Sekali Lagi Gambar Lama Menggamit Memori Silamku Yang Indah.


Wah! Mentang - mentang muka kau tak ada Hans! Berani kau letak pic nih besar - besar! Hahahaha. Sebab tak ada muka akulah aku kasi saiz dia besar punya. Kalau ada memang aku kasi saiz dia small jer. Hahaha.

Malam tadi dekat FB ada budak kelas add aku. Punyalah aku pening cari siapa budak tu. Aku tengok gambar - gambar dia jumpa gambar kelas aku waktu form 4 nih. Aku pun control lah mouse aku nih. Sorang - sorang aku pergi tengok keluar nama apa. Akhirnya aku dah jumpa.  Yang no 13 tu. Hahaha. Tengok gambar nih buat aku rindu gila dekat hang pa semua.

Tak silap aku ada 6 orang tiada dalam gambar nih. 3 lelaki dan 3 perempuan. 3 lelaki itu ialah Aku, Pjai dan Bob. Kami bertiga tak ada dalam gambar nih sebab bertugas menjaga pertandingan Lalu Lintas Shell. Kami bertiga nih ahli setia PBSM waktu dekat Sekolah Menengah Teknik Kangar dulu. Hohoho. Budak perempuan tak silap aku pun budak PBSM juga dan ikut kitaorang jaga pertandingan tu. Yang aku ingat dan tak salah si Mas Fazilla. Kitaorang nih sedih jugalah sebab tak tahu kata hari tu hari kelas ambil gambar tapi nak buat macam mana kan.

Walaupun tak ada dalam gambar tapi aku nih pulun juga beli sebab nak simpan. Kenangan beb! Tapi macam mana entah aku lupa nak buang dari poket tepi beg baju aku. Aku basuh beg tu dalam mesin basuh dan secara tidak langsung terbasuh sekali dengan gambar tu. Hahaha. Dah macam tisu dah gambar tu. Memang tak dapat diselamatkan lagi. Itu bila jumpa gambar nih teringat kisah lama.

Hah! Kelas nih memang ramai perempuan sebab ini kelas Pengurusan Makanan. Kelas yang belajar pasal makanan. Lelaki 7 orang tetapi tinggal 6 orang lepas seorang budak nih berhenti lari dari sekolah. Apa - apapun  budak tu sangat berjaya sekarang. Walaupun lelaki dalam kelas nih hanya 7 orang dan menjadi 6 orang, tetapi boleh diibaratkan seperti berpuluh orang budak lelaki dalam kelas tu. Riuh! Setiap orang ada perangai masing - masing.

Sekarang masa dah berubah. Muka sorang - sorang dah lain. Yang kurus jadi gemuk. Yang gemuk jadi kurus. Yang botak berambut panjang. Yang rambut panjang menjadi botak. Memang berbeza. Apa - apapun, alhamdulillah kami semua boleh dikatakan masih lagi berhubung. Masih lagi rapat. Kenduri kahwin member - member pun pergi secara konvoi jika mendapat jemputan. Alhamdulillah.

Banyak sebenarnya kenangan manis dekat kelas nih. Nak cerita dalam satu entry memang tak cukup. Nanti ada masa dan kalau aku rajin aku update lah pasal kelas kesayangan aku nih. 

Serius! Aku sayang gila kelas aku yang nih! 2 tahun terasa cepat gila berlalu dalam kelas nih!

P/S : Kata Nak Buat Reunion Dekat Perlis. Jadi Ker Tak Nih? Nak Tunggu Aku Kahwin Dulu Ker? Kalau Nak Tunggu Aku Kahwin Alamatnya Berjanggutlah Hang Pa Semua Tunggu Aku. Hahaha.

17 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. giler la...rami btol pompan...heaven ko...hahahaha

    BalasPadam
  2. cm kelas org mse f5 wo0..ad 27 org..10 je laki..

    BalasPadam
  3. den rase kalau ade ekau sorang je lelaki dlam kelas tu pun mesti riuhnye macam beratus2 orang lelaki kan? :)ke ekau pemalu?? hehe

    BalasPadam
  4. iema : xsama....kelas aku unik

    hanie : aku pemalu?mungkin yer mungkin tidak...

    BalasPadam
  5. awat. dah tua sangat ke sekarang? >>___<<

    BalasPadam
  6. a'ah...ramai giler pompuan..

    BalasPadam
  7. huhu.. zaman sekolah yang best kan.. =)

    BalasPadam
  8. Hans... dalam gambar tu... kau yang mana satu

    BalasPadam
  9. SDR DIRI DAH TUA tgk pic ni haha

    BalasPadam
  10. ang bkn smpoi pon nk ada gmbq ang lam ni.haha..wei.ang prasan x bdk laki 2.abu..raja lawak kmplan mesti mari kn.haha

    BalasPadam
  11. sila kawen skrg!

    BalasPadam
  12. nisbah perempuan gan lelaki memang tak seimbang..

    BalasPadam
  13. weh best gila kan dapat jumpa kawan-kawan sekolah?

    kawan-kawan aku nak buat reunion, sume nak tunggu kawen.
    haha gila!

    BalasPadam
  14. tak suka si baju biru. musuh ketat. hmpph!!

    BalasPadam
  15. hahaha...

    muka aku masam ja weyh...

    la ni maneh ja kan?

    kih3..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama