Khamis, 20 Mei 2010

Betul Ker Kerana Rakyat Malaysia Pemurah Maka Pengemis Bermaharajalela???

Kalau ada sesiapa yang memilih Sinar Harian sebagai bahan bacaan setiap hari maka pasti anda semua perasan kebanyakan beritanya hari ini berkisar tentang peminta sedekah ataupun lebih sedap jika dipanggil dengan gelaran pengemis.



Kegiatan mengemis yang semakin kerap terjadi di ibu kota dan bandar - bandar maju di setiap pelosok negara ini dipercayai didalangi oleh sendiket tertentu yang memperalatkan kanak - kanak, warga emas serta warga OKU sebagai mangsa untuk membantu mereka mencari kekayaan.

Dan rakyat Malaysia diberi gelaran sebagai insan pemurah kerana tanpa lokek atau banyak cakap pasti akan memberi wang kepada si peminta sedekah. Paling sedikit pastinya RM1. Itu paling sikit dan diperoleh dari seorang rakyat Malaysia. Jika 10 orang paling tidak RM10 pasti dalam tangan si pengemis.

Benarkah rakyat Malaysia pemurah????

Mungkin ada benarnya fakta ini tetapi bukanlah 100%. Berdasarkan pengalaman aku sendiri, dahulu aku memberi sedekah kerana aku kasihan melihat pengemis - pengemis cacat, atau yang berpakaian compang - camping sambil membawa anak kecil ataupun warga tua yang kelihatan sakit dan kotor. Memang sedih melihat mereka semua sedemikian rupa. Sehinggalah media membongkarkan taktik mereka dan aku semakin kurang percaya sehingga akhirnya hilang kepercayaan. Kadang - kadang sahaja aku memang ikhlas nak memberi.

Kemudian, aku memberi sedekah kepada pengemis - pengemis ini yang datang kepadaku atau berdiri di hadapanku sewaktu aku sedang makan. Aku memang pantang orang menganggu fokus aku terhadap makanan. Jadi, aku memberi mereka RM1. Justeru dari perkara ini jelas sebenarnya aku bukanlah seorang rakyat Malaysia yang pemurah tetapi aku memberi kerana terpaksa.
Aku tidak mahu diganggu. Jadi, teori mengatakan rakyat Malaysia pemurah sebenarnya tidak tepat. Mereka memberi kerana mereka tidak mahu diganggu. Apabila memberi RM1 dan si pengemis terus menuju ke tempat lain. Jadi, mereka tidak perlu mendengar celoteh si pengemis yang mengatakan dia sakit atau sebagainya. Jadi, di sini kita dapat lihat bukan semua rakyat Malaysia dalam kategori pemurah sahaja tetapi ada juga yang termasuk dalam kategori terpaksa memberi.

Sekarang, hati aku sangat kering. Bertenggeklah kau depan aku walaupun sejam sekalipun. Aku takkan memberi walaupun 10 sen. Walaupun si pengemis itu buta atau cacat sekalipun. Bukan aku tidak mahu memberi tetapi aku nampak orang yang menemaninya meminta sedekah terdiri daripada lelaki - lelaki yang gagah. Yang sihat tubuh badan. Yang celik mata dan pendengaran. Ini semestinya sindiket. Jika aku memberi bukannya aku membantu si pengemis tetapi aku membantu si pihak sindiket. Jadi, walaupun kasihan aku terpaksa keringkan hati dan buat bodoh sahaja.

Kadang - kadang aku tertanya - tanya, dimana - mana sahaja kedai makan di Shah Alam baik di restoran, kedai mamak, kedai tepi jalan mahupun di Mcd atau KFC sekalipun pasti akan ada pengemis yang datang meminta - minta sewaktu aku sedang enak menjamu selera.
Tidak ada apa - apa tindakankah untuk mereka? 
Tidak ada undang - undangkah untuk melindungi manusia yang diperguna serta diperalatkan oleh sindiket kejam yang memaksa mereka mengemis? 

Adakah pihak berkuasa tidak mampu melakukan sesuatu? 

Bagaimana pula dengan kita? 

Perlukah kita menderma kerana terpaksa? 

Atau perlukah kita hanya memberi tanpa banyak soal?

Aku masih tertanya - tanya tentang hal ini.

P/S : Maaf! Entry Ini Agak Berat Tetapi Aku Menyuarakan Hal Ini Kerana Privacy Sewaktu Menikmati Makanan Aku Sering Terganggu Kerana Mereka. Aku Mahu Fokus Dengan Makanan Yang Aku Makan. Benci Apabila Fokus Hilang Seketika.

P/S : Episod 12 Siri Antara Dia, Kau Dan Aku Akan Disiarkan Dalam Waktu Yang Sesuai. Harap Bersabar.

29 ulasan:

  1. hee...pemurah?entah la..apapun,apa yg kamu kata tu bernas juga

    BalasPadam
  2. hehe..kalau kat s.alam memang berlambak kan hans..kadang-kadang kitorang lepak berjam-jam borak kat kedai, sampai 4 kali orang yg berlainan datang minta..

    BalasPadam
  3. aku baru nk buat entry pasal ni...tp...xterbuat..tp bila tgok ko da buat..ade semngat la...huhuhu.nty ko tgok eh

    BalasPadam
  4. ya.
    pengemis.
    kadang kadang tak tahu la dia betul betul mengemis.
    atau disuruh.
    kadang kadang ada budak kecil pulak tu.
    haish.
    donia~

    BalasPadam
  5. entah la.tp bila kes2 sindiket nie,mmang langsung takde atie nak bagi duit

    BalasPadam
  6. bagi aku, nak bagi..bagi je, tanak bagi. wat bodoh je. takyah pk sangat hal diorg nih. biasalah tu. manusia kat dunia ni macam2. ada yg carik makan dengan mengemis, ada yang carik makan dengan mencurik. ada yang carik makan dengan menipu. takyah harap sangat pihak berkuasa. diorang lagi banyak benda besar nak kena setel. pada aku. benda camni remeh je.

    BalasPadam
  7. Kadang2 depan bank pun bersepah je pengemis.

    Tapi memang betul rakyat Malaysia ni pemurah.

    BalasPadam
  8. Kadang2 depan bank pun bersepah je pengemis.

    Tapi memang betul rakyat Malaysia ni pemurah.

    BalasPadam
  9. kadang-kadang dah boleh jumpa orang sama setiap hari.naik tensen pulak tengok.

    dari kita ikhlas sampai jadi terpaksa plak kan?

    BalasPadam
  10. stuju sgt ngn entry neh!
    100%
    kat s.alm melambak.
    memg tpakse wat hati kerg.
    sbb sush nk cye org.
    btoi ke dak depa memg toi2 xbedaya..

    BalasPadam
  11. tamaw bagi tapi kesian dorg. walaupun sindiket nnt kalaw dorg dpt kutipan ckit, tkut dorg kena pukul ke, kena seksa ke, org tu tak kasi makan ke. so bagi juga lah. bukan pemurah sbb duit sendiri cukup2. tapi lebih kepada empathy and sympathy. :)

    BalasPadam
  12. derma saja kalau hati ikhlas..kalau dah bagi jgn membebel lagi..rugi tak dpt pahala..hehehhehe

    BalasPadam
  13. ada betul juga kata-kata kamu..

    tp mujurlah aku xdiganggu sebegitu..

    mesti tgk muka kau kayakan.. heheh..

    BalasPadam
  14. hmm.. aku kedekut.. aku baik ngan mak je.. hahahaa

    BalasPadam
  15. aku suka posting ni..
    bnyak buat aku terfikir.
    tapi kalau kau fikir balik..
    pengemis dapat ilhamkan aku sesuatu..:)

    BalasPadam
  16. aku boleh kata..kita terpaksa..

    BalasPadam
  17. aku boleh kata..kita terpaksa..

    BalasPadam
  18. bergantung pada kawasan jugak kot...
    :)
    kalau vee, vee memang suka menderma tp tengok pd orang yg minta sedekah tu jugak...
    :)

    BalasPadam
  19. dah malas bg duit kat peminta sedekah ni
    bukan ape
    bukan xkesian

    better duit tu bg sedekah kat tempat lain

    BalasPadam
  20. 'pemurah' sangat-sangat....

    - sanggup habiskan duit untuk lihat artis kesayangan diorang jadi juara

    - sanggup gadaikan maruah demi membuktikan cinta sejati (damn! i hate this kind of people.)

    - sanggup macam-macam sanggup yang tak terbayangkan lagi.

    ya, memang sangat pemurah dan murah...

    BalasPadam
  21. hari2 balik kjer aku mesti jumpa pengemis kat jejantas...

    kadang terpikir ni sindiket ke apa...paling x tgk bila pengemis tu kanak2 n orang tua..sedih :(

    BalasPadam
  22. Betul..oleh kerana rakyat M'sia terlalu pemurah lah maka situasi ini terjadi..

    BalasPadam
  23. pengemis bkn shj ganggu encik mkn tp sbnrnye ia adalah indikator yg mnunjukkan, m'sia telah disarangi sindiket.phk brtanggungjwb mmg patut lakukan ssuatu.kt tv skang ni pn da byk wt drama psl mengemis pengemis ni.
    tgkla drama Syah Jihan setiap isnin-khamis..pkul 630-730 tv3.mngantikan adamaya.cte psl isu mengemis ni

    BalasPadam
  24. tgkla drama Syah Jihan yg mngantikan adamaya.stiap isnin-khamis 630-730mlm tv3..dlm drama ni ade selitkan isu mengemis pengemis ni.best jgk ptg2 lyn drama suspen + sengal ni.tgk la

    BalasPadam
  25. aku rasa nk derma, aku derma je..
    ikhlas tu penting..
    =)

    BalasPadam
  26. betol la hans.. kekadang tuh tensen je. nak makan pon tak senang..
    tp macam kesian pulak klaua tak bagi..


    selalunyer mmg mie akan bagi le sebab nya itu lah yg akan membantu sok sok bila dah mati.. hihihi
    nak kata amal ibadat cukup kekadang ada jugak termiszz... tp insyaallah akan terkado balik... heheheh . huhuhuh

    BalasPadam
  27. aritue aku turun kl...solat kat masjid india..rasa annoying gila...ramai wei~

    aku jenis menderma tanpa sedar...kira kalo pi mana2..sembang gila2 ngan kawan2..ternampak jer yang kurang sempurna..terus tangan masuk kocek..seluk seposen dua...dat why pi kawasan crowded aku suka bawa duit syiling :)

    BalasPadam
  28. kt shah alam, mmg byk! kacau je org nk mkn..serious.

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com