Kisah Aku Dengan Ikan Peliharaan Dalam Akuarium - Part 1

Macam aku cakap waktu aku kanak - kanak sugus sampailah aku menginjak ke usia remaja kacak sememangnya aku suka membela ikan di dalam akuarium. Namun, setelah sekarang menjadi lelaki separa dewasa yang matang dan semakin kacak maka aku kurang aktif dalam meneruskan hobi itu kerana kekangan masa dan tak sanggup berjauhan dengan mereka. Macam bercinta plak. Hahaha.

Biasalah waktu sebelum tadika selalu bela ikan puyu, ikan sepat atau ikan laga. Orang Kedah panggil ikan laga tu ikan karin.

Ikan Puyu


Ikan Sepat


Ikan Karin/Laga


Aku bela binatang nih tahan lah dalam beberapa bulan. Lepas tu mesti 'kiok' punya. Hahaha. Dah ajal dia kan nak buat macam mana. Makan dah bagi. Oksigen dan bagi. Air cuci bila perlu. Memang takdir arwah - arwah ikan aku nih lah nak mati dalam akuarium.

Waktu aku kanak - kanak sugus tu kiranya setakat letak dalam akuarium yang kecil ciput yang orang buat letak hamster jer sekarang. Hohoho. Masa aku darjah 1 tak silap awal bulan lah tiba - tiba mak ayah aku ajak pergi kedai Ikan. Aku pun ikut jer lah. Alih - alih sekali angkat akuarium besar gedabak punya. Walaweh, mulut aku dah serupa Joker dalam cerita Batman tu. Senyum nak sampai dekat telinga. Yang best tu bila beli barang - barang yang keluar oksigen macam jam oksigen, bola oksigen dan roda oksigen. Itu boleh buat kau khayal kalau renung lama - lama dalam akuarium. Tak payah kau nak hisap gam ker ganja ker. Kau renung jer benda - benda nih keluarkan buih - buih oksigen. Hohoho.

Balik rumah lepas dah pasang semua, kemudian hias akuarium bagi cantik. Pastu isi air dalam tu dan lepas tu masukkan klorin. Ikan tak ada lagi nih. Esok pula lagi sekali pergi kedai ikan. Pergilah angkut 11 ekor ikan Oscar. Zaman tu memang famous dengan ikan Oscar nih. Ini gambar dia :-

Ikan Oscar


Dari 11 ekor tinggal dalam 5-6 ekor jer tapi lepas tu semua membesar dengan sihat dan gemuknya macam Tuan dia jugalah waktu tu. Tengoklah siapa jagakan. Makan on time kut. Hahaha. Ikan Oscar nih selain makan makanan ikan yang palet merah tu juga sangat suka makan ikan kecil - kecil yang dalam longkang tu atau pun udang kecil. So, bila aku balik kampung aku dekat Penang yang ada sungai tu memang bermula pukul 2 petang sampai nak dekat pukul 6 petang, aku akan berkampung dekat situ sorang - sorang sambil di temani penyauk dan baldi kecil.

Apa lagi! Sauk lah. Memang best gila. Penuh udang kecil tu satu baldi. Lepas tu bawa balik rumah. Lepaskan udang tu sikit - sikit. Esok pagi bangun dah habis dah udang kena makan. Hohoho. Setiap malam aku akan spend dalam 1 jam ke 2 jam tengok ikan - ikan nih dalam akuarium. Aku pun pelik macam mana aku boleh spend masa lama macam tu. Aku sekarang baru terfikir masa bila yer aku buat kerja sekolah? Hahah. Darjah 1 punya hal. Aku dah tak ingat. Tapi tengok dalam Buku Report tu markah okay jer. Kehkehkeh.

Panjang pula dah...aku sambung baliklah nanti...hohoho..

To Be Continue....

P/S : Sedih Pula Hati Aku Nih Teringat Arwah - Arwah Ikan Aku.

20 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. wey hobi hang same ngan aku r...aku pown minat ngan ikan gak...aku bele ikan lage, ikan gapi, ikan puyu, macam2 ikan ler...memang sonok, ikan emas ke ikan kaloi letak dlm kolam...emmang best ler

    BalasPadam
  2. rileks la....

    jgn sdih2....

    biar la diorg pegi dgn amanya..

    skang ni..

    ikan guppy cun gak...

    kmbang2 ekornya...

    skang ni...

    umah den hnye ada ikan klisa n mas je...

    ikan guppy...

    suma kiok jugak...

    BalasPadam
  3. akak pun xleh bela ikan..cnfirm mati punyer..x smpai seminggu, mesti kiok punyer..he he he..smpai anak akak tanya :"mama, ikan ne?"..hik hik hik

    BalasPadam
  4. ske bela ikan jugak! hehe.. n mmg byk ikan yg dh mati.. sob sob... sllu bela ikan sepat.. tp sume dh mati..skrg tinggal seko ikan emas je.. heheh.. tp lawa...ekor die pnjg mengurai..ihihihhi~~~

    BalasPadam
  5. Cantik weh ikan kau... ade ni je ke? Flower horn takde?

    BalasPadam
  6. emak i bela ikan plastik je dia beli kat the mall sekor 3inggit. mula2 tgk i mcm.. 'eh mak beli nemo ke?'.

    tgk lagi sekali. tipah tertipu rupanya. =))

    BalasPadam
  7. dulu bela ikan gak..waktu kecik2....tapi sumer mampos...huhu....la nie x bela da...

    BalasPadam
  8. aku suka gak tengok ikan2 ni.. tapi tak suka pelihara..

    BalasPadam
  9. seronok gua baca citer ko ngn ikan nie.
    agak sweet gak ekau nie.

    hahaha..

    gua tak reti nak bela ikan.
    dulu pernah.
    pas tu mati lak.
    gua keciwa jugak.
    pastu tak pernah dah..

    BalasPadam
  10. part y x bole blah tu, makin dewasa, makin ensem.. ececece.... hahaha...

    ape la.. x reti jage ikan betul... lepas ni, kalu aku kasi harimau, ko rase ko reti jage x?... hahahaa

    BalasPadam
  11. aku simpati dengan nasib2 ikan tu dapat tuan cam hang heheee

    BalasPadam
  12. kecik2 masa zmn kanak2 ribena dulu aku pon ske bela ikan..beli ikan laga..ikan emas..mcm2 lagi la..hobi tu dtgnye drpd ayah aku..lagi extreme, dia bela ikan kaloi besar punye, haruan, toman..hamik ko. haha..
    sampai skrg kat luar rmh ni ade lg akuarium..tambah drpd akak aku, bela si labi2..

    papepon bila dah meningkat usia ni..bela "anak ikan" lagi best. wakaka..

    BalasPadam
  13. ak pun dulu ske giler ikan karin
    !!! maya karin pn ak suka!
    hakhak!

    BalasPadam
  14. hehehehe sesenang jgn bela... hihih dose nanti kalau ikan / binatang peliharaan terabai

    BalasPadam
  15. Best la dapat bela ikan nie.. aku dari kecik nak bela tak boleh2.. kene tunggu abis belajar duk umh sendiri pastu baru la boleh bela ikan dalam aqurium dalam rumah huhuhuu :D

    BalasPadam
  16. Best bela Ikan mas jenis buntal , ada org ingat patung , pasni aku nak bela Ikan SEpat coz org bilang Ikan sepat berguna sebagai penghalau hantu , so aku dapat tau info ni aku nak menceburi pulak pembelaan Ikan sepat so dengan ini dapatla aku menjaga rumah aku daripada anasir anasir jahat

    BalasPadam
  17. Hobi sama ah geng sya ada gak ikut ayah sya g kedai ikan ayah sya beli akuarium besar fuh merecik masatu pastu beli ikan kaloi sabah sampai 3 tahun pastu mati hahaha,skrg sya minat ikan lagi yg ada dlm akuarium ikan haruan ketutu,haruan,sepat,bandaraya,keli albino huhuhu harap tahan lama.....

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama