Besarnya Kapal Nih! - Part 1

Pada suatu pagi yang sibuk kelihatan seorang pemuda yang gempal berbaju pagoda berseluar track warna hitam sedang leka mengayuh basikal bersama 2 orang rakannya iaitu Faruqi dan Budiman. Pemuda itu bernama Zaqhrie Ahsrique(bukan nama sebenar) berborak - borak bertanyakan tentang suasana yang riuh rendah tidak seperti hari - hari sebelum nih.

Zaqhrie : Kenapa ramai sangat orang hari ini wahai tuan hamba berdua? Ada apakah di sana? Selalunya tidak pernah jalan di sini sesak sehingga sebegini rupa!

Faruqi : Tuan hamba tidak tahukah bahawasanya ada sebuah kapal besar sedang belayar di seberang sungai sana.

Budiman : Sudah sepurnama hamba mengetahui tentang hal ini. Apa tuan hamba baru tahu tentang ini semua pada hari ini?

Zaqhrie : Hamba baru tahu wahai saudara - saudara ku sekalian. Mari kita ke sana! Hamba mahu melihat sendiri sebesar mana kapal yang diberitakan oleh tuan hamba berdua sebentar tadi. Ayuh tuan hamba!

Faruqi : Ayuh saudaraku!

Budiman : Ayuhh!

Mereka bertiga pun menuju ke sebuah pasar basah yang berdekatan dengan sungai tadi untuk meletakkan basikal mereka. Kemudian, dengan pantas mereka pergi ke sungai untuk melihat kapal besar itu berlabuh di situ dengan megahnya.

Zaqhrie : Wahhhhh! Sungguh besar sekali kapal ini yer tuan hamba!

Faruqi : Masyaallah! Sangat besar! Lebih besar dari rumah hamba!

Budiman : Paling besar hamba pernah lihat hanyalah bot - bot penumpang sahaja. Kali ini memang betul - betul kapal besar.

Zaqhrie : Eh, saudagar ikan! Patik tumpang bertanya!

Pakcik Ikan : Yer, tuan hamba! Silakan!

Zaqhrie : Bagaimana mahu menaiki kapal yang besar ini?

Pakcik Ikan : Tuan hamba hanya perlu mendapatkan tiket di kaunter sana itu.

Zaqhrie : Owh, terima kasih yer saudagar ikan!

Pakcik Ikan : Sama - sama kasih tuan hamba.


Selepas saudagar ikan berlalu pergi maka bertubi - tubilah soalan yang keluar daripada Budiman dan juga Faruqi untuk diajukan kepada Zaqhrie.

Budiman : Kenapa tuan hamba bertanya berkenaan tiket kapal besar itu?

Faruqi : Hamba rasa aneh betul melihat keadaan tuan hamba hari ini. Adakah tuan hamba berhajat mahu menaiki kapal besar yang mewah ini?

Zaqhrie : Tuan hamba berdua! Hamba rasa hamba mahu naik kapal besar ini. Ini peluang hamba! Hamba tidak mahu terlepas!

Budiman & Faruqi : Apa????

To Be Continue.....

14 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. alaaaaa asyik sambung je.. suka wat suspen

    BalasPadam
  2. suka buat sambungan nih.. xper2.. kutunggu..

    BalasPadam
  3. ko buat cerita bersiri baru ker??? huhu
    best3

    BalasPadam
  4. kisah klasik ke moden ni?konpius aku haha..

    BalasPadam
  5. kisah ni manggantikan citer dia,kau & aku ker?? Citer tu blom abis lg kan..

    Kapal apa kah yg besar itu?? Adakah kapal Titanik?? hiks.. :D

    BalasPadam
  6. cite kebende plak kaw buat ni hannss??

    BalasPadam
  7. wah..
    siap ade tiket2 lagieyh!
    owg gune online je lew..
    hahaha

    BalasPadam
  8. waahh nek kapal titanic ka.. macam jack dawson n rose tuh.. hehehehehe

    klik sinie jom ke blog mimie azimask :D ...

    BalasPadam
  9. ish..saje tau buat akak tertunggu2...

    BalasPadam
  10. Pakcik ikan tu mesti ensem giler kan?hahahaa

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama