Rabu, 14 Julai 2010

Antara Char Kuew Teow Sani & Abang Artis!

Petang tadi tengah best main facebook, online tweeter dengan update blog sambil nyanyi lagu lama - lama depan laptop tiba - tiba budak rumah si Fizi ajak pergi makan dekat Char Kuew Teow Sani. Walawehhh! Dari bulan 5 sampai  malam tadi aku tak penuhi lagi keinginan rohani nak makan char kuew teow. Aku pun semangat lah tahan perut nak makan menatang tu.

Sebelum tu aku ada mesej mak aku tanya khabar. Dia suruh makan nasi. Aku kata malam nih memang nak makan nasi pun tapi sebenarnya nak makan char kuew teow. Haih, risau betul mak aku tu aku tak makan nasi. Tak faham pula aku. Penat aku cakap aku makan benda lain tapi hari nih aku tak makan nasi. Mak aku dok suruh makan nasi juga takut kena gastrik. Aku kata bukan aku tak makan langsung. Hahaha!

Jadi, bergeraklah ker kedai yang baru lepas renovate tu. Aku tengok pekerja dia semua orang baru jer. Siap yang ambil order ialah wanita - wanita muda tapi tak seperti Lisa jauh sekali seperti Hannah Tan. Hahaha! Jadi tak ada hal lah! Tak mampu menggugat cintaku! Hahaha! Tengah khusyuk melayan skrin tv besar tu tiba - tiba ternampak 2 kelibat manusia berjalan menuju ke meja di depan meja aku. Haih! Macam kenai! Macam pernah tengok! Tapi di mana yaaa?

Pikiaq punya pikiaq...tudiaaaa! Dah ingat dah! Seorang blogger lelaki yang agak rapat lah dengan aku dalam dunia maya ni. Blogger Hami Asraff yang sebelum nih aku ternampak dia dekat tangga kedai mamak Khulafah tu. Hahaha! Dalam hati, aku dok berletiaq sendiri :-

Hans : Haih! Aku macam pernah tengok mamat nih! Hurmmm! Hah! Sah dah dia!(sambil tutup muka dengan sebelah tangan sambil memandang tv)

H.A : bla bla bla...(apa dia merepek dengan kawan dia pun tak tau)

Hans : Haih! Betoi lah dia nih! Haih! Dah member aku ada sebelah nih! Nanti dia duk perli aku macam waktu jumpa blogger Azza dekat Mcd semester lepas tu pula. Segan aku! Haih! Arghhh buat bodoh jer lah. Dia pandang aku senyum!

H.A : ....(pandang belakang dan mata kami bertentang..owh,siyot! ayat macam gay plak..haha)...Eh, Hans kan?

Hans : Owh, yer yer! (dah praktis dah sebelum cakap nih..haha)

Lepas tu dia mai duduk dekat meja aku sembang - sembang sat. Aku nih kalau 1st time jumpa orang memang pending + blur sikit. Tak tahu nak cakap apa. Hahaha! Lepas tu dapat dengar pula suara blogger Dunia Sebelah Zara. Haih! Lagilah aku tak tahu nak cakap apa! Dah tak pernah cakap! Hahaha!

Tapi aku kecewalah. Char Kuew Teow tu haram tak sedap! Haih! Aku kalau dulu lepas makan nasi pun boleh mengketedarah char kuew teow nih 2 pinggan tapi tadi aku lapaq nak mampuih pun lepas makan suku jer terus kenyang. Kalau dulu makan char kuew teow Sani tu boleh jugalah feeling - feeling lalok macam hisap dadah! Hahaha! Sekarang dah tak sama macam dulu. Rupa - rupa owner dia orang baru. Haih!

Lepas tu wall fb aku pun dipenuhilah dengan ayat - ayat sedih seperti orang putus cinta. Padahal semua tu hanyalah momen - momen indah bersama char kuew teow Sani yang dulu jer. Hahaha. Apa - apapun , aku dah kehilangan satu khazanah makanan yang sedap dekat Shah Alam! Sob Sob Sob! Aku kecewa!

Mungkin juga sebab tak dengaq kata mak aku suruh makan nasi kut! Dah tak dapat makan char kuew teow sani yang asli! Haih!

P/S : Ada Orang Kata Aku Ganas! Ganas Ker? Tak Kut! Kalau Ganas Pun Bila Mood Tak Elok Jer Lah! Takkan Setiap 1 Minit Nak Mencarut Tak Ketahuan Kan? Tapi Tadi Dah Termelatah Dan Automatik Lah Mencarut Waktu Udang Melompat Dalam Pinggan! Hahaha!


Perhatian :

Blogger Ummi Hanie Telah Menganjurkan Satu Contest Giveaway!
Kepada Sesiapa Yang Berminat Untuk Join Contest Ini 
Boleh Click Pada Banner Iklan Di Atas Atau Terus Click Link Di Bawah!

GIVEAWAY BLOG UMMI HANIE

20 ulasan:

  1. dapat jumpa blogger?? bertuah betul.. hami asyraff belajar kt shah alam gakkn..

    BalasPadam
  2. syah : bukan aku yg bertuah...dia yang bertuah dapat jumpa aku..(ayat nak bongkak jer kan?)...hahaha..

    BalasPadam
  3. a'ahlah. dia pun ada mention yg dia pergi makan char kuew teow. pergh. jgn gay sudahlah. hahak. :P

    BalasPadam
  4. ekau kaki melatah ek hans? hahahaaa

    BalasPadam
  5. ha ha ha~
    best tak suara aku?

    hans cakap kedah pekat~

    kih3~

    BalasPadam
  6. Hahahhaa...weyh,kalo terserempak ngn aku jgn la pending dan blurr lak..sbb aku pun sama mcm tu!hahahaha
    Latest post:Aku malu!!

    BalasPadam
  7. Hmmm .. memang seronok bila dapat jumpa blogger lain,. Berkawan biar seribu, kan! saya ni juga yg baru terkedek2 nak cuba berblog ... Boleh tolong support saya, tak? Hihiii ..

    BalasPadam
  8. kalau akak jumpa geng blogger pun mesti segan nk cakap..char koew tiau? tak bp minat!

    BalasPadam
  9. Lately aku pon dh addicted ngan char kuey teow ni.
    Klo dpt ngan jeruk cili tu lg sodappp!!!

    :)

    BalasPadam
  10. Cik hans nie kuat beletiaq jugak nohh..
    Haha jangan ketegaq.. mak suruh makan nasik ampa makan naa :p



    Remaja Dan Jerawat

    BalasPadam
  11. padah muka ko..mak dah pesan suruh mkn nasi...

    BalasPadam
  12. aku jumpa zara ari2 dulu..haha

    BalasPadam
  13. wehh..tiba2 kan...den lapo char kueh tiaw...!!!

    BalasPadam
  14. weee....kat mana char kueh tiow sani tuh??? rindu sama shah alam. da abes da 3 tahun belajar kat shah alam..

    btw thank sesangat sudi singgah blog dan tinggal komen kita masa kita jarang berblogging...:)

    BalasPadam
  15. hahha pecah perut aku bc wey...siap ada slot bertentang mata wakakka...

    wahh nanti kalau terserempak dgn sy jgn blur lak hakhak

    BalasPadam
  16. hans mmg rajin berletiaq kan...

    xpe..bagus tu..kreatif namanya ;p

    sis tersenyum/tergelak sensorang kalo baca part lawak..n slalunye status FB hans mmg menarik/lawak...

    thanx 4 advertising ! :)

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com