Khamis, 17 Jun 2010

Rumah Sewa Aku Nih Dekat Mana Nih?

Lambat pula aku update hari nih sebab busy bekerja nih! Hurm! Pagi tadi aku mimpi yang agak aneh tapi nak kata seram pun tak nak kata best pun tak. Sebenarnya apa yang aku sedar kadang - kadang mimpi aku nih mimpi yang recycle balik. Maksudnya, aku dah pernah mimpi dah mimpi tu sebelum nih.

Macam mimpi yang tadi tu aku dah ingat aku pernah mimpi dalam 2 kali dah sebelum nih. Tapi, yang bestnya mimpi tadi tu sebab aku berpeluang naik escalator yang paling tinggi dan curam di dunia serta bergerak teramat laju. macam naik roller coaster pun  ada aku rasa. Hahaha. Lepas tu dapatlah jumpa dengan budak - budak sekolah lama, sekolah menengah, member Uitm dan juga manusia yang aku masih belum kenal.

Nak dijadikan cerita dalam mimpi tu, aku pinjam motosikal member Uitm aku si Ezul sebab nak pergi mengembara. Dalam mimpi tu, aku yang besar nih kena masuk dalam lubang yang mengeluarkan air dalam bilik mandi tu. Mana mungkin aku mampu masuk. Tapi, aku kena baca satu jampi serapah nih. Lepas tu aku jadi kecil dan dapat masuk dalam lubang air tu.

Aku keluar melalui lubang air satu rumah. Aku pun mandi - mandi lepas tu pergi ruang tamu. Alih - alih ada satu keluarga aku tak kenal. Yang pelik tu macam mana mak ayah aku boleh ada pula nih? Hahaha. Ada seorang perempuan tu cun gila punya. Wah, rupa - rupanya majlis nak merisik. Tak faham betul aku.

Lepas tu family tu cabar aku keluar dari rumah tu dengan cara macam mana aku sampai. Maksudnya aku kena keluar melalui lubang air yang aku masuk tadi. Aku pun pergilah dekat lubang air tu baca jampi serapah tapi tak kecil - kecil juga. Akhirnya, aku curi - curi keluar dekat pintu rumah tu. Lepas tu, pergi cari motosikal yang aku pinjam dekat Ezul tu. Cari punya cari akhirnya jumpa. Tadi aku parking motosikal nih dekat tempat lain tapi jumpa dekat tempat lain.

Lepas tu nak balik rumah sewa. Punyalah jauh aku naik motosikal tu tapi tak jumpa - jumpa. Akhirnya, aku jumpa satu kampung. Tanya seorang pakcik tu dekat mana alamat rumah sewa aku. Pakcik tu baru nak bagitahu tapi alih - alih.....

Lalalalaalalalalalaalalal(nada dering hp aku yang sedap...wakakakaka)

Aku dah terjaga! Kesimpulannya, aku gagal mencari kedudukan rumah sewa aku tu dalam mimpi! Hahaha!

P/S : Kadang - Kadang Seronok Mimpi Berulang - Ulang Kalau Mimpi Tu Bukan Mimpi Seram. Haha. Paling Best Mimpi Naik Kapal Titanic! Siap Ada Sambungan Lagi Tu! Kuikuikui!

15 ulasan:

  1. hans tak cuci kaki yee sblm tido... :D hehehehee

    BalasPadam
  2. hahah
    first time aku denga org mimpi yg same!
    haha
    weh,
    thrilling gler mimpi ko!
    huhuhu

    BalasPadam
  3. apa perasaan dpt naik escalator paling tggi dan curam kat dunia? hehe :)

    BalasPadam
  4. ape jd serampah nk jd kecik...
    nak3x...
    hehehhehe...

    BalasPadam
  5. Kenapa la aku pun ko tipu dengan mimpi kau ni

    BalasPadam
  6. kadang2 kalu akue tak puas hati mimpi gantung ..cuba2 tido balik kot mimpi tue bleh continue ... ; p

    BalasPadam
  7. hahahah
    bila plak turn nk mimpi ak???

    BalasPadam
  8. mimpi bukan main lagi hang naa =P

    BalasPadam
  9. sempat masuk majlis merisik apa2 lagi.. adoi.. tak faham aku.. ko bangun tak pening ke weyh?

    BalasPadam
  10. chittt...mimpi upenyer...ehehehe...

    BalasPadam
  11. hahaha..tuh tandanye tinggi imaginasi..hahaha...terbawak mimpi..hehe

    BalasPadam
  12. mimpi jugak ke hans...aiyak. gimme 5 la!

    BalasPadam
  13. hahahhaa! extreme jugak mimpi ni.. mengalahkan mimpi2 eny :)

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com