Melakukan Aktiviti Lama Tetapi Dengan Insan Yang Berbeza!

Hari nih cadangnya nak bangun awal sebab nak basuh baju yang berlonggok dalam bakul baju aku tu. Tapi terbangun sedikit lewat pula. Jadi, bukalah tenet dulu balas komen ke email ke apa yang patut. Kemudian, rakan kelas si W.C. call tanya nak join tak dia dengan si Pit(budak kena prank dengan aku dalam entry sebelum nih) pergi Sunway Lagoon. Aku pun berfikir lama nak join ker tak. Adalah dalam 10 saat dan kemudian aku pun bagi persetujuan. Sebelum tu aku dah nak sambung tidur dah tapi tak jadilah. Lagipun dah lama tak pergi Sunway Lagoon. Hohohoho!

Jadi, bertolaklah kami berlima di mana 3 laki dan 2 perempuan. Lagi dua adalah Mr. Jensen dan pasangannya. Dua pasangan adalah couple dan aku seorang diri. Terasa loser pun ada kadang - kadang tambah - tambah kalau keluar dengan geng - geng couple nih tapi aku malas nak layan perasaan! Wakakaka! Tak kisahlah! Janji dapat pergi Sunway Lagoon! Kali terakhir pergi pun waktu darjah 2 ker darjah 3 entah dengan keluarga aku. Kira dah lebih 10 tahun lah tak pernah pergi situ hinggalah hari ini. Sebelum tu, aku nak bagitahu semua gambar - gambar kali ini dirembat daripada Google.


Sunway Lagoon


Lepas tukar baju semua aku kelihatan sangat kacak dan seksi(sila muntah..hahaha). Permainan pertama kitaorang main ialah Pirate's Revenge.


Pirate's Revenge


Aku dengan si Pit dan si W.C jer yang naik benda nih. Aku dengan Si W.C memang nak naik manakala si Pit pula macam cuak sikitlah. Aku ingatkan aku taklah rasa cuak tapi segala - galanya berubah bila kapal besar nih melonjak naik ke atas. Gua  ada jugalah mengucap 2 kalimah syahadah beberapa kali. Tiba - tiba terbayang gua jatuh dan badan gua bersepai sebab gua rasa badan gua dengan penghadang dan tali pinggang tu macam longgar. Sebab tu gua cuak mampus dan memang menjeritlah! Awek depan gua nih pengkid jadi gua memang tak fokus pun dekat dia. Gua pejam mata sudah! Lagipun cermin mata gua tak pakai! Hahaha! Depan si Pit plak ada awek pakai baju seksi habis tapi memang tak ada selera bila tengok dia. Kesian si Pit! Sudahlah nightmare tengok bawah ditambah pula nightmare dengan awek seksi depan dia. Hahaha! Sumpah badan aku berpeluh gila lepas turun dari sampan ke kapal besar nih.

Kemudian kami main permainan kedua pula iaitu Roller Coaster Apache Pots.


Roller Coaster Apache Pots


Dulu aku dah pernah naik 2 kali dan tadi aku naik lagilah buat kali ke-3. Hohohoho! Macam biasalah! Tak takut sangat pun. Cuak sikit pun bila bunyi Roller Coaster macam terlanggar besi landasan jer. Lagipun cermin mata kena buang jadi memanglah rabun bila masuk gua yang gelap tu. Orang tak rabun pun tak nampak apatah lagi orang rabun. Hahaha.

Kemudian pergi pula main Colorado Splash.


Colorado Splash


Mula - mula aku taknak naik sebab benda nih kena main pair. Kami ada 5 orang. Aku nak naik dengan sapa plak kan? Takkan nak rembat awek arab atau anak negro yang tengah beratur tunggu turn tu pula. Nasib si Pit dengan si W.C paksa juga suruh naik dengan si Pit join aku main benda nih. Dapatlah aku merasa main benda nih. Masa 10 tahun lepas memang teringin nak main tapi keluarga aku tak bagi sebab kami tak bawa baju lebih nak tukar. Hohoho! Waktu  pelampung melompat tu aku cuak juga sebab aku nih jenis dalam otak suka fikir benda - benda yang bukan - bukan. Benda bukan - bukan disini bermaksud kemungkinan yang bakal berlaku. dan bukan benda - benda kotor yer. Hahaha. Terpengaruh dengan cerita Final Destination lah nih. Hahaha.

Kemudian kami berlima main pula permainan Niagara Falls Flume Ride.


Niagara Falls Flume Ride


Mula - mula kami naik berempat(aku,Pit,W.C dan Iman). Aku di kedudukan ketiga. Konon - kononnya sekarang kami sedang menjelajah gua ker badan ular yer? Aku tak pasti. Hahaha. Waktu naik satu landasan yang curam dan panjang nak mampus tu maka berlakulah kekebasan kaki dan kesakitan akibat masing - masing bertindih. Nasib aku tak gemuk macam dulu kalau tak aku rasa sah benda tu tak dapat naik atas. Hahaha.

Punyalah curam!


Aku main game nih dua kali. Untuk kali kedua aku duduk dekat depan. Seronok gila duduk dekat depan. Hahaha! Sangat mencabar dan paling best sebab aku kena air dulu. Hohoho!

Kemudian pergi main game apa entah yang bentuk dia macam kasut tu. Kemudian berpusing - pusing jer lah selaju mungkin. Sumpah tak cuak pun. Aku enjoy jer sebab nak keringkan baju dan rambut. Hahaha! Aku naik dua kali. Kali pertama aku naik tu aku tak sedar yang aku tak tekan penghadang badan tu. Agak bahaya sebenarnya sebab aku ingat dia automatik tekan kaki aku. Patutlah aku bergerak kejap ke kanan kejap ke kiri. Hahaha. Kali kedua aku rapatkan penghadang tu. Huh! Nasib aku tak tercampak ke kedai sebelah. Hohoho.

Selepas itu aku main permainan terakhir sebelum pergi mandi iaitu Tomahawk.


Tomahawk


Aku memang ingat permainan nih sebab waktu aku main game nih 10 tahun dulu cermin mata aku tertanggal! Hahahaha! Sebelah aku Mat Salleh mana entah duduk. Aku buat bodoh jer tapi bila tiba waktu menjerit memang berirama pula kitaorang! Hahaha! Aku tak takut game nih tapi aku enjoy gila. Mungkin sebab ada bumbung dan ada pintu jadi tak lah aku cuak gila macam aku main game Pirate's Revenge tadi.

Selepas itu kami berlima pergi mandi - manda sepuas - puasnya. Kemudian singgah makan dekat restoran Ayam Penyet dalam Sunway tu. Pertama kali makan dekat situ. Aku tak tahu sama ada aku lapar ker atau memang makanan situ sedap jugalah. Aku suka sambal dia sebab memang pedas. Kalau hari - hari makan sambal pedas macam tu memang aku berpotensi dapat penyakit buasir. Hahaha.

Apa - apapun, sangat - sangat berterima kasih kepada semua terutama kepada Si W.C dan Si Pit kerana sudi mengajak saya menyertai kalian ke Sunway Lagoon dan memperkenalkan saya kepada restoran Ayam Penyet.

P/S : Masih Teringat Tentang Kisah 'Akar Pokok' 
Sewaktu Dalam Perjalanan Pulang! Hahahaha!

6 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama