Rabu, 14 Julai 2010

Apabila Tak Dapat Cara Baik Mestilah Guna Cara Kasar - Part 1

Suatu petang sewaktu di tingkatan 5, pada hari kedua berada di hostel maka kami semua budak - budak lelaki dikumpulkan di sebuah court sepak takraw di hadapan hostel. Satu kejutan telah berlaku di mana warden - warden yang bengis lagi kejam itu akan memilih sendiri  siapakah pelajar yang akan masuk bilik nih, bilik itu dan bilik sana. Kalau tidak sebelum ini kami berhak memilih rakan - rakan untuk duduk di dorm pilihan masing - masing. Hostel aku tu ada beberapa warden lelaki yang gila punya kejam yang beri nama Jacko dan Bandi.  Serius kejam! Hahaha!

Bilik pertama adalah bilik Biro - Biro Hostel. Memang sah - sah aku tak dapat dan tak mahu dapat pun sebab aku tak suka pegang - pegang jawatan dekat hostel nih. Selepas bilik Biro Hostel beralih pula ke bilik BUDAK - BUDAK BAIK. Kalau senior aku sebelum nih yang dapat bilik tu memang semua baik - baik skema jer. Beberapa nama disebut dan aku mula risau sebab aku berpotensi untuk masuk bilik tu. Maklumlah, aku kan budak baik! Hahaha! Masalahnya, nama kawan - kawan aku tak dipanggil lagi.

Apa yang dijangka sudah berlaku depan mata! Aku dah cuak dah lepas nama aku disebut. WTF! Matilah aku! Aku tak boleh hidup dalam dunia yang penuh dengan kebaikan dan keskemaan! Memang aku skema, nerd, gemuk, botak dan tak kacak(pada waktu tu lah...sekarang aku dah setaraf SRK pula...) tapi aku tak boleh adapt pada benda - benda macam tu! Aku dah rasa tekanan gila! Benda macam nih kalau dekat hostel universiti memang lain. Satu semester sama dengan 5 bulan jer. Ini satu tahun sama dengan keseluruhan form 5! Tidakkkkkkkkkkk!

Lepas nama aku tiba - tiba nama member - member aku pula disebut! Yeah! Aku dah rasa aman dah! Hati tenang dah! Dan alhamdulillah budak - budak skema yang ditempatkan satu bilik waktu form 4 dulu tak masuk dorm aku! Ada yang masuk tapi tak ramai. Hahahaha! Sumpah kali ini bilik budak - budak yang konon - konon baik sangat nih memang happening gila! Bilik aku ada 20 orang dimana macam - macam budak dari aliran teknik dan vokasional dengan macam - macam course. 

Macam aku dengan member aku budak pengurusan makanan. Ada budak katering. Ada budak pengaturcaraan komputer. Ada budak automotif. Ada budak elektrik! Ada budak awam! Macam - macam! Dari pada seganas - ganas manusia kepada selembut - lembut manusia. Daripada segila - gila perangai kepada se alim - alim umat. Semua ada! Aku pula berada di tengah - tengah! Maksudnya, aku boleh masuk dengan siapa - siapa pun dalam dorm aku tu sebab aku nih nak kata baik pun tak baik sangat dan nak kata jahat pun tak jahat sangat! Hahaha!

Nak dijadikan cerita setiap dari kami akan sentiasa cuba menyembunyikan tarikh lahir masing - masing sebab pasti akan ada ritual atau apa - apa prank kepada budak - budak yang sambut hari lahir tu. Yang bestnya dalam bilik aku tu memang ramai dah kena prank. Aku pun turut join diorang kenakan mana - mana birthday boy yang 'bertuah'. Hahaha! Nak dijadikan cerita, pada suatu hari tu ialah hari lahir aku. Kebetulan hari lahir aku sama dengan seorang lagi budak tapi dia budak dorm lain. Budak dorm yang memang ramai gangster tapi dia baik dengan aku. Nickname dia Mafia pula tapi dengan aku memang dia baik gila. Kira kalau ada orang nak buli memang dia back up lah tapi tak pernah pula orang buli aku masa dekat sekolah tu. Hahaha.

Nak tahu apa dia kena? Dia kena kejar dengan dua orang budak bilik dia. Berlari dia ke sana ke sini menyembunyikan diri dengan hanya memakai boxer. Ingat lagi dia datang sembunyi kejap dalam bilik aku. Lepas tu aku berlakon - lakonlah kata dia pergi depan sana. Lepas tu aku tanya budak - budak yang kejar dia tu :-

Aku : Kenapa dia lari? Hang pa nak baling teloq ka tepung?

Budak - Budak : Owh, dia lari sebab kami ligan dia dengan menatang nih(sambil menunjukkan satu beg plastik yang di ikat rapat yang berisi berbelas ekor lipas yang masih hidup)


 Banyak Kan Lipas Nih?


Aku : Wah! Banyaknya lipas! Mana hang pa kutip menatang - menatang nih?(muka cool tapi aku dah seram sejuk dah tengok lipas - lipas dalam beg plastik tu)

Budak - Budak : Aku kutip dekat koridor. Kalu hang nak tau mamat tu takut dekat lipas nih. Kami ramai - ramai satu bilik tangkap sorang sekor lipas lepas tu masuk dalam beg plastik nih.Patut tadi dah dapat tangkap dia dah tapi lagu mana tak tau dia terlepas pulak dah.

Aku : Haih! Lipas dalam beg plastik pun nak takut kan? Apa punya penakut lah budak tu! Nama ja Mafia! (hahaha..gila angkuh ayat aku padahal aku pun sama naik jer)

Budak - Budak : Betoi nih hang tak nampak dia? Boleh percaya ka nih?

Aku : Hish! Aku tak reti menipu lah! Aku nampak dia pi depan tadi. Cuba hang pi cari dekat depan tu tengok.

Budak - Budak : Okay! Kalau nampak dia bagitau aku!

Aku : Jangan risau! Aku bagitau punya.


Mereka berdua pun pergilah ke depan sambil membawa bungkusan plastik jernih berisi berbelas ekor lipas. Fuh! Aku rasa macam nak pitam jer lepas diorang pergi. Hahaha! Geli siyot lipas jadah banyak gila. Huh! Kemudian, keluarlah budak tu dari tempat persembunyiannya.

Birthday Boy : Amboi hang! Seronok perli aku noh! Depa dah pi mana weih?

Aku : Haha! Kenalah berlakon! Kalau tak nanti depa tau hang ada dalam nih! Depa pi depan tu!

Birthday Boy : Owh, nasib - nasib! Haram celaka sungguh depa tuh! Mana depa tangkap entah lipas banyak - banyak macam tu.

Aku : Hang takut lipas ka?

Birthday Boy : Sebab takutlah aku lari pakai lagu nih jer nih. Haih! Aku dah lah mengantuk nih. Daje sungguh depa nih...


Tiba - tiba kelihatan tingkap di belakang terbuka.....

Budak - Budak : Hahhhh! Tu diaaaaaa! Dekat sini hang noh! Tangkap - tangkap!Kepung lekaih weihhh!

Birthday Boy : Arghhhhhhhhhh! Aku dah dijumpai! Aku lari duluuuuu.....

Aku : Semoga berjaya weih!
Selepas itu, dengar katanya beliau berjaya ditangkap dan nasibnya tidak dapat diketahui. Hahaha! Aku perasan kawan - kawan aku dalam dorm nih yang gila - gila semua tak ada dalam bilik tu. Yang ada semua budak yang baik - baik jer lah. Aku dah syak nih mesti ada benda tak kena nih.

MATILAH AKU!!!!!!!!!


To Be Continue....


Perhatian :

Blogger Ummi Hanie Telah Menganjurkan Satu Contest Giveaway!
Kepada Sesiapa Yang Berminat Untuk Join Contest Ini 
Boleh Click Pada Banner Iklan Di Atas Atau Terus Click Link Di Bawah!

GIVEAWAY BLOG UMMI HANIE

14 ulasan:

  1. bengong betul, takda keje kutip dan tgkap lipas. haha.. tgk byk2, geli pun ada.. hilang selera makan.. ;D

    BalasPadam
  2. cool!!! best wo tangkap lipas pastu baling kat orang. walaupun busuk. haha =D

    BalasPadam
  3. wah nak join gak la...

    p/s: tq coz sudi join contest kina. ntikan jawapannyer pada 17.07.2010 nie.

    BalasPadam
  4. aku dpt rasa ko yg kn tgkp sebaliknya....haahhahahhhhhah( gelak jht)

    BalasPadam
  5. jantan takot sama lipas.

    cis.
    jatuh saham.


    tapi
    kalau dapat pakwa lagu ni
    mmg terok kena sakat dgn aku.
    hahahaha

    malang!

    BalasPadam
  6. aku geli gila ngan lipas. eiii.

    BalasPadam
  7. haha baru gua teringat apa apa hal gua cari lipas kasi lu hans ahahaha

    BalasPadam
  8. uwekssssss.... LIPAS menggelikan!!!

    BalasPadam
  9. mana shoutbox ko?lamanya aku tak dtg cni...sorry..

    BalasPadam
  10. eeeiiii takde binatang lain ke hah!!

    geeeliiiiiiiii

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com