Drama Ayu Tidak Manis - Ayu Macam Watak Baiyah! Hahaha!

Selalu malas nak tengok tv waktu petang - petang macam nih tapi tadi tersangkut pula depan RTM tengok drama Melayu. Tajuk drama ialah Ayu Tidak Manis. Aku dah tangkap syok tengok drama nih jadi mesti kena layan sampai habis.

Drama ini mengisahkan tentang sepasang keluarga yang hidup bahagia dan dikurniakan tiga cahaya mata. Kesemua anak mereka ialah perempuan. Jadi, si ayah(lakonan Zamarul Hisham) nih pun sebab teringin sangat nak anak lelaki maka dia selalu lah bawa anak dia yang bongsu si Ayu nih teman dia pergi tengok bola sepak dekat stadium. Pakaikan baju bola. Ajar main bola. Jadi, bila besar si Ayu nih macam boyish la kan. Ganas! Hahaha.

Selamba badak jer dia join geng laki main bola dekat padang sekolah. Bila dapat tahu dengan mak Ayu nih habislah Ayu kena marah semua. Namun si Ayu nih tetap degil. Dia main juga diam - diam. Akhirnya, mak dia dapat terima bahawa tak semestinya perempuan kalau main bola sepak tak ada perasaan manja, ambil berat, kasih sayang dan apa - apa yang selalu ada dalam diri seorang perempuan.

Boleh tahanlah cerita nih. Aku layankan jer tengok. Tengok si Ayu nih teringat watak Siti Nurbaiyah dalm siri ADKDA yang aku tengah buat nih. Hahaha. Rasa - rasa kalau Baiyah nih di visualkan mesti lebih kurang macam tu juga lah wataknya.

Malam nih gua sambung siri ADKDA episod 33 pula. Nak tengok Pi Mai Pi Mai Tang Tu kejap!

P/S : Ada Orang Komen Cakap Jangan Update Entry Banyak - Banyak Sebab Nanti Takut Kalau Ada Entry Yang Bagus Tapi Orang Tak Nampak. Den Nak Buat Macam Mana. Otak Nih Asyik Datang Idea Pula. Lepas Tu Jari Tangan Pun Tak Berhenti - Henti. Hahaha. Biarlah Orang Nampak Ker Tak Ker Kan? Nak Baca Silalah Baca. Tak Nak Baca Pun Tak Paksa. Hohoho!

12 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. owhhh cm tu ke baiyah..okeh dh nmpk gmbaran..
    ada tngok gak crte tu td..

    BalasPadam
  2. haha,..tengok jugak td..hoho...

    BalasPadam
  3. perghh...bapak laju ko update...aku bru je tgk cite tu td.

    tp mmg best aa cite tu...smpikan aku delay nk on9 sbb nk abiskn tgk cite tu hehe..

    BalasPadam
  4. :) Salam Dari Saya, Ruzana

    Tengok Jugak Crite Tu Td... Tp Sebab Berebut TV Dgn Adik, Saya TEWAS!

    So, Kesimpulannya, Happy Ending La Yer :)

    BalasPadam
  5. saper yg jadi ayu dlm cerit tu..suka zamarul berlakon..=)

    BalasPadam
  6. hehehe...kamo mmg rajin mengupdate..ehehehe...:P

    BalasPadam
  7. sayang la tak tgk..

    BalasPadam
  8. btol2. aku menyampas tunggu posman anto result.lembab!haha

    BalasPadam
  9. Wakakaka... umah sewa aku ni takde TV>.. malas nak tengok lagipun... so layan blog je... So tak tahu la kisah ayu...

    Pasal nota kaki tu... kau buat autopublish la... sebab nanti kalau kau dah bosan nak update blog... ade lagi entry kau boleh auto publish

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama