Ahad, 11 Julai 2010

Aktiviti Mengemas Rumah Sewaku

Hari nih aku dengan budak rumah aku si Pit merajinkan diri mengemas satu rumah setelah sekian lama tidak berkemas! Memang semua tempat diredah dan didaki bagi membuang dan membersihkan kotoran yang ada.

Kawasan yang dibersihkan adalah bilik aku, bilik si Pit, ruang tamu, peti ais, meja makan, kawasan membasuh baju dan rak kasut. Tandas bilik si Pit aku dah cuci sebelum nih.

Bahagian yang belum dikemas ialah tandas lagi satu, kipas, sinki dapur dan rak pinggan. Hahaha! Memang letih gila weih! Jadi, aku rasa bagi budak - budak lain yang tak ada lah pula kemaskan. Hohoho! Tadi nak keluar pergi makan tapi hujan lebat pula. Lapar mampus! Jadi, kedarah biskut lah kejap!

Tak sabar menanti pagi nih. Nak tengok Sepanyol Lawan Belanda. Walaupun ada satu assignment yang kena bagi esok tapi malas buatlah. Buat tak tahu jer lah. Hahaha.

P/S : Tengah Layan My Spy!

3 ulasan:

  1. wah! rajin jgk ko mengemas? klu aku jgn harap la aku ni malas sikit... hehe

    BalasPadam
  2. haha...bilik aku pun tak kemas lagi nie..ko leh tolong aku tak? hehe

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com