Ada Satu Tahap Semua Orang Tiba - Tiba Jadi Malas Atau Hilang Selera Makan Atau Penat Atau.....

Malas! Itu adalah salah satu perkataan yang aku rasa pasti pernah terpacul pada mulut kita semua. Mungkin sekali seumur hidup atau mungkin berkali - kali atau mungkin juga setiap hari. Kadang - kadang kita rasa malas mahu makan secara tiba - tiba. Sebelum ini elok sahaja selera makan tetapi tiba - tiba rasa malas mahu makan. Tengok lembu panggang berpusing - pusing atas kayu balak pun tak rasa nak makan walaupun sebelum nih air liur meleleh - leleh bila terpandang serta terhidu aroma yang menusuk hidung.

Kadang - kadang kita akan rasa penat walaupun kita tak buat apa - apa. Pelik tetapi benar. Sedangkan sebelum ini 20 jam kita bertungkus lumus bekerja tetapi bila tiba waktu kita tiada kerja tiba - tiba diri terasa penat sangat ibarat bekerja lebih 20 jam. Penat tak bermaya sehingga perlukan rehat yang agak lama.

Dan sekarang aku dilanda kemalasan. Kemalasan yang amat sangat untuk menulis entry baru ataupun untuk menjenguk atau dengan erti kata lain blogwalking ke blog - blog lain. Serius sangat malas! Tak tahu kenapa! Mungkin perasaan itu hilang atau hanya hilang seketika dan bakal muncul kembali. Aku tak pasti. Apa - apapun aku mahu minta maaf awal - awal kalau tak menziarah ke blog kalian semua sebab tahap kemalasan aku sudah mencapai tahap tertinggi.

Apa - apapun, aku masih belum terfikir lagilah untuk berhenti menulis di sini seperti beberapa blogger lain buat. Kalau nak berhenti pun mungkin bukan sekarang. Aku cuma perlu rehat barangkali! Apa - apapun terima kasihlah pada semua yang sudi baca dan komen setiap entry aku walaupun aku tak menziarah blog kalian. Semua itu amat aku hargai.

Aku hanya akan menulis bila ada perasaan dan semangat.

P/S : Rehat!

26 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. selamat kembali.. ambillh mas tuk rehat.. :)

    BalasPadam
  2. aku pun same cam ko sbenarnye. Ilang mood tapi atie aku tak tenang la slagi tak singgah blog2 orang. Pepun,nant ko ok punye la :)

    BalasPadam
  3. ehehe..ak pon sometimes rase malas..tp kne ader semangat sket..huhu..yelah,ko slalu post entri..ini masa utk berehat..:)

    BalasPadam
  4. rilek bro, tp pastu jgn lupa kembali dgn idea2 yg lg bernas gitu keh?! cayala hans..

    BalasPadam
  5. Ya,serupa! tulis entry kalau ada idea and mood je. kalau tak,jgn harapla.hehe

    BalasPadam
  6. rilek2 la dlu....rehat smbil cri idea...ble2 nnt wt la comeback..huhu

    BalasPadam
  7. Kalau letih, kena rehat...kalau takde mood, buat benda len yg menyeronokkan...kalau malas, buat derk je

    BalasPadam
  8. lassie bru kembali act .
    b4 ni terase malas yang amat . huu ~
    rest ur mind k darl :)
    take care .

    BalasPadam
  9. patut ko x terjah blog aku...blah la..
    ngajuk

    BalasPadam
  10. hans :)
    bateri habis keR? caj lama sikit kasi power hahaha jangan lupa tongkat ali membantu

    BalasPadam
  11. btul tu...

    den yg baru ni pun dah mula ada

    bibit2 malas...

    tapi bg den ekau hebat....

    selalu de entry baru...

    skang ni, xsalah ekau nk rehat..

    mana tahu, pas rehat dapat idea

    bganda2 dari sblumnya.

    so, pe2 pun..selamat berehat k...

    BalasPadam
  12. nak rehat??? kalau loceng rehat da abes bunyi masuk kelas balik k!!

    BalasPadam
  13. jom g cuti tepi pantai sambil skodeng minah saleh bercoli merah. mgkin boleh hilang stress.


    >>__<<


    keh3x

    BalasPadam
  14. frodo ajak skodeng?hahahahaha..tak abes ngn coli merah dia!

    Hans...lepak sudah..aku pun baru je balik drpd bercuti!hahaha..laptop aku rosak mggu lpas.ni bru elok

    Latest post: cerita lima ratus

    BalasPadam
  15. tgh mlas pun entry boleh panjang sehasta camnih..haha.

    BalasPadam
  16. selamat berehat bro..aku baru jer rehat seminggu (blogging)..

    BalasPadam
  17. erm
    besala tu
    normal la
    kt akan bosan dengan rutin harian kt
    n need some rest untuk kembalik normal

    BalasPadam
  18. kalu aku penat, aku tido bro... jom2..! huhuhu

    BalasPadam
  19. skrg ni, eny malas nak turun makan.. simpan perut utk buffet malam ni :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama