Jambatan Tok Pasai - Sungai Kedah Buat Aku Tertarik Untuk Belajar Guna DSLR

Pagi tadi sebelum balik kampung, gua sekeluarga pergi ke sebuah tempat menjual ikan - ikan serta hasil laut yang segar - segar berdekatan Jambatan Tok Pasai nih. Ikan - ikan dekat situ memang segar - segar sebab baru dinaikkan daripada bot. Harga ikan untuk pagi tadi pun murah gila. RM2 jer kut. Segar pula tu. Sempat tengok sang belangkas atas penimbang. Macam comel - comel jer ekor dia terangkat - angkat. Hahaha.

Sebelum nak masuk dekat kawasan makcik - makcik jual ikan nih, gua sekeluarga kena melalui Jambatan Tok Pasai nih dulu.


Lama sebenarnya gua tak lalu dekat jambatan nih. Kali terakhir waktu gua berlatih bawa kereta sebelum dan sesudah dapat lesen. Tapi macam biasalah masih tak berani bawa kereta. Mungkin berani jika itu kereta gua sendiri kut. Hahaha. Bila sampai jer dekat atas jambatan nih memang best dapat tengok pemandangan di bawahnya.


Memang rasa indah gila waktu tu memerhati tempat nih. Owh, sebelum terlupa gua nak bagitahu yang gambar - gambar nih gua ambil dekat google. Bukan gua yang snap. Camera pun tak ada. Hahaha. 

Tiba - tiba rasa berminat mahu belajar kembali menggunakan DSLR sebab bila rasa nak ambil gambar mesti bila - bila pun boleh. Lagi satu kualiti gambar dari DSLR memang buat aku puas hati. 

Mesti cun kalau amik gambar Sunset dekat atas Jambatan Tok Pasai nih. Seronok juga kalau dapat ambil gambar  makcik - makcik berniaga ikan. Puas hati kalau dapat ambil gambar sang belangkas bertarung nyawa atas penimbang hijau.

Entah bila dapat datang dan menikmati lagi keindahan dari atas Jambatan Tok Pasai nih. Eh, ada siapa - siapa nak hadiahkan gua DSLR? Kalau ada cepat - cepat hadiahkan tau. Hahahaha.

P/S : Pernah Belajar Guna DSLR Dulu Tapi Gambar Yang Ditangkap Tak Cantik Pun. Hahaha. Letak Lagu Baru Lah. Rasa Best Pula Bila Kepala Bergoyang Mengikut Irama Rancak.

11 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. pakai kamera digital kompak pun boleh cantek tau ;)

    BalasPadam
  2. aku tak pernah makan belangkas.. :D

    BalasPadam
  3. salam hans.. jambatan tok pasai ni kat area mana ye?

    BalasPadam
  4. kalau si kacak hans yang snap picture, of coz la cun2 smuanya kan :)

    BalasPadam
  5. haha.
    nak jugak DSLR.
    tapi tak mampu.
    ;(

    BalasPadam
  6. Alie : mana ada duit nyah...haha..xbest maa guna photoshop..biar ori..baru berharga

    naman : xsama maa..DSLR lebih bagus

    hasrol : belangkas memang xleh makan pun xsilap aku la...orang makan telur dia jer

    kak nik : Kuala Kedah

    hanie : gua xpandai snap pic...

    hizami : hohoho..ada duit beli lah..hoho

    BalasPadam
  7. aku baru terpk nk beli kamera DSLR neh.. ade cadangan tak jenis apa? brand apa? model?

    BalasPadam
  8. kau mintakkan DSLR untuk aku sekali. plis!

    BalasPadam
  9. Wah... jom jom... beli DSLR sebiji... aku pun baru nak beli lagi satu

    BalasPadam
  10. huhu.. tak mampu nak beli DSLR.. geget jari ajelah..

    BalasPadam
  11. ini saja yang ada kat aloq stuck?
    memang aku tak p dah! HAHA.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama