Rabu, 14 Julai 2010

Ada Apa Dengan Birthday Parti? Seronok Ker Makan Ramai - Ramai Dekat Luar?

Aku tiba - tiba teringat suatu perkara. Waktu tu aku sekolah rendah lagi. Dalam lingkungan darjah 2 ker darjah 3 macam tu lah! Lepas balik dari bermain - main di padang aku akan lalu satu kawasan rumah dalam taman aku nih. Tiba - tiba adalah seorang budak lelaki nih panggil aku. Dia kenal aku. Aku pun kenal dia. Haha! Dia bagi aku sekeping kad sambil berkata dengan bangganya,"Esok You jangan lupa datang rumah I tawww! Kalau boleh You bawa hadiah sekali ekkk(ini aku tokok tambah kasi watak dia macam Paul si sotong..haha!)." 

Aku pun bukalah sampul surat tu dekat rumah dan terkeluarlah sekeping kad yang berkilau milau seperti berlian yang ditemui dalam kotak harta karun(aku suka buat ayat hiperbola..harap maklum!)


JEMPUTAN KE MAJLIS HARI JADI 
SI POLAN BIN SI POLAN! 


Wahhhhhhhhhh! Ada parti hari jadi rupanya! Esoknya aku pergilah ke parti tu. Aku tak bawa hadiah tapi bawa perut. Itu jer yang penting bagi aku waktu tu. Perut melambangkan kekayaan  dan kekacakan si pemiliknya. Masuk jer dalam rumah dia ternampaklah aku hadiah setinggi gunung Everest berdekatan meja tu. Walawehhhhhh! Banyak gila hadiah! Kadang - kadang rasa macam nak curi bawa balik pun ada.




Mata tak lekang dari pandang kotak - kotak hadiah tu. Mata juga tak berkelip - kelip pun waktu melihat kotak - kotak hadiah yang tersusun rapi tu. Ada yang panjang! Ada yang petak! Ada yang besar! Ada yang tinggi! Entah macam mana tiba - tiba ada pula upacara membuka hadiah lepas tu. Macam malam lepas kenduri kahwin jer buka - buka hadiah. Hehehe! Dia buka kotak hadiah pertama! Walawehhhhhhhhh! Kereta control bai! Tayar gerak - gerak pusing - pusing! Cess! Sumpah dengki habis gua cakap sama lu! Lepas tu kotak kedua ada robocop pula bergerak - gerak! 

Kerana kedengkian yang amat sangat maka aku pun baliklah rumah. Sebelum balik tu sempatlah rembat lagi dua slices kek besday budak tu. Sedap pula kek coklat ada krim aising nih! Cari juga bunga atas kek yang boleh makan tu tapi ada budak lain rembat dulu. Tak guna betul! Hahaha!

Lepas tu aku pun berkesempatan juga pergi lagi satu birthday party anak perempuan kawan mak aku. Ramai gila manusia datang bawa hadiah. Kalau parti sebelum nih macam gunung Everest tetapi kali ini macam gunung Everest berkembar! Walaweh! Banyak siyot! Aku teringin gila nak buat parti macam tu waktu tu. Pernah juga dulu aku suruh mak ayah aku buat tapi kena marah,"Hang jangan nak mengada - ngada! Tak dak duit haih nak buat semua - semua tu! Lagipun tak ada orang nak bagi hang hadiah. Dah besar dah!" Hahahaha!

Selalunya kalau sambut pun dengan makan luar beramai - ramai satu keluarga. Tapi, waktu tu kanak - kanak ribena lagi. Dalam jiwa tu asyik nak memberontak jer. Orang lain kenapa keluarga diorang boleh buat birthday party? Kenapa keluarga aku taknak buat birthday party? Kenapa makan luar? Buat jer lah parti. Beli satu kek pastu panggil orang ramai - ramai datang suruh bawa hadiah(pemikiran waktu jahiliah..hahaha).

Dan dulu sebab rajin tengok drama Melayu keluaran HVD tu mulalah terpengaruh dan fikir dalam kepala,"Aku nih anak pungut ker? Mak abah tak sayang aku ker? Aku nak lari dari rumahlah!" Hahahaha! Nasib aku tak buat benda - benda terkutuk macam lari dari rumah tu. Kalau tak seumur hidup aku malu besar. Hahaha. Bukannya tak suka makan luar tapi mungkin sebab teringin nak dapat hadiah banyak - banyak macam budak - budak yang buat parti hari lahir tu lah kut buat aku rasa macam tak seronok makan dekat luar. Bodoh betul kan waktu kecik - kecik dulu! Hahaha!

Bila aku fikir balik sebenarnya makan dekat luar tu seribu kali best sebenarnya dari buat parti. Kumpul ramai - ramai satu keluarga lepas tu duduk bersila dekat meja Jepun dan makan macam - macam menu. Keluarga aku dulu waktu keluar makan jer mesti orang yang ambil order tu buat muka pelik. Kadang - kadang rasa macam nak siku jer si pengambil order menu tu. Setiap dari kami akan order nasi goreng seorang sepinggan. Lepas tu kami sekeluarga selalunya akan order menu tambahan. Macam satay, mee hailam, ais kacang, yong tau fu dan macam - macamlah. Kira keluarga kami yang tak berapa nak besar tu bila sekali berkumpul makan nak dekat sama macam 8-9 orang makan jugalah. Hahaha!

Sekarang susah sikit nak berkumpul ramai - ramai melainkan waktu aku cuti semester atau hari raya. Waktu tu jer lah boleh kumpul semua adik beradik. Aku teringinlah nak makan dekat luar ramai - ramai macam dulu tapi tak tahulah. Mak ayah aku pun makin lama makin berusia. Orang kalau dah berusia nih susah sikit dia nak kuar makan dekat luar nih tambah - tambah memang mak aku masak sedap pula. Sebab tu bila waktu cuti hari tu kami semua adik beradik ada dekat rumah dan abang aku tiba - tiba jadi pemurah belanja makan pizza hut

Aku rasa sedih gila. Bukan sedih sebab sedih tapi sedih sebab gembira. Perasaan tu datang secara semulajadi tanpa kau fikirkan atau bayangkan. Tengok muka mak dengan abah yang gembira makan hasil duit anak sendiri sambil ditemani cucu - cucu memang melahirkan satu perasaan yang tak tahu bagaimana nak diungkapkan dengan kata - kata atau perkataan tapi apa yang aku tahu perasaan tu buat aku rasa tenang dan hati sangat lapang.




Teringat zaman - zaman kecik dulu waktu makan ramai - ramai dekat luar. Berebut - rebut makan satay! Waktu dulu satay tu adalah makanan yang sangat mewah bagi aku adik  - beradik! Sambil makan satay kira pula siapa yang makan banyak. Alih - alih aku jugalah kena tuduh makan paling banyak. Mentang - mentang aku gemuk semua tuduhan tak berasas tu kena dekat aku. Tapi hakikatnya memang betul pun aku makan banyak cuma satay tu abang aku yang makan banyak! Hahaha! Sekarang dah tak boleh makan banyak macam dulu(boleh percaya ker?). Pelik juga! Sekarang aku tak sabar nak habis belajar dan bekerja. Aku harap aku sempatlah gunakan duit gaji aku sendiri untuk bawa satu keluarga aku pergi makan angin! 

Aku nak rasakan kembali memori yang dulunya aku rasa hanya memori biasa - biasa sahaja tetapi apabila pemikiran semakin matang perkara itu sebenarnya adalah satu peristiwa yang sangat berharga yang sangat diidam - idamkan. Harapnya aku berjaya mengotakan hajat aku tu! Amin!


P/S : Asyik Cerita Pasal Makanan Perut Pun Dah Lapar! Chalo Beteh!


Perhatian :

Blogger Ummi Hanie Telah Menganjurkan Satu Contest Giveaway!
Kepada Sesiapa Yang Berminat Untuk Join Contest Ini 
Boleh Click Pada Banner Iklan Di Atas Atau Terus Click Link Di Bawah!

GIVEAWAY BLOG UMMI HANIE

16 ulasan:

  1. aahhhhhh...ko telah membuat aku lapar satay~!

    BalasPadam
  2. Sekali sekala mestila seronok makan beramai-ramai kat luar..lagi2 bile lame tak bersemuka..banyak yang boleh dibualkan..kan?

    BalasPadam
  3. knp nk plik lak order ns goreng sorg spnggn?/xda mslh kn?

    btw..mkn semja ngn famly tu la bnda plng bermkna beb...org jrg dpt peluang cm tu

    BalasPadam
  4. hahhaa....tingin nk uat party eyh..

    BalasPadam
  5. aku tak pernah ada besday party.
    tapi kitorang makan makan luar kalau setiap kali besday.
    :D
    sama macam kau jugak.

    BalasPadam
  6. shedapnyer itu satay......aummmm

    BalasPadam
  7. nanti ko buat ler bthday party untu aku ekh moyang kepada moyang... ngeee.. tetebr!!

    BalasPadam
  8. lagi best buat sambut birthday dengan orang tersyg. chewahh.. haha

    BalasPadam
  9. aku pernah buat befday parti..

    tapi yg aku herannya

    kebanyakan member laki yang mai..
    popuan sorg ja..

    errr kawan laki aku lagi banyak dari perempuan kah?

    BalasPadam
  10. nape ko buat entry psl ni hans? sdih aku.... dh la ari ni ari jd aku! aku xpnh berasa pun mcm ko cte ni... uwaaa!!!

    BalasPadam
  11. Aku tak pernah buat....hahaha..mcm membazir je..ek?
    Latest post:Aku malu!!

    BalasPadam
  12. bersyukur dgn nikmat yg dikurniakan illahi..

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com