Khamis, 3 Jun 2010

Antara Dia, Kau Dan Aku - Episod 26

Nur Elmyra masih lagi tertanya - tanya tentang urusan apakah yang mereka berdua sedang bicarakan ketika itu. Hatinya sedikit panas kerana pertanyaannya tidak langsung diendahkan oleh Siti Nurbaiyah mahupun lelaki yang meminatinya ketika ini iaitu Danish. Mereka bertiga tiba di pagar sekolah dan Nur Elmyra berasa aneh sewaktu menuju ke parkir untuk meletakkan basikalnya.

Siti Nurbaiyah : Oit, perempuan! Asal muka kau macam terkejut jer aku tengok? Kau demam ker apa?

Danish : Ialah! Kenapa dengan awak ni Myra? Tak sihat?

Elmyra : Saya sihat jer Danish. Eh, Baiyah! Kau tak perasan sesuatu ker Baiyah?

Siti Nurbaiyah : Perasan apanya Myra? Yang aku perasan semakin hari aku semakin cantik. Itu ajalah yang aku perasan. Hahaha.

Danish : Hahaha.

Elmyra : Kau nih kan Baiyah. Tak habis - habis perasan. Bukanlah. Kau tak nampak ker tadi siapa yang jaga pintu pagar sekolah pagi nih?

Siti Nurbaiyah : Mahu aku tak nampak. Mestilah aku nampak. Kan ada 2 orang yang jaga pintu pagar tu. Seorang tu siap besar macam kumpulan Ku2 lagi. Takkanlah aku tak nampak.

Danish : Hahaha. Betul tu Baiyah! Besar punyaaaaa!

Elmyra : Korang dua nih kan? Hish! Maksud aku sebenarnya...Bukankah Atan yang selalu jaga pintu pagar dengan Mei Ling? Asal hari nih diorang tak jaga yer? Dah bersara ke? Hahaha.

Danish : Erk..entah!

Siti Nurbaiyah : Erk..entahlah Myra. Mana nak tahu.

Elmyra : Alhamdulillah. Kalau tak mesti pagi - pagi  nih aku dah buat dosa asyik maki - maki jer si Atan skema tu. Pagi nih dia tak ada. Terasa diri aku nih suci murni betul pagi nih. Hehehe.

Danish : .......

Siti Nurbaiyah : ..........

Elmyra : Aik? Asal korang dua diam jer nih? Pelik betul aku dengan korang nih lah. Tadi bukan main riuh lagi.

Siti Nurbaiyah : Myra..minta tolong weih!

Elmyra : Tolong apa?

Siti Nurbaiyah : Kau tolong bawa beg aku masuk kelas kejap. Aku baru teringat aku ada hal nak kena buat nih.

Elmyra : Hal apa weih?

Siti Nurbaiyah : Kau bawa jer lah beg aku. Nanti aku cerita. Tak sempat dah nih. Bye!

Elmyra : Eh! Eh! Woi! Nak kemana tu? Adoi! Suka hati jer bagi beg dia dekat aku. Beg dah lah berat. Bawa batu ker apa nih.


Siti Nurbaiyah berlari meninggalkan Nur Elmyra yang tercengang seorang diri memandang beg sekolah Siti Nurbaiyah berwarna merah itu. Manakala Danish sudah lama meninggalkan mereka kerana dia berlainan kelas dengan mereka berdua.

Siti Nurbaiyah : Sorry aku lambat! Aku letak beg sekolah tadi, Jadi, hari nih denda apa yang kita kena buat?

Mei Ling : Hari ini kita kena kutip sampah dekat sekeliling sekolahlah Baiyah.

Danish : Yups! Jadi, jom lah kita mulakan cepat.  Tunggu apa lagi. Makin lama kita dekat sini makin lewat kita masuk kelas.Nanti cikgu - cikgu bising pula.

Atan : Eh, korang semua! Kita nak mula kutip sampah dekat kawasan mana nih yer?

Siti Nurbaiyah : Eh, Mei Ling. Awak datang pukul berapa tadi?

Mei Ling : Saya datang awal. Pukul 7 pagi sudah ada dalam sekolah.

Danish : Owh, tak sarapan dulu ker Meil Ling?

Atan : Hoi! Aku cakap dengan kamu bertiga nih. Dekat kawasan mana kita nak mula kutip sampah?

Siti Nurbaiyah : Ada kitaorang kisah dengan kau Atan? Suka hati kau lah nak kutip sampah dekat mana pun. Kami bertiga kutip sampah dekat kawasan nih. Kau pergi kutip sampah sorang - sorang dekat kawasan tu. Kami taknak join kau.

Atan : Kenapa pula? Kita kutip sampai ramai - ramai lah. Baru adil.

Danish : Okaylah tu. Kawasan yang kitaorang suruh kau kutip sampah tu bukan ada sampah pun.

Mei Ling : Betul tu. Kawasan yang kitaorang pilih nak kutip sampah nih banyak sampah. Lagipun bila dah agihkan tugas nih kerja cepat habis.

Atan : Mana adil aku sorang - sorang. Korang pula ada 3 orang.

Siti Nurbaiyah : Kau nih banyak songehlah. Aku belasah kang!

Atan : Kau ingat aku takut dengan kau ker Baiyah? Marilah sini kalau berani!


Tiba - tiba dari jauh kelihatan suara seorang lelaki menempik dengan kuatnya ke arah mereka berempat. Masing - masing tersentak dan perasaan takut mula menular ke dalam diri masing - masing.

Siti Nurbaiyah : Matilah!

Mei Ling : Ini awak punya pasal lah Atan. Aiya!

Danish : Sudah!

Atan : Erk.....


To Be Continue...........

P/S
Nantikan 
Episod 27
Siri Antara Dia, Kau Dan Aku.
Akan Datang! 
Insyaallah!

Perhatian : Siri Antara Dia, Kau Dan Aku Adalah Hak Milik www.hanspunyablog.blogspot.com Dan Merupakan Hasil Karya Asli Penulis Hans Hanis. Sebarang Penyiaran Atau Penyalinan Semula Karya Ini Tanpa Kebenaran Dan Keizinan Daripada Penulis Adalah Salah Dan Tindakan Akan Diambil.

11 ulasan:

  1. aku syak atan tu suka dekat baiyah la. ahaha.

    BalasPadam
  2. baru aje membe guna status antara kau, dia dan aku.. keke

    BalasPadam
  3. haihh lelaki gaduh perempuan mmg bestt kan? rezeki nama nya haha

    BalasPadam
  4. yehh kene denda lg diorang tuu..
    cikgu dh nmpak..

    BalasPadam
  5. Wah wah wah... bile nak masuk tv drama ni weh

    BalasPadam
  6. tempik dgn kuat sampai pengsan..hahaha

    BalasPadam
  7. setuju dengan zikreyhassan...

    BalasPadam
  8. wah aku dtg bertempik.. akukan cikgu diaorg.. hahhaha...

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com