pulun kedah pulun.=D

    bgs betui hang.malaysia boleh!!!^_^

    x sbr nk bc next epsd...ctr hang ada dadah ka?aku dh ketagih .wakakakakaka

    BalasPadam
  12. o best ye..
    sis pun xpenah naik..
    tumpang bangge m je le dgn syarikat bas milik org melayu
    bas ni skali lg fofuler ekoran kes eksiden dkt dgn kampung sis,Ipoh tahun lepas xsilap..
    ajal maut d tgn tuhan..dok umah pun buleh mati..kan?

    BalasPadam
  13. ko ni mcm aku la...
    suke ulang alik dr u ke umah.
    hahaha

    aku mmg x penah la dok lme2 kt tanjung malim tuh.

    membuhsan kan

    "P

    BalasPadam
  14. aku baru sampai kedah pagi tadi.naik bas konsortium dari bukit jalil. :D

    BalasPadam
  15. ahhaha..ko angkut beg besar sekali masuk dalam class..memang hebat..

    BalasPadam
  16. aku cuak nak naik bas 2 tingkat nie...laju tak bas nie?..

    BalasPadam
  17. bus sani mmg da best la...
    slese gler..
    kalo nek trus tido..
    sdr xsdr da smpai tgnu..hehe

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com