Jumaat, 4 Jun 2010

Rumahku Diserang K.K.......

Fuh! Dari rumah lama sampai dekat rumah baru nih mesti ada jer yang si K.K nih tak puas hati. Sikit - sikit nak serang rumah aku. Apa benda yang dia tak puas hati dengan aku satu keluarga pun aku tak tahulah. Ikut hati aku nak jer ajar si K.K tu tapi aku malas. Bila aku berani sikit nak ajar dia tahu pula takut. Sakit hati betul.

Bila malam jer mesti si K.K nih buat bising. Tak aman betul hidup. Boleh pula malam - malam bergaduh dengan kawan dia. Kalau bergaduh diam - diam tu okay lah juga. Nih bising satu rumah. Nasib aku tak ada senapang kalau tidak aku dah tembak ke langit bagi amaran suruh diam. Hahaha. Paling aku tak tahan bila si K.K nih menjadi pengotor. Merata - merata dia buat onar. Tak malu ker pada orang lain. Adoi! Tension betul aku bila fikir sikap si K.K yang tak hormati jiran nih.

Baru - baru nih si K.K atau Komando Kucing nih sekali lagi naik atas bumbung rumah. Lepas tu boleh pula dia beranak untuk keberapa kali yer nih atas bumbung rumah aku. Dalam banyak - banyak rumah asal lah kau suka rumah aku yer K.K? Waktu dekat rumah lama pun macam tu. Rasa macam bumbung rumah aku tu Pet Shelter ker apa? Sudahlah beranak atas tu. Kau punya anak meruah/berak sepasal. Kalau bau macam lavender ker strawberry ker tak apa lah juga. Ini tidak! Bau yang buat aku rasa macam nak tangkap nyamuk lepas tu buat goreng tepung dan cicah sos cili Life..

Dah lah si K.K nih beranak atas bumbung lepas tu tak reti ajar anak dia turun bawah. Akhirnya anak si K.K nih hidup atas bumbung. Apa kebenda dia makan atas tu pun aku tak tau. Akhirnya, terpaksalah abah aku naik atas bersihkan apa yang patut dan tangkap anak dia letak bawah. Tiba - tiba aku rasa macam nak membazir duit aku bawa kucing nih pergi klinik haiwan suruh doktor kasi dia. Masalahnya duit pun tak ada.

P/S : Selalu Malam - Malam Buta Terkejut Bila Bumbung Rumah Bergetar Sebab Anak Si K.K Nih Main Kejar - Kejar. Anak Si K.K Nih Kena Insomia Kut Tak Reti Tidur Malam?

16 ulasan:

  1. hahahhaa..ko kutuk2 k.k ye...nanti dia makin megganas pdn muka!
    haaaahahaha

    BalasPadam
  2. gua memang tak layan kucing hahaha banyak sejarah

    BalasPadam
  3. anak2 K.K tu nak teman kau malam2 la tu

    BalasPadam
  4. boley plak ank nye ad insomnia... hahaha...igt kn spe la c k.k 2....kucing rupenye..

    BalasPadam
  5. salam bro

    ok la tu kucing
    kalo komando israel cmne?

    BalasPadam
  6. aik..macam mana dia ley duduk atas bumbung? x jatuh lak?

    BalasPadam
  7. whahahaaa..lawaks.. ingatkan kota kinabalu..
    klinik gov kalau kasi RM30..

    BalasPadam
  8. kata pon komando hahahaha


    hans napa buat highlight?nampak macam tak menarik sebab terlalu banyak color..sory tau pandangan jek.. =)

    BalasPadam
  9. ceit kau!
    aku ingat kan ape benda laa KK tuh!

    BalasPadam
  10. pasal dia komando mane leh lepak tempat biasa-biasa dinampak oleh orang awam.kekekekeh

    BalasPadam
  11. Ingatkan KK tu ketua Kampung.. hehe

    BalasPadam
  12. ingatkan KK tu apa upanya kucin..huhu

    BalasPadam
  13. popular KK sekarang seantero dunia kenal dia..hihihi.. meh cni kasi anak dia sekor kat qellissa..=)

    BalasPadam
  14. hehehehe anak k k tuh main ngan 'apa' memalam begitu.. heheheheheheheheh

    BalasPadam
  15. Insomnia jangan sebut ar... sensitif weh

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com