Selasa, 8 Jun 2010

Oit! Jom Pergi Tangkap Ikan Dekat Padang Bola! - Part 1

Waktu aku kanak - kanak sugus dulu aku sangat obsess dengan ikan. Kalau boleh ikan jaws pun aku nak bela dalam akuarium. Hahaha. Kira memang banyaklah pengalaman aku dengan arwah ikan - ikan peliharaan aku dalam akuarium tu.

Aku ingat lagi pada suatu petang yang panas terik gila. Waktu tu aku kecik lagi. Aku rasa tak tadika mungkin dalam darjah 1 kut. Waktu tu musim budak - budak dekat sini dok layan main wau sebab angin kencang.

Eh, lama plak tak main wau. Hohoho. Ada seorang budak nih datang ke belakang rumah aku dengan basikal dia. Dia dok jerit - jerit nama aku. Bising betoi lah mamat nih. Nak tengok power rangers pun tak senang. Hahaha.

Aku : Hah, awatnya?

Budak : Nak ikut aku pi padang tak?

Aku : Pi padang buat apa time panas - panas macam nih? Nanti gelap lah kulit aku yang cerah nih.

Budak : Kulit ang dah gelap nak gelap apa lagi. Adoi. Pi tangkap ikan. Jom!

Aku : Dekat padang bola ada ikan? Lagu mana boleh ada ikan dekat padang bola tu?

Budak : Hang nak pi ka tak mau? Kalau tak mau aku nak pi dah nih. Nanti depa amik habis ikan tu pulak.

Aku : Sat! Sat! Aku nak ikut. Makkkkk! Cheq keluaq satttt!

Mak : Nak pi mana?

Aku : Nih, depa ajak pi tangkap ikan dekat padang. Pi dulu noh!

Mak : Tangkap ikan apa dekat padang tu? Aik? Dah hilang dah? Bertuah punya budak.


Aku dengan aksi rempitnya apa lagi. Mengayuh basikal laju nak mampus la sebab takut nanti habis ikan - ikan tu budak taman nih rembat. Sampai dekat padang dah nampak dah ada satu tempat tu penuh dengan budak - budak yang keliling tempat tu sambil berselang - seli bawa botol air mineral kosong.

Aku : Mana ikannya?

Budak Lain : Nih ikan! Banyak mampuih kut.

Aku : Haih, aku peliklah. Tak silap aku kelmarin tak dak pun ikan nih. Lagu mana plak hari nih boleh ada pula?

Budak Lain : Entah! Jom lah ambil sorang sikit bawa balik rumah. Bawa bekas tak? Cole ka timba ka?

Aku : Kejap! Aku balik ambil botoi ayaq sat.


Sekali lagi aku bergegas balik ke rumah dan berlari masuk mencari - cari sesuatu di ruang dapur.

Mak : Hah! Kata pi tangkap ikan. Mana ikannya?

Adik : Nak ambil bekas la nih mak. Nak letak ikan tu.

Mak : Hang pi ambik timba dekat depan rumah. Pi minta dekat abah.

Adik : Tak payahlah timba. Bukan besaq pun ikan tu. Kecik ja. Botoi ayaq yang tak guna dah ada tak mak?

To Be Continue....................

16 ulasan:

  1. ayah aku pernah tak pergi sembahyang jumaat sbb cari aku 3 beradik yg ke parit konon nak pancing ikan tengah hari buta.

    akibatnya kami di kurung dalam bilik air.
    kejam!

    BalasPadam
  2. aik ada continue gak ker...

    wei aku tau kau xsuka tag kan..
    tapi aku ttp nak tag kau juga..
    pergilah blog aku..

    BalasPadam
  3. uiks!!!!
    apa yg maen smbung2 nieyh..
    x sabaq dah cheq nak tau!

    BalasPadam
  4. betol2 mengimbau kenangan wktu kecik betoi.. penah tgkp belut???

    BalasPadam
  5. baca ayat utagha memang lawak nak mampuih
    HA HA HA

    BalasPadam
  6. padang tu bendang kan??

    haha...

    aku suka konpius bila tok wan aku cakap nak p padang...

    dia nak p men bola sepak ka bawa tong racun???

    hahaha

    BalasPadam
  7. Ada ikan atas padang ka?..ikan laga ka?..sambung lak dah..

    BalasPadam
  8. salam hans,
    zaman kanak2 sugus!!
    hahahahhah dulu2 akak pun suka beli ini sugus ma, ekekekke..

    suka makan ikan, nak2 ikan beso2
    nyum nyum

    BalasPadam
  9. haaaa anak katak kan kan kan.. berudu kannn...??? mie pon besa jugak tangkap 'ikan' nie dulu kat padang bola .. :P
    iskkh memori ketika kecil indah kan..

    opsss.. adakah terpecah rahsia dah tak saspender??

    BalasPadam
  10. bab tangkap belut..mmg best dr tgkap ikan..

    BalasPadam
  11. hahaha! cole!
    basikal kena tukaq jugak wey
    gerek. xpun beskat

    hahahaha!

    BalasPadam
  12. Wahahahaha... dah baca entry yang atas

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com