Khamis, 20 Mei 2010

Lesen Judi Bola Sepak Bakal Dihalalkan Tetapi Kenapa Para Kaki Judi Melayu Yang Terlebih Gembira??

Sekarang banyak isu yang berlegar sama ada dalam kehidupan seharian kita mahupun isu negara. Paling hangat sekarang ialah isu Lesen Judi Bola Sepak Bakal Dihalalkan Di Malaysia. Baiklah. Aku tidak menyokong mana - mana pihak cuma mahu berkongsi apa yang ada di dalam pemikiran aku.

Kebanyakkannya menentang judi bola sepak ini dihalalkan dan ada juga yang menyokong walaupun hakikatnya manusia akan sentiasa berjudi kerana pendudukan di Malaysia bukannya semuanya beragama Islam. Apa kebaikannya jika dihalalkan? Tidak akan ada lagi sindiket judi secara haram seperti sekarang. Tidak ada mangsa yang ditipu kerana tindakan undang - undang tidak boleh diambil kepada syarikat perjudian yang menipu kerana tiada peruntukan undang - undang

Keburukannya pula ialah orang akan lebih ramai pergi berjudi tanpa ada lagi perasaan ragu - ragu seperti sekarang. Ragu - ragu? Kenapa bukannya perasaan takut? Kerana orang Melayu Islam yang berjudi sangat ramai. Selain itu, keburukannya juga ialah lebih banyak keluarga yang akan derita gara - gara si suami yang tidak sedar diri pergi berjudi menghabiskan wang. Ditakuti ramai pihak juga selepas ini akan ada perkara - perkara lain yang haram di halalkan seperti pusat pelacuran.

Bagi aku dalam kes ini memang ada pro dan kontra. Aku memang tidak setuju jika Lesen Judi ini dihalalkan tetapi jika ditakdirkan perkara ini dihalalkan, aku masih boleh kawal diri. Aku tak akan bodoh menabur duit dengan berjudi kerana sudah dijanjikan Allah hidup tidak akan selamat dengan berjudi. Kalau kamu semua perasan, orang Islam yang berjudi ini tidak kemana hidupnya. Duit yang dimenangi pun tak rasa banyak walaupun hakikatnya banyak jumlah wang yang dimenangi si penjudi. Kadang - kadang tak sempat merasa terus mati kerana kemalangan dan sebagainya selepas mengambil duit kemenangan hasil taruhan perjudian mereka. Ada kamu semua lihat orang Melayu kaya kerana berjudi? Tidak bukan? Rasuah mungkin ada yang buat Melayu kaya tetapi judi rasa - rasanya tidak. Tak tahulah jika ada. Wallahualam.

Kadang - kadang orang Melayu beragama Islam nih pelik. Benda yang haram nih lah yang mereka nak buat. Cuba bayangkan jika semua umat Islam di Malaysia nih tidak berjudi alangkah indahnya hidup di bumi Malaysia. Sana - sini Melayu berjudi. Dari yang berseluar jeans hingga ke kain pelikat. Daripada rambut yang tercacak sana - sini hinggalah yang berkopiah putih. Masing - masing suka berjudi tanpa ada perasaan malu atau bersalah. Bila ditangkap tahu malu tapi sayangnya hanya malu pada manusia dan tidak pada Allah.

Lesen judi bakal dihalalkan untuk orang yang bukan beragama Islam cuma sayangnya si penjudi yang berketurunan Melayu yang lebih suka dengan pengumuman ini. Apa yang aku pasti sama ada masih haram atau bakal dihalalkan, penjudi Melayu masih akan tetap berjudi. Hakikatnya sekarang terletak pada diri masing - masing. Kita sebagai umat Islam tahu judi itu haram di sisi agama. Jadi, kenapa masih berjudi?

Silalah tinggalkan perbuatan terkutuk ini. Apabila berjudi, keluarga porak peranda. Hutang sana sini. Mulalah merompak. Mulalah membunuh. Apabila tekanan hidup melanda diri, arak jadi pilihan dan akhirnya bunuh diri sebagai jalan penyelesaian. Tak nampak lagikah kesan buruk berjudi wahai si penjudi - penjudi sekalian?

P/S : Daripada Berjudi Baik Guna Duit Tu Buat Beli Pizza Ikan Yang Baru Nih Ker Atau Big Apple Ker...Ada Juga Faedah. Dapat Makan Sedap - Sedap.

P/S : Episod 12 Siri Antara Dia, Kau Dan Aku Boleh Dilihat Di Bahagian Bawah Entry Ini.

26 ulasan:

  1. ramai orang tak faham pro dan kontra

    BalasPadam
  2. saya percaya bila kerajaan buat begini,akan turun lebih banyak bala dari bahagia..

    :)

    BalasPadam
  3. dah memang tabiat hans. diorang pikir bergaya kot berjudi ni. palehot dia!

    BalasPadam
  4. dah majoriti melayu penyumbang pada kekayaan tauke judi,lihat saja pada kedai2 nombor ekor,kebanyakan melayu yg sebok beratur nk membeli kertas harem tu.......:)

    BalasPadam
  5. tak lama lagi alam akan mengutuk kita.

    bersedia

    BalasPadam
  6. yg dh sedia haram..banteras terus, jgn nk bg lesen lak...

    BalasPadam
  7. memang bongek je hal ni~

    bengang yang amat kalau tengok orang yang pakai songkok haji, kopiah masuk ekdai nombor ekor~ (lari topik ke ni?)

    BalasPadam
  8. bagi gua, isu orang melayu saja di heboh2kan. kenapa cina buat kita tak kecoh. contoh orang melayu rogol anak, kecoh senegara.walhal orang cina dah banyak jual anak dan sendiri pakai. Ada kecoh.

    BalasPadam
  9. bila benda haram dihalalkan
    pasti akan turun musibah

    percayalah

    BalasPadam
  10. haih...melayu semua benda taram..haram pown ley jadi halal...=(

    BalasPadam
  11. betol tu bro,,,

    aku mmg x setuju.....

    gila ah,,

    la;o camtu Pelacuran pun boleh ar dihalalkan??

    peerhh kaw nye,,,hahaha

    BalasPadam
  12. Ramai yang cetek ilmu, biasa nya bagi alasan, duit judi tu takkan diguna untuk makan. Tapi beli barang2 lain. Sebab dia tau judi tu haram dimakan! Tapi tak tau yg lain2 tu pun tetap haram.

    Takde kebaikan pun judi ni. Mcam ko tulis kat atas tu..

    BalasPadam
  13. nice points bro~betting pun termasuk judi jugak..huhu..ramai org tak sedar tuu

    BalasPadam
  14. salam..
    sangatlah setuju dgn entri ni..
    =)

    BalasPadam
  15. wat makan kat pakli duit tu lagi bagus

    BalasPadam
  16. itulah manusia. hidup semua nak cepat senang je. biar lambat, yang penting rezeki yang kita dapat tu terjamin dunia akhirat.

    betul kata tukang kata tu. macam2 bala yang akan datang nanti.

    BalasPadam
  17. dah tahu namapun judi.. haram tetap haram r.. adalak dihalalkan.. hancur2..

    BalasPadam
  18. kalau bukan pergi b'judi pon..org melayu ni kdg2 suke pergi beli no ekor...ape la percaya sgt dgn benda2 mcm 2!

    BalasPadam
  19. xstuju sgt ngn najib!!
    tanggungla ape yg die halalkn tuh!
    Allah lbh mngetahui..

    BalasPadam
  20. pemimpin bercelaru, rakyat jadi mangsa.

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com