Khamis, 1 Julai 2010

Bila Pili Bomba Bersuara!

Majoriti yang pernah tinggal di hostel sewaktu di alam persekolahan atau universiti pasti pernah mengalami peristiwa macam nih. TIADA AIR!! Hahaha. Air ialah salah satu elemen asas yang penting dalam kehidupan seharian kita. Apabila pihak warden atau pengurusan hostel datang memberitahu tentang gangguan bekalan air yang bakal melanda masyarakat hostel maka gegak gempita dan kelam kabut lah segala penghuni nya menuju ke bilik masing - masing mencapai baldi, gayung dan juga botol air kosong berkapasiti 2 liter untuk mengisi air sebagai bekalan untuk hari esok.

Kali pertama aku tinggal di hostel, aku pernah dikhabarkan tentang gangguan bekalan air. Maka bersusah payahlah aku mengisi air sepenuh - penuhnya di dalam baldi lalu di letak di bawah katil. Pagi esoknya apabila bangun tiada pula gangguan air seperti yang di war - war sebelum ini. Terasa macam melakukan perkara yang sia - sia pun ada. Kali kedua pula di khabarkan gangguan air bakal berlaku dan sekali lagi mengisi air di dalam baldi sehingga hampir melimpah gara - gara takut pergi ke kelas diiringi bau yang agak 'enak' dan dihidu orang sekeliling. Malangnya, sekali lagi rasa tertipu!

Akhirnya, apabila mengalami situasi buat kali ketiga maka masing - masing pun buat bodoh sahaja sebab bosan mengisi air di dalam baldi tetapi air masih sentiasa mengalir laju di muncung paip apabila dibuka. Akhirnya, malapetaka pun tiba! Memang betul air tiada di hostel! Semuanya gelabah! Berlari ke tandas situ dan sini namun hampa. Tiba - tiba di khabarkan bahawa tandas di  bangunan sekolah terdapat air. Maka masing - masing pun berangkatlah kesana membawa barang - barang wajib seperti sabun buku, berus gigi, ubat gigi dan syampu. Ada juga manusia yang membawa barang tambahan seperti pencuci muka untuk menyingkirkan jerawat yang tercela di wajah.

Sedang seronok bernyanyi sambil mengusap - ngusap syampu di rambut tiba - tiba mata terasa pedih! Buih syampu sudah meresap ke dalam mata. Air yang bersih diperlukan segera untuk menyegarkan kembali mata yang pedih. Tangan meraba - raba mencari kepala paip dan akhirnya bertemu lalu dipulas - pulas sekuat mungkin. Air mengalir seperti hidup segan mati pun segan. Sudahhh!! Macam mana mahu kembali ke hostel jika buih syampoo setinggi gunung everest di kepala? Badan pula masih dipenuhi buih - buih sabun palmolive dan dettol. Jika di lap begitu sahaja dengan tuala pasti rasa tidak selesa.

Jalan penyelesaian ialah pili bomba! Hahahaa! Pedulikan jika bangunan akan terbakar atau tidak! Yang penting imej harus dijaga! Akhirnya, mampu pulang ke hostel beramai - ramai dengan wajah tersenyum riang sambil dikelilingi rama - rama menandakan keharuman badan adalah seharum kasturi!

P/S : Sediakan Payung Sebelum Hujan! Sediakan Baldi Sebelum Segan!

17 ulasan:

  1. ehehehe..
    pili bombe la yg bagos..
    kalu air sikit sangat cm2..
    ehehe

    BalasPadam
  2. aku dulu pernah guna.. time camping kat sekolah tak silap.. tp time tu ada je air..saja nk buat onar..haha

    BalasPadam
  3. huh!! memang terseksa bila di hostel takde air. nasib asrama dekat je dengan skolah. di bangunan skolah ade plak air. satu keje kena angkut harta karun ke sana pagi2 buta. dah la tandas di hujung bangunan. klau pergi sorang2, kim salam jela heheee

    BalasPadam
  4. hahaha memang itu langkah terbaik baru lah inovatif haha

    BalasPadam
  5. woi pili bomba pakai.hahahah

    BalasPadam
  6. nasib bek ada pili bomba..kalau tak?

    BalasPadam
  7. owh kami x sekeretip tu nk serbu pili bomba
    tapi ada kes org curi air dalm baldi
    penat tadah then esok pagi tgk dah x da..
    teruk aku jugak menyumpah seranah mereka yg mencuri,,
    muahaha~

    BalasPadam
  8. selallu buat gitu masa kat kuala lipis dulu...

    BalasPadam
  9. tak pernah try. tapi cam tempah tiket kena kejar dek pakgad je kalo buat neyh, hahaha

    BalasPadam
  10. aku pun penah mandi guna air dari pili bomba gak... best tuh mandi ramai2... hehehehhehehehe........

    BalasPadam
  11. hahaha...kompem meriah bler mandi pili bombe eak...hehehe...standard ostel lar...skola aku dlu x de warning...tau2 jep da x de air...hehehe...sume ngan slumber x mandi p skola...hehehe...

    P/S : sori lame x lwt blog ko...aku bz r...x smpt nk on9...

    BalasPadam
  12. kat sekolah aku takde pili bomba, sebap dah ade orang rosakkan. hahahaha.
    btw, salam ziarah! :D

    BalasPadam
  13. Wakakakaka! Ni dpt idea pasal smlm ke? Hehe...

    Aku dah merasa takder air sejak duduk asrama di tingkatan satu lg. Sampailah sekarang. Hehe..

    BalasPadam
  14. tue la..dulu akak duk hostel tingkat 3..so, bayang kan la nak angkut air naik tangga..huhu...

    BalasPadam
  15. nas : bestkan...rasa cam mandi air terjun...

    hasrol : itu ko cari pasal namanya..haha

    nisya : hahaha...kalau pergi ramai2 tak apa lagi..buat terlewat bangun..memang xmandi dah lah..haha

    naz : inovatif dan kreatif...KBKK..hoho

    cik helena : terpaksa weih...haha

    kniedaz : terpaksalah biar badan melekit dengan sabun..haha

    nadirah : itu kasar tu..haha..ko patut vodoo budak yg curi tu..haha

    alie : hoho

    tirah : pak guard tak kisah...hoho

    kawie : best2...main perang2 air..haha

    mr katok : haha..tu susah kalau xada warning tu

    fadzmie : kalau sekolah ko terbakar memang terbakar terus lah cam tu..hehe

    ayish : haha...dapat idea lepas baca status fb ko

    faiz : fuh...memang azab kan kak

    BalasPadam
  16. dulu masa aku kat asrama aku pernah sembur member aku yang tengah tido dengan fire extinguisher...ha ha ha ...habis puith melepak muka dia....last2, esoknya aku kena rumble ramai2 kena campak kat dalam kolam...

    BalasPadam
  17. hahaha tak leh lupa kenangan masa sek dulu..macam tu caranya bila tak ada air..pakai air bomba..yg tak bestnya air bomba tu campur dengan karat...last2 naik gatal2..padan muka kau nyah..hahaha

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com