Ahad, 13 Jun 2010

Jika Anda Tahu Apa Yang Anda Suka..Teruskan Jer Lah Minat Anda Itu!!

Sekali lagi tajuk panjang macam 2 marhalah. Hahaha. Tak retilah aku nak singkat - singkat ker berkias - kias nih. Sebelum tu tadi gi makan kenduri. Sedap plak Sunkist dekat kenduri tu. Rasa macam nak ambil dulang buah tu bawa balik rumah jer pastu kedarah depan tv. Hahaha.

Pelik betul lah aku. Ramai betul pandang - pandang aku tadi. Abang katering yang cedok - cedok ayam tu pun pandang dengan senyuman menggoda. Gay ker apa!! Tahulah aku kacak pun. Adoi!! Hahaha. Aku dah cuak dah. Takut jadi macam sorang blogger perempuan yang aku baru kenal dekat blog. Dalam entry dia baru - baru nih cakap ketiak dia ternoda sebab baju kurung dia terkoyak dekat ketiak masa pergi kenduri. Aku pun cepat - cepat lah check baju aku. Nasib tak ada apa - apa yang terkoyak. Hahaha.

Baiklah! Berkenaan tajuk nih. Aku mahulah cerita tentang pandangan aku pasal minat nih. Dari sekolah rendah kita telah dipaksa belajar bersungguh - sungguh supaya dapat masuk SBP, MRSM atau pun SMKA. Ada budak yang nak masuk SBP tetapi mak ayah nak anak pergi SMKA. Ada anak dapat masuk MRSM tapi mak ayah nak anak pergi SBP. Ada anak belajar penat - penat dan dapat tawaran pergi SBP tapi mak ayah nak anak pergi sekolah dekat - dekat rumah jer.

Lepas PMR pula, ada anak nak pilih sekolah lain contoh sekolah teknik dan vokasional sebab lebih minat ke arah sesuatu bidang tapi mak ayah tak bagi sebab takut anak dia tak ada masa depan. Ada anak yang still nak belajar dekat sekolah dia tapi mak ayah paksa pergi sekolah ini atau itu. Lepas tu, apabila nak masuk U kadang - kadang mak ayah dah tetapkan pada anak - anak apa yang mereka patut belajar. Kononnya, course yang mereka pilih nih ada banyak peluang kerja dan sebagainya padahal anak mereka tak minat pun course tu.

Bagi aku, bila kau betul - betul minatkan sesuatu perkara maka kau usahakanlah bersungguh - sungguh. Memang kadang - kadang kita perlu mengikut cakap mak ayah kita tetapi tak semestinya semua mak ayah kita cakap tu 100% betul. Ada perkara yang perlu kita sendiri selesaikan. Ada perkara yang kita perlu pilih sendiri. Sebab kita yang menentukan hidup kita. Restu mak ayah memang penting jadi seboleh - bolehnya pujuk mak ayah kita untuk biarkan kita pilih bidang yang kita minat.

Memang minat boleh dipupuk. Adakalanya benda kita tak minat tetapi apabila dipaksa akhirnya minat itu timbul dalam jiwa. Alhamdulillah, jika terjadi sebegitu. Tetapi, malang bagi sesiapa yag sudahlah dipaksa buat benda yang dia tak suka dan seleps setahun dua belajar pun masih tak ada minat. Prestasi pelajaran pun tidak sebagus mana. Mak ayah pula asyik menyalahkan anak kononnya belajar main - main sedangkan anak mereka memang dari awal - awal cakap dia tak minat.

Bagi aku, mak ayah sekarang perlu memberi peluang pada anak mencorakkan hidup mereka. Cuba berikan peluang mereka pilih apa yang mereka mahu. Rezeki ada di mana - mana. Kadang - kadang mak ayah kata pada anak - anak mereka jangan pilih bidang ini. Jangan pilih bidang itu. Bidang ini tiada masa depan. Company sekarang nak pelajar dalam bidang sekian - sekian. Masalahnya dunia sentiasa berubah. Pemimpin pun saling bertukar ganti. Masing - masing ada pendekatan masing - masing. Rezeki di mana - mana. Berilah restu pada anak anda dan sokonglah minat dia walaupun bercanggah dengan harapan anda kerana anda perlu bersyukur anak anda masih mahu menuntut ilmu.

Sebagai contoh, memang kadang - kadang ada mak ayah mahu anak mereka menjadi doktor namun jika anak mereka minat menjadi pereka grafik silalah beri sokongan. Bukannya salah atau berdosa menjadi pereka grafik. Kadang - kadang mak ayah perlu berikan galakan dan kepercayaan sedikit. Bukannya 100% tetapi cuba beri peluang. Kadang - kadang ada mak ayah yang mengawal perbelanjaan anak - anak mereka. Contoh, apabila anak mereka mendapat duit pinjaman maka duit itu perlu diberi semua kepada mereka kerana mereka mahu mengawal perbelanjaan anak - anak mereka. Masalahnya sampai bila mereka mahu mengawal anak - anak mereka?

Beri peluang anak belajar menguruskan wang sendiri. Mungkin di tahun pertama mereka akan boros tetapi di tahun kedua mereka pasti tahu bagaimana mahu menyimpan kerana sedar kesilapan dalam menguruskan wang seperti di tahun pertama. Ini hanyalah pandangan aku. Manusia memang tidak sama tetapi tak salah kalau kita beri peluang pada anak masing - masing kan? Kadang - kadang mak ayah perlu bertolak ansur dengan anak - anak dan anak - anak pula kena buktikan apa yang mereka pilih itu adalah terbaik untuk mereka dan jangan sia - siakan peluang yang diberi.

P/S : Alhamdulillah! Mak Abah Aku Bukannya Seperti Apa Yang Aku Tulis Di Atas. Aku Sangat Bersyukur!

P/S : Macam Entry Motivasi Pun Ada! Dr. Fazilah Kamsah Dah Boleh Bersara Dah Lepas Nih! Hahaha!

16 ulasan:

  1. dabuldahithegreate13 Jun 2010 2:17 PTG

    kalau aku minat berkayak.
    tapi ayah aku suruh aku berlayar camna?

    BalasPadam
  2. Aku cadangkan part bagi anak2 uruskan wang sendiri tu.

    Katalah duit untuk bulan tu dah habis digunakan, anak itu mintak duit lagi..ibu bapa kena berkeras jangan bagi duit. Biar kejam sikit.
    Haha~

    BalasPadam
  3. heheh..pnjg beno entry ko...betol la pe ko ckp tu

    aku pon skrg stdy kos yg aku amek sekrg ats nasihat pkcik aku

    mak aku dye ikot aku je..dye pon riso aku boleh buat ke sbb dye taw aku xminat kos ni

    but lame2 minat jugak..kita kena pk positive ats suatu perkara tu...setiap yg berlaku ade rahmatnye..
    mungkin kita boley berjaya jugak...ats pndangan org lain kan..
    yg penting niat

    BalasPadam
  4. dabuldahi : hang pi terjun lombong la senang...hahaha

    fasha : macam den tulis dkt atas tu...kalau semua pelajar yg terpaksa belajar course yg dia tak suka macam ekau dan lepas tu dapat catch up..alhamdulillah...bagaimana yang dia memang betul2 tak minat...dia still nak belajar benda yg dia minat..itula sebabnya..kena bagi peluang..sebab kita sebagai mak ayah tak mampu nasihat anak kita sampai bila - bila sebab satu hari nanti kita akan mati juga...sebab itu ajar anak buat keputusan sendiri

    adzim : yups...itu memang terbaik juga....tapi macam aku dlu...aku malu nak minta...so makan maggi je...sebab tu kurus secara tiba2..haha

    BalasPadam
  5. yess anak sekarang sngat cepat matang walau nampak macam tak haha

    BalasPadam
  6. tuh laa weh
    seb bek parents aku jenis yg tak kesah!
    hee~
    pada aku sume nye iut takdir,
    ikut naseb,
    and ikut rezeki.
    huhuhu

    BalasPadam
  7. alhamdullilah jugak parents aku xcm gtu..dulu msa nk isi u aku de tnya,nk ambik kos ape ek??skali abh aku jwab,"ai,kamu yg nk blaja xkn tnya abh kot"..ambik ko..hahaha

    BalasPadam
  8. betul2...sye stju ngat aih ngan ap yg ditulis dlm entry ni.... hehehehe

    BalasPadam
  9. nk tmbh lgi..aku juga bsyukur cz parents aku xmmberi tekanan sgt thdap ank2 dlm pelajaran..ni lg stu ayt pames,"xpe la,dh usaha kan..rezeki tu tuhan bgi kt mana2 je..tgu masa kita je"..hehehe..

    BalasPadam
  10. btol2..patutnya macam tuh lar,baru la anak2 tuh akan wat yg terbaek..minat mang bleh dpupuk,bukan dpaksa..=)

    BalasPadam
  11. saya da n parents sehati sejiwa..haha....xde masalah psl tu...mmg haluannye lancar tanpa sbrang konflik... dari skola...smpi la masuk u...ok aje sumenye...

    BalasPadam
  12. wah! best la mcm dgr ceramah plak? ape2pun aku sokong 101% pendapat ko tu hans... hehe eh! cerita ADKDA aku bru baca sampi episod 20 je? ape2pun setakat aku baca tu mmg cerita ko menarik! boleh wat novel! hehe nnt aku smbung lagi skrg aku nk tumpu bola dulu? hehe

    BalasPadam
  13. wah dah mcm penceramah dah..aku setuju betul dgn kata2 ko tu..
    naseb baik aku bebas memilih..

    BalasPadam
  14. sentiasa percaya dengan kemampuan dan kebolehan diri sendiri....tak salah kalau nak menongkah arus....

    BalasPadam
  15. komunikasi dan persefahaman perlu buat sesuatu perkara atau keputusan....

    BalasPadam
  16. Hua hua hua... abang-abang tu nak ngorat kau kot hans

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com