Bersuka Ria Buat Kali Pertama Sepanjang Cuti Kali Nih

Hahahaha. Akhirnya aku keluar juga berjumpa rakan - rakan lama sewaktu cuti semester kali nih. Sebelum nih hanya melancong di Nilai sebelum majlis konvo aku. Selepas lama di rancang akhirnya aku berjaya keluar dengan rakan sekolah lama aku Pijai dan rakan - rakannya iaitu Akram(kawan aku jugalah) dan Waheeda(baru kenal tadi).

Macam biasalah kalau keluar dengan Pijai dan Akram nih kalau tak sakit perut sebab gelak tak sah. Dari awal keluar sampai ke balik asyik gelak jer. Aku dah lama pakat dengan Pijai nak pi tengok Lagenda Budak Setan. Akhirnya impian menjadi kenyataan. Hohoho. Esok lah aku buat review pasal filem nih. Letih lah.

Sorry Waheeda kerana anda selalu menjadi mangsa usikan kami bertiga. Hahaha. Sebelum nak tengok wayang tu pergi solat Asar dulu. Aku dapat sejadah yang berbau seperti sepasang kaki yang memakai stokin yang lembab dan dikepam di dalam kasut. Naik pening kepala aku. Kalau rajin esok jugalah buat entry pasal nih. Hahaha.

Jumpa senior masscom(sama jer umur dia tapi dia atas aku..haha) dan tak sangka tengok LBS juga. Wakakaka. Kemudian habis tu pergilah hantar si Waheeda nih balik dekat rumah dia di Bukit Tangga yang dekat dengan UUM tu. 1st time lalu jalan tu aku rasa. Kuikuikui.

Lepas tu lalu dekat Stadium Darul Aman sebab nak jumpa member. Dia keja dekat karnival sua rasa tu. Tapi, macam biasalah kalau buat event ala - ala Jom Heboh dekat situ memang aku tak teringin nak pi. Bukan pasal apa tapi sebab susah nak cari parking.

Last - last kami bertiga jumpa member aku, Hafiz dengan sorang lagi member Ery dekat kedai makan Koteow apa entah. Sebelum tu depa ajak aku pi makan dekat Kedai Tat Nasi Ayam tapi meja full. Borak macam - macam juga. Dari masa sekolah, bola sepak, kerja, awek, isu semasa dan macam - macam lagi. Memang best gila. Sedar - sedar dah pukul 12.00. Hohohoho. Hafiz hantar aku balik.

Apa - apapun terima kasih sangat - sangat dekat korang semua kerana sentiasa menceriakan lagi hidup aku. Nanti nak pi Langkawi ajak noh. Nak beli coklat nih. Wakakakaka.

P/S : Aku Tadi Sedia Duit Dekat Tangan Dalam RM6 Nak Bayar Kueteow Kerang Dengan Teh Panas. Alih - Alih Semua RM3.90 Jer. Hahaha. Baru Ingat Alor Setar Makanan Murah. Kalau Shah Alam Nih Sah Dah RM5.00 Atau RM6.00 Harga Semua Nih.

12 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. yg part sejadah tu aku pernah kena..
    seyes xbest bau die...
    adoi...
    migrain dibuatnye!
    hahah...

    BalasPadam
  2. aku pun dah biase kena sejadah macam tu.. patutnya basuhlah seminggu sekali pun dah okey.. LBS?? alright!

    BalasPadam
  3. eeewww.... bau camtu confirm solat takleh nak kusyuk

    BalasPadam
  4. wakaka..kompom sejadah 2 da lama x dibasuh..

    rm3.90 je,beruntungnya..huu mmg da cukup murah 2..

    BalasPadam
  5. Aku baru tau kata ada Karnival Sua Rasa dekat Stadium semalam bila mak aku habaq. Baru tadi lalu Jalan Stadium nampak sampah bersepah.

    Adoi, ni yang aku tak minat. Dah la pagi ni hujan. Jenuh nak bersih buang semua. Tak pandai betul nak jaga kebersihan.

    BalasPadam
  6. anis ngok ngek..hehe..angpa x p tgk pait ka??dh abis ka sentap ang 2..

    BalasPadam
  7. huhu ak pnh pi surau nih der pnyer tikar mashaAllah.. dorng nih lenkali pakai stokin bia yg bersih2.. tpi bkn sbb stokin kot rsenyer X_x"
    hg cuti di Alor Staq? ke umah kau kot sana?

    BalasPadam
  8. ui....

    hehehhee.... lengkap tuh.... ahaks~

    aq x tengok lagi der... sabah lambat sikit datang filem dari luar terutamanya tempat aq nih...


    TAWAU!!!! hahaha terletak di hujung Malaysia hahaha

    BalasPadam
  9. Nota kaki tu... makanan tu murah gile...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama