Ahad, 30 Mei 2010

Berkenaan Anonymous Dan Hal Pemilikan Tanah Di Kampung Baru

Hari nih aku mendapat 2 komen dari 2 anonymous berkenaan Entry Crocs yang aku tulis. Yang satunya memaki aku kerana katanya aku tidak ada otak dan yang satu lagi memberi pandangan yang panjang lebar berkenaan isu itu di dalam bahasa Inggeris. 

Komen yang maki - memaki nih aku buang bukan apa. Aku tak kisah sebab aku malas bertekak sebab nanti aku risau akan jadi sama dengan orang yang cakap tak menggunakan akal. Aku cuma takut ada blogger lain pula yang tiba - tiba masuk campur bertekak kan. Susah pula jadi macam tu. Bagi aku senang. Kalau aku tak ada otak maka tak wujudlah blog nih dengan macam - macam cerita. Haha. 

Aku sangat tertarik dengan komen anonymous di dalam bahasa Inggeris tu. Sangat best aku baca dan aku sangat menghargai komen - komen macam nih sebab berfakta. Alhamdulillah. Terima kasih anonymous yang berbahasa Inggeris tu. Juga terima kasih pada anonymous yang kurang sikit adabnya itu sebab anda menyedarkan aku bahawa aku perlu menjaga budi bahasa dan tutur kata agar tidak mencontohi tingkah laku kamu.

Baiklah, tadi waktu tengah tengok Melodi yang kecoh dengan kontroversi filem pendek Chukang yang bagi aku mesejnya tak sampai tu sempatlah juga aku membaca surat khabar. Aku tertarik dengan satu artikel berkenaan cadangan membuka 40% hak tanah Kampung Baru kepada bukan Melayu dimana bukan Melayu disini bukan hanya terdiri dari kaum Cina atau India tetapi juga kepada pelabur luar. Asalnya dan sekarang ini Kampung Baru masih lagi 100% majoriti orang Melayu sebelum baru - baru ini semuanya bersetuju dengan usul kerajaan Malaysia mahu membangunkan tanah ini menjadi lebih moden dan maju.

Aku tidak mahu komen berkenaan isu 40% tanah itu sebab masing - masing ada pendapat sendiri. Cuma aku sangat kecewa dengan alasan ahli politik terbabit. Tak silap namanya Raja Nong Chik kah? Aku tak pasti kerana aku kurang mengenali dia. Jika dia popular seperti Samy Vellu mungkin aku akan kenal. Aku kecewa dengan alasan yang dia beri. Alasan dia bila aku rumuskan boleh dijadikan seperti ini :-

Tanah 40% ini dibuka kepada bukan Melayu agar dapat menarik pelabur untuk datang melabur di sini seterusnya menjadikan kawasan ini berdaya saing. Jika tanah ini 100% dimiliki orang Melayu maka pemodenan kawasan ini pasti sukar kerana pelabur tidak tertarik untuk melabur.

Lebih kuranglah jika dirumuskan ayat- ayat dia macam aku baca dalam surat khabar Kosmo tadi. Dan di bawah satu lagi artikel terdapat bantahan daripada wakil penduduk Kampung Baru mengenai usul itu. Sebenarnya, aku dah naik jelik dengan sikap orang Melayu yang suka menjatuhkan orang Melayu sendiri atau tak yakin dengan bangsanya sendiri. Aku naik penat apabila melihat segala yang buruk pasti dituding pada orang Melayu. 

Orang Melayu paling banyak dekat penjara. Orang Melayu paling banyak hisap dadah. Orang Melayu paling banyak Mat Rempit. Orang Melayu malas. Orang Melayu tak pandai berniaga. Orang Melayu suka ambil jalan mudah. Orang Melayu lemah. Orang Melayu pantang nampak duit berkepuk - kepuk. Orang Melayu tak pandai berniaga. Macam - macam tuduhan dan memang ada betulnya. Namun, jangan biar diri kita dikuasai dengan kenyataan ini sehingga hilang keyakinan terhadap kekuatan bangsa sendiri.

Aku sangat kecewa dengan ahli Politik, Raja Nong Cik tu. Kenapa perlu dia memberi alasan kuota dibuka kerana sebab - sebab seperti itu? Aku tak faham. Dia boleh aku ibaratkan seperti seseorang di zaman dahulu yang berkata,"Bagaimana nak merdeka jika jarum yang kecil itu pun kita tak tahu nak buat?" Mana dia tahu orang Melayu nih tak mampu untuk bangunkan kawasan tu? Sebenarnya ramai orang Melayu yang berjaya cuma apabila orang Melayu selalu ditanam dengan ayat - ayat negatif seperti perenggan di atas maka bangsa Melayu hilang keyakinan diri. Selalu merasa terlampau rendah diri. Hanya tahu menerima apa yang diberi. Sedangkan sebenarnya orang Melayu itu kuat.

Bangsa Melayu pernah dikagumi pada era Kesultanan Melaka kerana kekayaan, kebijaksanaan dan kemahiran menguasai pelbagai teknologi. Kita selalu disogokkan orang Melayu kalah kepada Portugis kerana menggunakan keris dan tombak sedangkan hakikatnya orang Melayu kita terlebih dahulu menggunakan senjata - senjata api yang lebih maju teknologinya daripada orang Barat. Orang Melayu tewas kerana terdapatnya pengkhianat bangsa yang makin banyak dekat bumi Malaysia nih sekarang. Aku rasa Raja Nong Cik perlu lebih mengkaji sejarah dan janganlah terlalu rendah diri dengan bangsanya sendiri hingga hilang keyakinan langsung.

P/S : Bosan Dengan Segala Tohmahan. Memang Ramai Orang Melayu Teruk Tetapi Ramai Juga Yang Bagus Dan Berilmu. Berilah Sokongan Pada Bangsa Anda Sendiri Kerana Tidak Ada Orang Lain Yang Akan Memberi Sokongan Pada Bangsa Anda.

P/S : Entry Ini Sebenarnya Untuk Aku Luahkan Kekecewaan Aku Terhadap Kaum Aku Sendiri Iaitu Melayu.

27 ulasan:

  1. haha betol kate ko
    kalo approve komen maki2 ni, kang ade yg lain yg bangkang
    pastu gaduh
    iskkk
    x bes~

    BalasPadam
  2. betul2!
    ak pn bace paper td..
    bg ak sgt2 la x seswai seorng pemimpin melayu boleh kutuk owg melayu sendir!

    BalasPadam
  3. ery : itula pasal

    auna : apa yg ARK?

    ghostone : nop! maksud aku bukannya tidak boleh dikutuk. Boleh! Tapi alasan dia tu tak kuat.

    BalasPadam
  4. kalau dah tahu org melayu terok macam ape yg dikata.
    nape tak usaha nak ubah bangsa melayu?
    setakat cakap jek, kutuk jek!
    bek tak payah!
    ceit!
    btw aku dah sampai merbok!
    sedey....heheh

    BalasPadam
  5. Hans... aku suka entry kau ni... penuh sinis untuk orang melayu seperti aku sedar...

    Tapi entahlah hans... semakin hari kita di himpit dengan slogan 1malaysia tu... haish... semakin terhimpit... kita takde kuasa... huh... pengkhianat bangsa memang ade dimana2...

    BalasPadam
  6. hans...wat pop up bole? ehehe...ermmm...nice entry...sebenarnya xleh bg 40% tanah kpd bkn mlayu..da la melayu xsemaju bukan melayu..:(

    BalasPadam
  7. bg aku,org melayu kalau kena kutuk jangan cepat melatah..jadikan kutukan atau kritikan tu semngat untuk terus baiki diri dan buktikan y kita pun boleh berjaya.

    BalasPadam
  8. reen : asal sedey plak balik merbok?

    el-zaffril : slogan 1 Malaysia tu bagus tapi tak diterang secara terperinci aku rasa..jadi ramai yg keliru

    adila : yups...memang tak perlu melatah sebenarnya..tapi dkt Malaysia nih kalau tak melatah pun susah..nanti orang ingat kita setuju dengan mereka walaupun hakikatnya tak..

    nas : kejap2..aku try buat..

    BalasPadam
  9. tanah kampung baru tu rizab melayu. raja nong cik ni x paham ke maksud rizab ni? sila cek kamus dewan bahasa. tanah rizab ni memang hak milik mutlak org melayu. x boleh jual kat orang lain.

    BalasPadam
  10. oh Malaysia : yups..akhirnya ada juga orang menyebut pasal Rizab...betul lah tu..aku malas tulis dekat entry...nanti ada pula kata aku racist la apa lah..aku pun pelik dengan si Nong Cik tu...sejarah dia dapat apa ek masa sekolah dlu?haha

    BalasPadam
  11. Dua ibu jari keatas untuk N3 ni. Ini bukan cobaan, ini betul-betullll. Zaman dah berubah. Dorang ingat alasan macam ni boleh diterima bulat-bulat cam 20 tahun yg lampau. Mereka ni masih lagi diulit mimpi. Kasihan ....

    BalasPadam
  12. hans, macam ni la... baru gerek nak komen... takyah nak klik back... hehehhe...

    Bagus2... another step forward

    BalasPadam
  13. siot la itu ahli politik...apa pasai pulak 40% mau bg sama bukan melayu....

    alasan yg dia berikan memang tak masuk akal..banyak lg kawasan laen di KL yang boleh maju n sudah maju apa salahnya kg baru tu diberikan 100% pd olang melayu...pelauang olang melayu dimana..

    ini olang pandang lendah pada melayula

    BalasPadam
  14. Jgn smpi melayu cipta 13 mei lps tpi bkn sama kaum lain tp melayu sama melayu..

    BalasPadam
  15. El-Zaffril : thanks ajarkan aku

    Wachak : Tahu tak apa...alasan dia xmunasabah langsung..

    Penulis : Itulah aku risaukan...kalau jadi perang saudara itu merugikan kita juga...tgok macam dkt Bangkok..apa diorang dapat? dua2 rugi

    Apek : haih..itulah aku kecewa sebab yg cakap macam tu Melayu juga...

    BalasPadam
  16. hans.. bagus lah kau tak pedulikan anon yg dok memaki hamun itu..

    n tak paham juga kekadang pemikiran ahli politik ini.. mungkin nak mendapat sokongan..
    tak sedarkah kiter nie dah macam menumpang kat negara sendrik.. uhhuhuhuhuh

    mcm mana melayu nak maju apabila ramai juga melayu sendrik yang menjatuhkan melayu.. aduhaiii

    BalasPadam
  17. politik skang ni buat melayu berpecah..buat melayu lemah..selalu mudah melatah dgn isu2 yg ntah hape2..hmmm malas dah nk ckp..

    BalasPadam
  18. Mari diam dan tengok sahaja. Mana tahu keajaiban berlaku.

    BalasPadam
  19. Tak ape beb... melayu tolong sama melayu... kalau tak aku yang tolong... sape lagi mau tolong kan... jangan sampai kite meLAYU...

    BalasPadam
  20. emmm...bgus ko xlayan..kalau melayan lg meroyan diorg2 2..keja nak memaki..cube bg kata2 nasihat..org dengarla jugak..huhu

    BalasPadam
  21. mcm2 hal..mungkin masing2 ada kepentingan tu yg snggup mengenepikan bangsa sendiri..

    ps seronok tguk kat kelantan terengganu..majotiti melayu yg berniaga..kaya2 pulok mereka tu.

    BalasPadam
  22. salam hans,

    kamu marah org lain menghina melayu
    tapi kamu juga kecewa dengan melayu kaum mu sendiri?
    bukan ke sama sahaja tuh?
    so,
    jom jangan kecewa2
    jangan lemah
    jangan jatuh
    terus bangkit
    terus bangun
    melayu perlu kuat
    melayu perlu berani

    kan kamu lelaki
    kami perlu lelaki melayu spt kamu jadi pemimpin kami
    melayu....

    salam,

    xoxo

    BalasPadam
  23. Mimie : Itula pasal...

    Miss : yups...sebab tu aku rimas dengan politik sekarang

    Budak Kilang : diam jer memang keajaiban akan berlaku..keajaiban yang membawa sengsara barangkali

    El-Zaffril : yups..betul tu

    Wanie-san : haahaha..tahu xper

    Idalara : yups..alhamdulillah mereka disana berjaya

    Bluecity : marah dan kecewa tidak sama maksudnya..harap maklum...kecewa tidak bererti lemah..

    BalasPadam
  24. harap2 melayu trus maju..
    huhu

    BalasPadam
  25. mmg la melayu paling ramai bermasalah sbb kat mesia ni melayu yg majority,. kalo g negara china, mesti org cina yg ramai bermasalah sbb cina majority, kalo g negara india, mestila yg india ramai bermasalah,.

    raja nong chik tu ape ntah jawatan dia,. femes gak la weh,. ko cakap tak femes marah dia kang,. hahahhaha

    BalasPadam
  26. betul.. keciwa gak gan statement raja nong cik tue.. kesian orang kg baru kan.. harini dalam akhbar cakap. tu hanya cadangan.. masalahnya.. tolonglah jangan bagi cadangan yang tak masuk akal... menyakitkan hati aje. ape dia hengat orang melayu takleh nak memajukan diri sendiri ke?

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com