10 Perkara Aku Rindu Nak Buat

1) Pergi pasar basah setiap hari Jumaat bersama Abah sambil melihat siput dan kerang yang malu - malu sembunyi dalam cengkerang. Malu aku ngurat lah tu.

2) Naik basikal laju - laju pergi kelas Tuisyen sambil minum air pepsi. Hari - hari minum air gas waktu tu.

3) Jalan dengan yakin sambil tegur anjing coklat waktu balik dari sekolah. Sekarang si Coklat dah mendiang.

4) Hantar pinggan lepas habis makan dekat kedai makan tepi Superstore. Kedai tu dah tak wujud.

5) Main Aci Ligan dengan Police Entry dekat taman permainan. Sekarang budak - budak main PS3 jer.

6) Tangkap ikan bila tiba musim tali air dilepas ke sawah. Sekarang sawah nih dah jadi tempat ular tedung bertelur.

7) Tangkap pepatung dan bagi ikan dalam akuarium makan. Tak pun kasi lawan sama diorang. Sekarang aku dah insaf. Hahaha.

8) Hantarkan nyamuk yang pening disembur racun perosak ke tempat sarang semut. Sekarang nyamuk kalau kena sembur pun tak mati. Hebatnya nyamuk - nyamuk sekarang.

9) Tutup sarang semut dengan gam. Sekarang sarang semut dalam sinki air. Tak guna punya semut. Dah ada taktik baru.

10) Rindu nak main bola sepak/api ramai - ramai walaupun tak pernah aku sumbat gol sampai sekarang. Walaupun kaki aku kaki besi, keinginan tetap ada.

P/S : Bola Api Tu Sebenarnya Buah. Dulu Dekat Alor Setar Nih Banyak Pokok Tu Ditanam Tepi Jalan. Sekarang Kurang. Buah Dia Orang Buat Untuk Halau Tikus. Buah Tu Keringkan. Lepas Tu Bila Kering Bakar Dengan Minyak Tanah. Lepas Tu Main Lah Sepak - Sepak. Tapi Bahaya Sikit Lah. Sebab Berapi - Api Buah Tu Jadi Bola.

22 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. wahahahah
    rindu gak nak men police entry

    BalasPadam
  2. biasa la..
    masa berlalu...
    me too...

    BalasPadam
  3. hahaha...
    anjing tu dah mendiang sbb anda kerja kan nya sampai mati r tu..

    BalasPadam
  4. SPREAD IT [if u want to, if not just ignore it. I asked u to spread it
    cus yg blog has many followers. Do help me oke. Thanks Hans!] =)

    Yang dihormati,

    Rakyat Malaysia yang cintakan keamanan
    JEMPUTAN DEMONSTRASI BESAR-BESARAN SECARA AMAN MENGUTUK SERANGAN REJIM ISRAEL KE ATAS KAPAL BANTUAN KEMANUSIAAN KE GAZA DAN MENERUSKAN DESAKAN TERHADAP KERAJAAN AMERIKA SUPAYA CAMPURTANGAN MENGHENTIKAN KEGANASAN ISRAEL KEPADA WARGA DUNIA.

    Merujuk kepada perkara di atas, kami menjemput tuan untuk bersama-sama hadir dalam acara tersebut di atas. Maklumat adalah seperti berikut:
    Acara: Demonstrasi Besar-besaran Mengutuk Keganasan Israel dan serahan memorandum
    Lokasi: Di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat, Jalan Ampang.
    Masa: 2.00 petang (Selepas Sembahyang Jumaat)
    Tarikh: 4 Jun, 2010

    Untuk penyelarasan, sila SMS setiausaha Crisis Management Team (CMT-LL4G) di talian 019-5511-600 untuk penyelarasan SENARAI ORGANISASI/NGO YANG AKAN MENYERTAI DEMONSTRASI MENGUTUK SERANGAN ISRAEL KE ATAS MISI KEMANUSIAAN GAZA selewat-lewatnya pada hari Khamis 3/6/2010 jam 6 petang.


    MAY ALLAH BLESS U IN WHATEVER U DO HANS =)

    BalasPadam
  5. zaman kanak-kanak riang memang terbaik.

    BalasPadam
  6. polis entri one to jaga..
    polis mati pencuri jaga..

    BalasPadam
  7. hahahaa...
    paling aku tak tahan...

    si COKLAT da MENDIANG,,,huuu

    syiaakk tol,,weii LISA aku Mana??
    Aku Mau Pelok Gak,,,,,

    BalasPadam
  8. kenangan silam..men gak ek pls entry..hehe..tangkap ikan..best2..hdp kg lg best dr bandar..

    BalasPadam
  9. anisa : tahu xper...ekekeke

    haniz : rindu kan

    amoi : uish..mana da...tu takdir Allah la...

    free gaza : dah approve dah apa ekau nak sampaikan nih

    dani pengyu : yups..tul tu

    zikery : ar ar..betul2...

    sarah : wakakakak...sonok tul..tu waktu nak pilih sapa kena jadi polis tu...haha

    lokman : xpayah la berangan...lisa xpandang pun ko tu

    amy : eh..den bukan duduk kampung..tapi taman...tapi jiwa tu setengah kampung setengah bandar..ialah..mak ayah orang kampung..den pun dididik cara kampung...kira biasa lah tu..hehe..

    BalasPadam
  10. rndu jgak nak men aci ligan n polis entry... hahhahaa... fobia dgn bola api...pnh terbakar..haahaaa

    BalasPadam
  11. hahah kerang tu malu sbb ko bukak baju die hahahah

    p/s: kenangan zaman kecik3 memang best hehe...

    BalasPadam
  12. kaki besi?? ehehe.. apakah maksud itu wahai hans?

    ps: baju muat tak?

    BalasPadam
  13. klu men bola api tu smbil nynyi lagu bola-bola api comel x?

    BalasPadam
  14. hhhmmm, maksu pun banyak kerinduan lately

    :)

    BalasPadam
  15. rindu nak makan buah sentul!

    BalasPadam
  16. Aku tahu buah tu... tempat aku panggil buah K**E kambing

    BalasPadam
  17. bola api tu aku pun selalu main =)

    BalasPadam
  18. bila main police entry,ske bila dpt jdik police..tp kalau kene jdik penyangak, monyok tak hingat..hehe :)

    BalasPadam
  19. ahha.
    polis entri wan tu jaga polis mati pencuri jaga.
    wakakaka.
    hentam je la.

    BalasPadam
  20. hampir semua aku pun penah buat~!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama