Isnin, 26 Julai 2010

Apabila Terlampau Bercakap Dan Sebenarnya Itu Semua Hanya Isi Yang Kosong!

Apabila seseorang dilanda musibah seperti kehilangan orang tersayang, putus cinta, kehilangan barang berharga, gagal dalam peperiksaan, tidak diterima bekerja dan sebagainya maka emosi masing - masing akan bercelaru. Dan pasti akan ada insan lain yang datang mendekati sambil menasihati kita agar bersabar dan adakalanya mereka akan berkata,"Saya memahami apa yang awak pernah lalui sekarang!" atau pun "Saya juga pernah melalui perkara yang sama!"

Ia! Memang betul kadang - kadang kita memahami atau pun pernah melalui hal yang sama namun walaubagaimana sama pun situasinya tetapi tetap tidak akan sama kerana sang pelakunya adalah orang berbeza dan sang penerimanya juga adalah orang berbeza. Kita tidak boleh menganggap apa yang dilalui oleh mereka itu adalah sama seperti mana yang kita telah lalui dan begitu juga sebaliknya. Situasinya sahaja mungkin sama tetapi kesannya adalah berbeza.


Kadang - kadang kita melihat orang lain melakukan kesalahan dan kita akan berkata," Jika aku menjadi dia pasti aku tidak akan melakukan sebegitu rupa!". Tetapi, jika kita menjadi dia pasti kita akan melakukan perkara yang sama kerana kita menjadi dia dan bukan menjadi diri kita sendiri. Kita mampu bercakap demikian kerana bukan kita yang melakukan perkara atau berada di situasi tersebut.

Kadang - kadang kita memberi jawapan yang sebenarnya kita sendiri tidak pernah amalkan. Kita hanya tahu berkata - kata tanpa menyelami maksud sebenar kata - kata kita sendiri. Hakikatnya, pandangan kita sentiasa berubah bergantung kepada bagaimana kita menjalani kehidupan kita sehari - hari. Mungkin kadang - kadang kita perlu mengkaji sendiri kefahaman atau kata - kata yang keluar dari bibir yang merah ini.


Selamat berfantasi di bumi yang nyata!


P/S : Hujan Membawa Kesejukan Yang Membuatkan Badan Ini Mahu Rebah Di Atas Tilam Sambil Mata Terpejam Rapat Meneroka Alam Misteri!

15 ulasan:

  1. byk ckp byk la dosa kering dpt.. bercakap bile perlu saje

    BalasPadam
  2. banyak cakap ni adalah penyakit,,

    bak kata ustazah aku dulu, banyak cakap boleh menggelapkan hati, menambahkan dosa dan membuat kita boleh tergolong dlm golongan munafik kalau silap-silap...huh...

    btw : Diam adalah pintar...orang tak tahu kelemahan kita kat mana...

    BalasPadam
  3. kdg2 kata2 org itu hanya nk menyejukkan hati kita.walhal x prnah alami pn pd prkara yg sama..
    Wlau bgmanapun, org kedua tu penting utk kita luahkan..

    BalasPadam
  4. Salam

    Cakap siang pandang2, cakap mlm dengor2. Bila bercakap kasi buboh brake and comma and full stop...jgn lupa paragraf jugak. dan bagi chance org lain berckp. Asal jgn berkokok berderai2.

    BalasPadam
  5. ayat sama..rasa yg kena tu x sama~

    BalasPadam
  6. mungkin kata-kata kita boleh jadi satu pandangan walaupun kita sendiri tak pernah lakukan.

    BalasPadam
  7. tapi org skrg suka yg byk cakap dan pandai kipas!

    BalasPadam
  8. Patutla ko tak banyak cakap...lalalala~haha

    BalasPadam
  9. kalo tak tahu ape-ape baik diam je. bercakap banyak hanya mendedahkan kelemahan diri. dan aku tak suke orang yang asyik2 menyampuk walopon tak tahu pangkal cerita

    BalasPadam
  10. tak jd ke wt button2 tu.?? just tik kt kotak button tu mcm biasa. cube try skali lg. huhu

    BalasPadam
  11. kdg2 org ni suka mengata org laen xsedar diri dia pon sama buat mcm tu..kita semua pon mcm tu..marilah ubah perangai :)

    BalasPadam
  12. lebih suka menjadi pendengar dari menjadi pencerita......

    BalasPadam
  13. kita kena rasa rasa yang tak terasa ..memahami pkara sperti terjadi pada kita ...

    kita slalu nafikan kalu kita ada d situ, kita tak buat pkara yg xda patut tapi bila kita d tempat itu kita akan tahu knapa pkara itu menjadi pilihan

    (huuu apa yg akue merepekkk ne ...tp betul kan ....)

    BalasPadam
  14. apsal susah nk buka blog kamu ek?? ade prog ke?

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com