Selasa, 8 Jun 2010

Antara Dia, Kau Dan Aku - Episod 28

Cikgu Kamariah : Hah! Tunggu apa lagi!! Cepatlah!!

Elmyra : Go Baiyah Go! Aku tahu kau pasti boleh! Hahaha!

Cikgu Kamariah : Hah! Kamu Myra! Apa yang kau suka sangat nih hah?  Kau datang sini kejap!

Elmyra : Erk! Mana ada suka cikgu. Saya saja gurau - gurau jer tadi.

Cikgu Kamariah : Jangan nak bagi alasan! Datang sini cepat!!!

Elmyra : Adess! Baik cikgu.

Cikgu Kamariah : Kau pun buat macam mana diorang nih buat. Pergi sekarang!


Maka Nur Elmyra pun terpaksalah mengikuti arahan gurunya itu dengan seribu satu penyesalan terbuku di hati. Penyesalan kerana mengetawakan mereka sebentar tadi sehingga membuatkan dirinya turut sama terlibat di dalam upacara denda tersebut. Denda yang cukup memalukan bagi seorang budak perempuan sepertinya.

Bermula dari koridor kelas mereka sehinggalah ke hujung koridor dan berpatah balik ke kelas mereka kembali  untuk menandakan denda itu sudah tamat. Sepanjang koridor itu pula mereka terpaksa melalui 4 kelas lain sebanyak dua kali iaitu sewaktu pergi dan balik.

Itulah denda daripada seorang guru matematik iaitu Cikgu Kamariah yang cukup dikenali sebagai denda yang kejam di kalangan pelajar sekolah tersebut ketika itu. JALAN ITIK!

Siti Nurbaiyah : Ambik kau pompuan! Hah! Ketawakan aku lagi yer! Rasakan! Hahaha!

Mei Ling : Hahaha! Puas hati saya hari nih. Baru kamu bertemu buku dengan ruas Myra.

Elmyra : Diamlah korang dua! Asal mamat tu laju semacam jer?

Siti Nurbaiyah : Si makhluk biru tu ker? Dia kan tak pernah kena denda macam kita nih. Mestilah dia malu. So, dah malu mestilah jalan itik cepat - cepat.

Mei Ling : Kamu dua sajalah selalu kena denda. Saya baru hari nih jer kena denda maaa.

Elmyra : Bisinglah kau nyonya! Malunya akuuuuu!
Siti Nurbaiyah : Apa hal tiba - tiba kau nak malu pula?

Elmyra : Mestilah Danish tengok aku jalan macam nih. Malulahhhh!

Cikgu Kamariah : Yang perempuan 3 orang tu cepat sikit!! Boleh lagi berborak tu!!


Setiap kelas yang dilalui mereka pasti akan bergema dengan segala jenis sorakan ibarat sedang menonton pertandingan bola sepak di hadapan televisyen secara beramai - ramai. Merah padam muka masing - masing menahan malu.

Cikgu Kamariah : Lain kali nak masuk kelas saya awal ker nak masuk lewat ker atau tak nak masuk terus?

Atan & Mei Ling : Masuk awal cikgu!

Cikgu Kamariah : Hah! Kamu Siti Nurbaiyah?

Siti Nurbaiyah : Kejap cikgu! Penat! Saya janji saya masuk kelas cikgu awal lepas nih.

Cikgu Kamariah : Hah! Bagus pun! Elmyra! Lepas nih kalau kawan kamu kena denda kamu nak ketawakan mereka lagi tak?

Elmyra : Sumpah saya tak akan ketawa lagi cikgu!

Cikgu Kamariah : Bagus! Kamu semua boleh duduk tempat masing - masing. Hah! Sebelum saya terlupa hari nih saya nak serahkan markah ujian matematik kamu pada minggu lepas. Saya dah cakapkan siapa yang tak dapat A mesti kena dendakan. Betul tak murid - murid???

Semua Pelajar : Betullll cikguuu!

Cikgu Kamariah : Baiklah! Nama yang saya sebut nih ialah orang yang dapat A untuk ujian kali nih. Nama yang saya tak sebut nanti sila berdiri yer!!


Setiap pelajar berdebar - debar dan berharap agar nama mereka akan disebut oleh Cikgu Kamariah kerana itu menandakan mereka tidak perlu didenda kerana tidak mendapat A untuk subjek matematik ini.
 
Kelihatan Siti Nurbaiyah berbisik - bisik dengan Nur Elmyra tentang keputusan ujian yang bakal mereka terima nanti sambil Cikgu Kamariah tidak henti - henti menyebut nama pelajar - pelajar yang mendapat A di dalam kelas itu satu - persatu.

Cikgu Kamariah : Johan! Alex!

Siti Nurbaiyah : Myra! Myra! Kau rasa kau dapat A tak Myra?

Elmyra : Entahlah Baiyah! Susah kut soalan orang tua nih bagi hari tu. Naik pening kepala aku nak menjawab.

Cikgu Kamariah : Atan! Mei Ling!

Siti Nurbaiyah : Kalau kita buat solat hajat sekarang kau rasa sempat lagi tak?

Elmyra : Kau gila ker apa Baiyah?? Mana sempat!

Siti Nurbaiyah : Adoiii! Aku nervous lah!!

Cikgu Kamariah : Siti Nurbaiyahhhhh.....................

Elmyra : Weih, kau lulus Baiyah!
Siti Nurbaiyah : Aku lulus? Betulkah......


To Be Continue...........

P/S
Nantikan 
Episod 29
Siri Antara Dia, Kau Dan Aku.
Akan Datang! 
Insyaallah!

Perhatian : Siri Antara Dia, Kau Dan Aku Adalah Hak Milik www.hanspunyablog.blogspot.com Dan Merupakan Hasil Karya Asli Penulis Hans Hanis. Sebarang Penyiaran Atau Penyalinan Semula Karya Ini Tanpa Kebenaran Dan Keizinan Daripada Penulis Adalah Salah Dan Tindakan Akan Diambil.

10 ulasan:

  1. mesti baiyah kena pggl sebab bisingkn.. hahah... i like baiyah!

    BalasPadam
  2. ade plak denda. lagi lambat la kelas bermula heheee

    BalasPadam
  3. kesiannye kene jalan itik.. hahha.. garang betol cikgu kamariah tue..

    BalasPadam
  4. hahaaha kompom kena denda lagik nih...adeehhh

    BalasPadam
  5. baiyah dapat A ke dapat denda lagik???

    BalasPadam
  6. haha..
    confirm baiyah tak lulus punya..
    hahhaa..
    solat hajat..
    lawak je baiyah tue...

    BalasPadam
  7. Lulus kah dia??
    tah2 cikgu panggil sbb dia myembang dgn myra...
    hehehe...xpasal kena dnda lg...
    sian...

    BalasPadam
  8. best la... x sabo nak tunggu next episode... cepat sikit geni...

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com