Sabtu, 5 Jun 2010

Antara Dia, Kau Dan Aku - Episod 27

Cikgu Azlan : Kenapa yang bertekak lagi sampai saya berdiri dekat sini pun dengar nih?? Apa lagi yang kamu semua berdiri dekat situuu?????? Cepatlah kutip sampah!!! Loceng sekolah pun dah berbunyi tadi!!! Nak saya tambah denda lagi ker dekat kamu semua!!!
 
Maka mereka berempat pun cepat - cepatlah berlari mengutip sampah sekeliling sekolah. Tiada lagi kawasan - kawasan seperti yang dibincangkan sebentar tadi sehingga menimbulkan debat antara mereka berempat. Mereka sekarang bergerak seiringan mengelilingi sekolah membawa beg plastik besar berwarna hitam. Botol, plastik, pembalut makanan, kertas, daun kering dan berbagai - bagai lagi yang mereka jumpa akan dimasukkan ke dalam plastik hitam tersebut.

Elmyra pula sedang berdiri di luar kelas yang berada di tingkat 3 bangunan blok A itu memerhati ke bawah. Tiba - tiba dia perasan akan kelibat manusia yang dikenalinya dengan rapat.

Elmyra : Woi, Baiyah! Apa kau buat dekat bawah tu? Eh, asal ada Danish? Eh, Atan? Mei Ling pun ada?

Siti Nurbaiyah : Ini namanya kerja amal. Aku asyik buat dosa macam kau jer Myra. Tu pasal aku join program nih. Dapat juga pahala.

Elmyra : Owh, inilah yang korang rahsia - rahsiakan dari aku nih yer. Hahaha. Sah kena denda nih. Hahahaha.

Siti Nurbaiyah : Cess! Tak guna punya perempuan. Berani gelakkan aku.

Mei Ling : Aiya! Suka - suka gelakkan saya. Jaga kamu.

Elmyra : Oi, Atan! Kenapa kau pun ada sekali? Kau tertulis nama kau sendiri ker dalam buku 555 kau tu? Hahahahaha.

Atan : Diamlah kau! Nanti kau lepas nih!!

Elmyra : Hahahaha. Eh, cikgu datang! Selamat membuat 'kerja amal' korang semua. Hehehe.


Kelihatan seorang guru wanita berbadan gempal bertudung berjalan lemah masuk ke kelas Nur Elmyra kerana kepenatan barangkali mendaki anak tangga sebelum tiba ke kelas mereka yang berada di tingkat ke-3 Blok A itu. Cikgu Kamariah adalah seorang guru matematik yang ditakuti oleh murid - muridnya kerana sifatnya yang sangat tegas.

Johan : Bangunnnnnnn! Selamat Pagi Cikgu!

Semua Pelajar : Selamatttt Pagiiiiiii Cikguuuuu!

Cikgu Kamariah : Selamat pagi murid - murid. Assalammualaikum. Kamu semua boleh duduk. Eh, Johan! Berapa orang tak datang hari nih?

Johan : Saya rasa semua datang jer cikgu.

Cikgu Kamariah : Habis tu kenapa saya tengok ada 3 kerusi yang tak ada orang? Mana mereka nih pergi? Tak tahu ker saya dah nak mulakan kelas nih?

Johan : Entahlah cikgu. Dari tadi tak masuk - masuk pun.

Cikgu Kamariah : Ada siapa - siapa dekat sini tahu mana mereka bertiga nih pergi?

Elmyra : Diorang buat kerja amal cikgu?

Aisha : Kerja amal?

Johan : Kerja amal apa Myra?

Cikgu Kamariah : Ar ar Myra. Kerja amal apa yang awak maksudkan nih.


Belum sempat Nur Elmyra mahu memberitahu apa yang dimaksudkannya dengan kerja amal tiba - tiba muncul kelibat Siti Nurbaiyah, Mei Ling dan Atan di depan pintu kelas. Danish tidak kelihatan kerana dia belajar di kelas yang lain.

Cikgu Kamariah : Hah! Kamu bertiga. Berdiri depan nih. Kenapa lewat masuk ke kelas? Kamu tahu tak gara - gara kamu semua nih dah menyebabkan kawan kamu rugi 5 minit. Kamu tahu tak saya dah membazir masa menunggu kamu dalam kelas nih?

Siti Nurbaiyah : Kami bertiga pergi kutip sampah tadi cikgu.

Cikgu Kamariah : Kutip sampah? Kamu datang sekolah nih nak belajar ker nak kutip sampah? Hah!

Mei Ling : Kami bertiga kena denda cikgu kutip sampah.

Cikgu Kamariah : Aik? Kamu pengawas pun kena denda? Hah, Atan! Dalam kelas nih kamu antara murid yang bijak.  Kamu nih pelajar harapan saya tahu tak? Kamu nak jadi apa nih? Saya tak hairan sangat kalau si Baiyah nih kena denda. Tapi saya pelik dengan kamu dan Mei Ling nih. Kamu pengawas sekolah! Jadi kamu patut kena tunjuk sikap yang baik depan murid - murid lain. Faham!!

Mei Ling & Atan : Baik Cikgu! Kami minta maaf.

Cikgu Kamariah : Macam kamu semua tahu! Saya tak suka murid - murid saya masuk kelas lambat walau apapun alasannya. Jadi, saya rasa kamu bertiga dah faham kan apa yang perlu kamu buat?

Siti Nurbaiyah, Atan & Mei Ling : Adess!

Johan, Aisha & Elmyra : Hehehehe.....


To Be Continue...........

P/S
Nantikan 
Episod 28
Siri Antara Dia, Kau Dan Aku.
Akan Datang! 
Insyaallah!

Perhatian : Siri Antara Dia, Kau Dan Aku Adalah Hak Milik www.hanspunyablog.blogspot.com Dan Merupakan Hasil Karya Asli Penulis Hans Hanis. Sebarang Penyiaran Atau Penyalinan Semula Karya Ini Tanpa Kebenaran Dan Keizinan Daripada Penulis Adalah Salah Dan Tindakan Akan Diambil.

10 ulasan:

  1. semua nya harapan cikgu rupa nya. hans jgn la lu ubah skrip hancurkan mereka hahaha

    BalasPadam
  2. ada bakat!
    keep it up bro~

    BalasPadam
  3. biaselah...ketua pengawas skolah renda aku pown pena kne denda..hehee

    BalasPadam
  4. aku pun pernah kena.. hahah..

    BalasPadam
  5. subjek petame dah kena marah.. kejam betol hang nie hans heheee

    BalasPadam
  6. heheheh...kompon diorg kena gelak dgn myra...pastu kena perli xhabis2 dgn myra...:)

    BalasPadam
  7. cikgu aslan = ghazlan.
    cikgu kamariah = ?

    BalasPadam
  8. kena watpe pulak dahhhhh

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com