Rabu, 2 Jun 2010

Antara Dia, Kau Dan Aku - Episod 25

Elmyra : Apa lagi yang kau buat atas atas tangga tu Baiyah? Cepatlah! Dah lewat dah nih.

Siti Nurbaiyah : Selipar aku lah Myra! Selipar aku dah hilang! Ibu aku baru beli kut! Matilah aku.

Elmyra : Hilang? Eh, macam mana pula selipar kau boleh hilang nih Baiyah? Mana kau letak tadi?


Nur Elmyra pun turun dari basikalnya dan menyertai Siti Nurbaiyah mencari seliparnya yang tiba - tiba hilang entah ke mana. Ustaz Budiman yang perasan dengan tindak - tanduk mereka berdua yang berkeliaran ke setiap sudut bagaikan mencari sesuatu barang yang hilang itu pun menegur mereka dari tepi jendela rumahnya dengan lemah - lembut.

Ustaz Budiman : Apa yang kamu berdua buat dekat halaman rumah Ustaz sampai tak balik - balik rumah lagi nih?

Siti Nurbaiyah : Selipar saya hilang lah Ustaz.

Elmyra : Ar ar ustaz! Selipar Baiyah hilang.

Ustaz Budiman : Eh? Macam mana boleh hilang? Selipar yang lain ada tak dekat situ? Mana tahu ada kawan - kawan kamu yang terpakai tanpa mereka sedar ker?

Elmyra : Tak ada pun Ustaz.

Ustaz Budiman : Mari ustaz tolong carikan.


Akhirnya, Ustaz Budiman pun menyertai mereka dalam misi mencari selipar Siti Nurbaiyah yang hilang itu. Setelah agak lama mencari tiba - tiba Ustaz Budiman terpandang sesuatu di sebalik longgokan sabut kelapa di bawah rumahnya.

Ustaz Budiman : Ini selipar kamu ker Baiyah?

Siti Nurbaiyah : Eh, ar ar! Selipar saya lah nih Ustaz. Mana ustaz jumpa?

Ustaz Budiman : Dekat longgokan sabut kelapa tu.

Elmyra : Asal kau pergi letak selipar kau dekat situ Baiyah? Adoi! Tak ker susahkan ustaz mencari selupar kau.

Siti Nurbaiyah : Mana ada aku letak selipar aku dekat situ. Aku letak dekat tangga nih lah. Kan kita berdua tadi masuk rumah ustaz sama - sama kan Myra. Ada kau nampak aku pergi letak selipar aku dekat situ? Tak ada kan?

Elmyra : Erk! Malam nih malam apa yer Baiyah?

Siti Nurbaiyah : Hish! Kau jangan cakap benda tu lah Baiyah. Aku takutlah bodoh!

Ustaz Budiman : Mungkin ada rakan - rakan kamu yang cuba kenakan kamu Baiyah. Nanti Ustaz usahakan menyiasat siapa yang gatal sangat tangan usik kamu sampai macam nih.

Elmyra : Peminat misteri kau tak Baiyah?

Siti Nurbaiyah : Hangguk kau!

Ustaz Budiman : Eh, dah lewat sangat dah nih. Kamu berdua baliklah cepat. Nanti mak ayah kamu risau.

Elmyra : Baik Ustaz! Assalammualaikum.

Siti Nurbaiyah : Terima kasih Ustaz. Assalammualaikum.


Mereka berdua pun pulanglah ke rumah masing  - masing. Dalam perjalanan pulang ke rumah, mereka berdua wajib melalui satu kawasan yang sangat menyeramkan kerana terdapat sebuah pokok yang sangat besar berdiri megah di situ dan menjadi sebutan ramai penduduk kampung.

Ramai orang kampung mengatakan tempat itu berhantu dengan merujuk kepada perkataan 'keras'. Ada yang kata terjumpa wanita sedang memangku bayi sambil menangis. Ada yang kata ternampak wanita tanpa kepala berjalan di sekitar kawasan itu. Ada juga yang terdengar hilaian ketawa yang mereka katakan sebagai ketawa si langsuir.

Elmyra : Aku takutlah Baiyah. Lalu tempat lain lah weih.

Siti Nurbaiyah : Tempat mana lagi makcik? Inilah satu - satunya jalan nak balik rumah pun. Adess!

Elmyra : Eh, asal aku bau wangi jer nih Baiyah? Kau pakai perfume ker?

Siti Nurbaiyah : Asal kau tegur bongokkkkkkkk!!! Pecuttttttttt!!

Elmyra : Baiyahhhhhhh...Tunggu akuuuuuuu! Aku takuttttttttt!


Pagi itu terasa dingin sekali. Embun pagi mengalir membasahi setiap permukaan daun pokok belimbing itu. Suasana sunyi sebentar tadi dicemari dengan bunyi kokokan si ayam jantan yang tidak henti - henti berkokok membangunkan manusia yang enak diulit mimpi yang indah untuk menunaikan kewajipan mereka terhadap yang Maha Esa.

Elmyra : Mak! Myra pergi sekolah dulu yer.

Makcik Latifah : Awal Myra pergi hari nih?

Elmyra : Baiyah ajak pergi awal. Katanya ada hal sikit nak dibuat dekat sekolah tu pagi - pagi nih.

Makcik Latifah : Taknak bawa bekal ker? Mak ada buat kuih seri muka pagi nih.

Elmyra : Owh, boleh jugalah! Mak letaklah kuih tu banyak sikit. Boleh bagi kawan - kawan merasa.

Siti Nurbaiyah : Assalammualaikum! Myraaaaaaaaaa! Oh Myraaaaaaaaaaaa!

Makcik Latifah : Nah! Ini bekalnya. Bawa basikal tu elok - elok. Jangan laju - laju.

Elmyra : Baik mak! Assalammualaikum.


Nur Elmyra dan Siti Nurbaiyah pun bergeraklah ke sekolah dengan basikal masing - masing. Di hujung simpang tiga kelihatan seorang lelaki sedang gelisah seperti menantikan sesuatu.

Danish : Lambatnya awak berdua sampai. Kita dah lewat nih.

Elmyra : Lambat ker? Ini kira awal la nih Danish. Selalu kami berdua pergi sekolah pukul 7.25 pagi. Sekarang baru pukul 7.15 pagi. Relax sudah. Pagar tutup pukul 7.30 pagi kut.

Danish : Saya dengan Baiyah ada urusan yang perlu diselesaikan. Tak boleh lewat. Nanti kami berdua juga yang susah.

Elmyra : Urusan? Urusan apa nih? Saya tak faham.

Siti Nurbaiyah : Owh, aku lupa nak cerita dekat kau lah Myra. Nantilah kau tengok sendiri.

Elmyra : Urusan apa nih weih?....


To Be Continue...........

P/S
Nantikan 
Episod 26
Siri Antara Dia, Kau Dan Aku.
Akan Datang! 
Insyaallah!

Perhatian : Siri Antara Dia, Kau Dan Aku Adalah Hak Milik www.hanspunyablog.blogspot.com Dan Merupakan Hasil Karya Asli Penulis Hans Hanis. Sebarang Penyiaran Atau Penyalinan Semula Karya Ini Tanpa Kebenaran Dan Keizinan Daripada Penulis Adalah Salah Dan Tindakan Akan Diambil.

15 ulasan:

  1. takkan jumpa bomoh nak tilik selipar kot haha

    BalasPadam
  2. eh...ada buat cerita bersiri yerr....fuhh..nak kena baca dari awal ni....

    BalasPadam
  3. akak tau urusan apa...hahahaha..urusan denda tu la hehehe...(nak buktikan akak pengikut setia novel hans kehkehkeh)

    BalasPadam
  4. dorang kena denda skali dgn makhluk biru... heeyah... hahah.. atan o atan..

    BalasPadam
  5. huhu...ermm..nice story ar plak...mcm nak bace...tapi cam da lewat aje...da terlepas banyak episod...huhu...pandai ko wat ea...ko bukukan maybe laku kot....selipar tue ak yg cilok..ahaha

    BalasPadam
  6. adoiiii...bersambung lg....

    BalasPadam
  7. da sampai episod 25 tu..huhuu..

    BalasPadam
  8. urusan apalah agaknyer tu yer..
    nk jumpa bomoh kut..
    hehe.. :)

    BalasPadam
  9. Hans... panjang lagi erk cite ni

    BalasPadam
  10. k..akhirnya.. dah abes pun baca.. nak tunggu sambungannya pulak

    BalasPadam
  11. kesian...kena datang awl utk tunaikan denda heheee

    BalasPadam
  12. Bagusnya. Baru jumpa novel online nie.. Kena baca dari awal nie.. Pembaca Antara Dia, Kau dan Aku boleh layari http://cintahatikamu-novelonline.blogspot.com untuk membaca novel online pertama saya iaitu Cinta Hati Kamu. Jangan lupa tinggalkan komen. Kepada Hans, teruskan menulis dan sama-sama kita beramal melalui penulisan.. Salam..

    BalasPadam
  13. hahahha misi bermula...denda mesti di laksanakan hakhak..mesti myra gelakkan dak2 nih..sekali kena join denda hahaha

    p/s: sory baru nak bc semula..ades..hehe teruskn tau...hehe...

    BalasPadam
  14. lps episod 3 aku sibuk gilak kau.

    ni bru nk khtam episod 4 sampai 25. hebat x? x sampai sejam pon. :))

    stiap episod ada unsur suspens. bgus. truskan nukilan ko ni ek! :)

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com