Ahad, 6 Jun 2010

Review Film : Lagenda Budak Setan Berdasarkan Pandangan Pembaca Novel LBS


Pengarah : 
Sharad Sharan 

Bahasa : 
Melayu

Klasifikasi : 
U - Untuk Tontonan Umum

Tarikh Bermula Tayangan : 
3 Jun 2010

Durasi : 
1 Jam 46 Minit

 Karya Asal : 
Ahadiat Akashah

Senarai Pelakon : 
Farid Kamil, Lisa Surihani, Que Haidar, Fazura, Shiqin Kamal dan Ramai Lagi



Sinopsis :


Kashah(Farid Kamil) digelar budak setan di kalangan pelajar universiti tempat beliau belajar kerana kenakalannya yang sering membuat masalah bersama rakan - rakannya iaitu Sapi, Man dan Cincai. Namun sikap Kashah berubah apabila beliau bertentang mata dengan pelajar baru iaitu Ayu(Lisa Surihani) yang mencabar beliau berubah dan meminta maaf kepada semua orang yang pernah dikenakan Kasyah selepas insiden beliau hampir mati gara - gara tercekik cicak.

Mereka bercinta dan sebelum Kashah mahu pergi ke pedalaman untuk menyiapkan tesisnya Ayu telah membongkarkan sesuatu kepada Kashah. Apakah yang diberitahu Ayu? Kekasih lama Ayu iaitu Azmi(Que Haidar) datang kembali menagih cinta ayu. Apakah Ayu akan menerima Azmi menjadi suami beliau? Atau adakah Ayu akan setia kepada cintanya terhadap Kashah?

Pergilah tengok sendiri. Penat kut aku nak taip semua. Hahaha.


Ulasan Penulis(Hans) Dari Segi:-


Lakonan Pelakon Utama : 


Lakonan pelakon - pelakon utama filem ini memang cukup mantap. Farid Kamil memang sesuai dengan watak Kashah. yang berpewatakan sederhana. Lisa Surihani telah menjalankan tanggungjawabnya dengan baik sekali untuk watak Ayu. Manakala Que Haidar memberikan lakonan yang cukup hidup menerusi watak Azmi yang panas baran dan seperti seorang yang psycho. Fazura juga membawakan watak Kate dengan gaya yang berbeza. I Like! - 5/5 Bintang

Sinematografi : 


Ini ialah salah satu tarikan untuk aku pergi menonton. Memang menarik! Aku suka. 4/5 Bintang

Lagu Latar : 


Sesuai dengan filem ini. Sudah download lagu tu tapi apabila menonton baru sampai mesej lagu tu. Good Job! - 4/5 Bintang.

Watak - Watak Tambahan : 


Ini buat mood aku hilang! Adoi! Paling aku tak suka watak 2 orang doktor tu. Yang sorang tu macam Pengulas Hasbullah Awang sewaktu mengulas pasal bola sepak semasa adegan Ayu mahu bersalin manakala doktor yang seorang lagi bercakap tanpa perasaan. Adoi! Manalah pengarah kutip 2 orang doktor nih??? 0/5 Bintang

Jalan Cerita : 


Berbezanya kali ini aku menonton sebagai seorang pembaca novel LBS jadi aku agak dipengaruhi oleh novel itu. Aku dah tahu jalan cerita cuma aku mahu lihat bagaimana watak - watak yang selama ini hanya boleh aku imaginasikan tiba - tiba dihidupkan di dalam filem. Bagi aku jalan cerita dia memang mengikut plot namun tidak dikupas dengan lebih mendalam. Jadi, apabila aku menonton aku akan rasa setiap babak cerita itu seperti melompat dan terkejar - kejar. Mungkin kepada sesiapa yang tak pernah membaca novel akan rasa seperti tertinggal sesuatu atau mereka rasa dah okay.
Watak Kashah sewaktu belajar patutnya dikembangkan lagi waktu tu untuk menunjukkan tahan 'SETAN' beliau adalah memang 'SETAN'. Adegan yang mengimbas kembali zaman kecilnya sewaktu di lumur cili di kemaluannya juga patut dikembangkan kerana adegan itu ialah penyebab penting beliau menjadi Budak Setan tetapi pengarah hanya menunjukkan adegan itu sekadar cukup syarat. Rugi! Watak Azmi juga sebenarnya patut dikembangkan lagi.

Sebenarnya banyak yang kacau bilau. Serius! Senang cakap aku lebih suka filem ini dijadikan trilogi seperti The Lord Of The Ring. Biar bersambung janji ceritanya lebih berseni. 2/5 Bintang

Scene Yang Patut Diperbaiki :

1) Scene Kashah Terduduk Sambil Diiringi Bunyi Burung Gagak. Bunyi burung gagak tu buat aku tak ada mood nak feeling sedih. Haha.
2) Scene Ayu dan Azmi sewaktu Ayu di kerusi roda akibat kemalangan. Solekan Ayu membuatkan ramai orang ketawa.
3) Scene budak lelaki menjerit,"Aku Benci Perempuan! Aku Benci Perempuan!" Dialog tu tak sampai.
4) Scene yang melibatkan kedua - dua orang doktor. Scene ini paling tak munasabah kerana doktornya memang sah - sah tak ada ciri sebagai doktor.

Apa - apapun, bagi aku filem ini hebat  hanya kerana lakonan setiap pelakonnya, muzik latar dan sinematography dalam filem ini. Jalan ceritanya bagus cuma tidak dikembangkan dengan lebih baik dan mendalam. Jika tidak filem ini mesti superb.


Menantikan bahagian ke-2 filem ini.

Dari 5 bintang, aku bagi 3 bintang.



P/S : Baru Aku Faham Kenapa Pembaca - Pembaca Novel Harry Potter Atau Twilight Mesti Berasa Sedikit Kecewa Apabila Menonton Filem Adaptasi Dari Novel Kegemaran Mereka. 

42 ulasan:

  1. hm... btul3!!
    sbb kt dlm novel mcm lg bes cara penceritaan dia. bila dh jd movie mcm dpt sinopsis keseluruhan cerita je..

    BalasPadam
  2. izinkan saya mengulas sedikit mengenai pendapat saye ttg movie ini.

    pada saya yg juga pembaca novel LBS, filem ini mempunyai banyak kelemahan.

    satu dari segi pemilihan plot atau scene. patut scene di kolej tidak pernah wujud dan digantikan dgn scene asal iaitu di sekolah. sbb, duration dlm novel antara waktu kasyah jatuh cinta dgn kasyah kecewa (ayu dan azmi dah kahwen) sgt jauh berbanding novel yg hanya setahun. di sini kita nmpk keperitan kasyah tidak seteruk novel.

    dua, benda2 remeh temeh seperti panggilan cikgu di kolej, kekaburan kos kasyah ambil di kolej, kesilapan mengenai konon2nya kampung tiada bereletrik tetapi kasyah bawa kamera (di mana nak cas bateri selama setahun?), mencuci lens kamera menggunakan berus cat, dan byk lagi.

    tiga, lagu yang sama sepanjang filem ditayangkan agak menjelakkan, walaupun lagu itu syahdu namun tidaklah perlu sampai scene dinner kasyah dan emilia pun lagu yg sama.

    empat, dari segi lakonan, pada saya farid kamil kurang beremosi. ini dapat dilihat ketika dia dah tahu ayu dan kawen. ramai yang komen lakonan shiqin agak kaku, dan lisa yg menangis tapi tak keluar air mata. hanya watak azmi by que yg btol2 hidup.

    lima, durasi masa yg pada saya agak pendek utk sebuah filem adaptasi novel. 106 minit bagi sebuah filem adalah pendek, dan since novel ini tebal, byk yang tergantung membuatkan orang tertanya-tanya "eh mcm tu je ke?". penyelamat hanyalah berita ianya akan disirikan menjadi drama, tapi ianya tidak bermakna filemnya boleh dibuat sebegini.

    enam, cinematography ada yang lawa, ada yang tidak. bila fokus dekat, kamera agak shaky bergerak-gerak seperti tidak stabil dan agak memeningkan.

    sekian, maaf panjang. saya juga buat review yg sama di blog saya http://shukjessa.blogspot.com

    honestly agak kecewa tapi ape boleh buat, ianya ibarat diluah mati bapak ditelan mati mak. so terima je lah

    BalasPadam
  3. lol.

    aku sokong part ayu bersalin tu die punya doktor sangat hampas la suh teran2 macam bengong je scene tu eiiiii.! mmg paling aku tak suka la scene doktor ntah apa2 tuh.

    dan part muka ayu berbungkus tu adalah sangat lawak. satu panggung gelak. padahal scene tu patutnya macam kesian kat ayu.

    over all, aku suka lakonan farid kamil. dominannnnnnnn hgga akhirnya. tapi filem ni br bahagian satu kan. ada sekuel kowt nanti.

    BalasPadam
  4. Movie yg diadaptasi dari novel selalunya begitu. Aku pernah merasa macam tu. Aku dah tengok LBS ni tapi aku tak pernah baca novel dia.

    So, bagi aku yg tak pernah baca novel dia, time tengok movie ni pun aku dapat rasa dia macam tak cerita sepenuhnya, macam terkejar-kejar.

    Dan bila habis je movie dia tulis tamat bahagian pertama, aku terus menyumpah. Lain kali cakap la awal2 nak buat trilogi ke apa ke. Aku mati2 ingat dia buat 1 movie je sebab macam aku cakap tadi la, terkejar-kejar jalan cerita.

    Kalau nak bagi puas hati dan betul2 nak ceritakan sepenuhnya supaya penonton terutama dari golongan yg dah baca novel puas hati, buat la trilogi. Lepas tu 1 siri tu buat la 2 jam setengah ke. Baru puas hati.

    BalasPadam
  5. boleh jadi pengkritik filem ni

    BalasPadam
  6. dari segi teknikal, aku setuju la dgn kau bab2 pelakon dan lagu.

    Ini adalah biasa memandangkan even pengarah hebat utk filem Harry Potter dan Twilight pun tak puas hati apatah lagi budak setan.

    Bagi aku- ini adalah petanda bagus bila novel mula diangkat menjadi filem.

    Kita tau sebelum ni ramai betul produser filem kata skrip atau jalan cerita novel takde yg bagus. Kalau yg bagus pula- tak de org baca macam novel sasterawan2. so bagi aku novel Ahadiat Akasyah adalah novel yg bagus dan popular.

    so lepas ni kita boleh jangka akan byk lagi filem yg based on novel.

    Tak ke best kalau begitu?

    BalasPadam
  7. ye sokong sokong...kesetanan beliau amat lah skitt je dalam citer tu..mcmne ngn penonton yang tak pernah bace novel tu?mereka akan kata...takde la setan sangat...hmm..3bintang gak..:)

    BalasPadam
  8. jln cerita mcm nk tunjuk sume babak dlm novel tu,mmg rase x sempat nk feeling..huu
    kecewa,nasib baik lisa surihani pujok belanja askem tgk LBS..Haha

    BalasPadam
  9. aku ske lagu die bro!
    syahdu bhai!
    huhuhu
    btw, kalo ade mase singgah blog aku komen entri k?
    hee~

    BalasPadam
  10. kebiasaan memang camtu. bila diadaptasi, pasti ade yg kurang

    BalasPadam
  11. itu memang lumrah. kalau novel tukar cerita di tayangkan pula berplot plot better buat drama. bila filem, ia cuma seakan pakej yang di pilih pilih sesuai untuk durasi yang lebih kurang 100minit

    BalasPadam
  12. salah sorg yg jadi doktor dlm citer merupakan sharad sharan.. pengarah citer tu klu xsilap akulah.. mmg sesuai dia jadi pengarah jer.. hahah..

    BalasPadam
  13. cite ni bg sye sdh n lbh jujur,cte ni lbeyh rse ksdhn nye coz soundtrack nye....

    BalasPadam
  14. ermm..saye belom menonton cerita itu...thx kerana beri ulasan tentang cerita itu. siap bagi bintang agy...disebabkan ramai juga yg agree dengan pendapat kamo pasal cerita ini bukanlah semenarik yg difikirkan,maka aku tak pergilah tengok citer tu kat pawagam..ahahaha

    BalasPadam
  15. biasanya bila novel dibuat film pasti ada kekurangan..lebih2 lagi bila kita telah membaca bovel sebelum menonton filem..umpamanya cerita 'ayat2 cinta' sy lebih terkesan membaca novel dr menonton filemnya...

    ps rasa nk g tguk tp tkde kwn pulak,,so tggu je kuar kt astro..

    BalasPadam
  16. ye, aku pun pembaca novel setia pada novel2 yang awak mention kat atas tu, so bile novel di adaptasi jadi filem...memang ramai jadik tak puas hati..sebab novel setiap reaksi manusia akan ditulis..tapi filem tidak...filem hanya durasi 2jam je..mana cukup nak selit semua cerita dalam novel dalam filem kan?? memang la sedih...so terima je la...anyway tahniah pada Ahadiat Akashah setelah beberapa tahun, baru la Novel dia dijadikkan filem, kalau kat luar negara...sekejap je novel dijadikan filem kan...~~

    BalasPadam
  17. gua belum tengok lagi cerita ni. tp gua nak tengok. tak sabar gua rasa. harap2 menarik la. baca review lu ni gua dpt la gambaran serba sedikit.

    BalasPadam
  18. aku lom nak ulas apa2 sbb aku lom tgk. ekekekeke

    lom tgk atau tak tgk atau nak tgk belum di ketahui. hik hik hik ....

    BalasPadam
  19. malas pergi tengok. buang duit

    BalasPadam
  20. execution is very weak, but what do u expect, buku setebal tu jadi 1 jam 46 minit, nonsense! overall, not too bad but i def love the written version of lagenda budak setan compared to the movie..

    BalasPadam
  21. aku pun dah ingat novel ni...zaman aku remaja tuu..

    BalasPadam
  22. Siasatan terhadap novel ni akan aku lakukan selepas ini.:-)

    BalasPadam
  23. macam nak baca novel tu balik then baru tgk..
    nth novel sape nth yg aku pnjm dulu..
    skrg ada tak dipasaran agak2nya??

    BalasPadam
  24. erm, sye agak tak bleh blah dgn novel ahadiat akasha nie...

    BalasPadam
  25. thanks utk review... perasaan aku membuak2 nak tengok LBS. disebabkan aku x baca novel, so maybe aku tak rasa sangat kot kecacatan filem tu. thanks for both review, hans & shukjessa..

    BalasPadam
  26. wahh..ramai komen tak puas hati.. same la cam aku.. ape yang ko ckp 2 betul hans.. kecewa giler biler kuar panggung semalam..tobat xnk tgk dah pasne..

    BalasPadam
  27. nampaknya, tak perlu tgok lah cerita ni.. tp fazura tu menggoda lah :p

    BalasPadam
  28. Weh... aku tak tengok lagi la...

    BalasPadam
  29. wah detail sungguh kamu ye hans

    boleh anti adlin aman ramlee ni jd pengkritik..gud job ;)

    sis..?huhuhuu...dua2 takde!maksud sis , xpenah baca novel n xtgk filem ! wuwuwu...

    ape2pun just nk cakap, i loike nama hero tu,Kashah . mcm name anakku ;p

    BalasPadam
  30. ekin rasa.. baca kritikan Hans lagi menarik dari filem LBS.. ha...ha..ha...

    BalasPadam
  31. err.. nape i cam suka je cerita ni? haha..

    BalasPadam
  32. hans,
    teruja gua baca ulasan ekau.
    menarik.

    gua tak tengok g.

    *tak sabar gua nak nengok Que.
    coz i like him.
    hehehe..

    BalasPadam
  33. hans, vee pun ada buat review tentang LBS.
    Vee setuju dengan Hans and pendapat kita hampir sama...
    :)

    BalasPadam
  34. time gua tgok cte ni..tang si ayu pelat R je..sme org nk gelak2..xjadik layan feelin...seyes...bkn gua je gelak ..

    BalasPadam
  35. bila kita dah baca novel, jalan cerita yg kita inginkan di dalam filem tak disampaikan dengan baik..kalau tak baca novel, rasanya kita akan kata best dah citer ni...

    BalasPadam
  36. aku dah baca pagi tadi. ni bru komen. heh

    BalasPadam
  37. salam..saya link blog anda untuk entri ini,saya mencari kritikan dalam internet untuk LBS..

    http://www.wickedweirdo.blogspot.com/

    BalasPadam
  38. aku sukala cara kau buat review filem LBS ni.sangatlah detail.next time kalau nk wat review filem, aku kena belajar dari kau lah :D

    apa yang kau tulis semua betul..yelah semua peminat novel LBS teruja nak tengok filem ni tapi .....
    mungkin tak spt yg kite harapkan..

    kau ada tulis kt komen kau td, patutla filem ni macam ni sbb pengarah dia sharad..kenapa dgn sharad tu?? apakah aku kuno tak tahu apa2 (--")

    anyway tq hans for the comment ;)

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com