Sabtu, 17 Julai 2010

Puas Dapat Melakukan Aksi 'Kamikaze Perut' Dekat Restoran Flaming Steamboat!

Sepatutnya petang tadi gua nak pergi menonton wayang tapi tiba - tiba tak jadi pula. Gua sajalah beb bagitahu budak rumah gua kata gua teringin gila nak makan steamboat. Tiba - tiba budak rumah gua si Fizi nih kata dia on jer! Wah! Gua pun on jer lah! Gua tak pernah lagi makan steamboat waktu duduk dekat Shah Alam nih.

Member gua kata dekat Sunway! Gua ingat dekat Sunway Pyramid rupa - rupanya dekat luar Sunway Pyramid! Penat gua mencari signboard dekat restoran - restoran dalam Sunway Pyramid tu. Akhirnya, gua dan housemate gua si Fizi tu pun sampailah dekat Restoran Flaming Steamboat tu. Seperti di Seoul Garden, restoran Flaming ini juga mengamalkan pembayaran mengikut kepala. Setiap seorang kena bayar sebanyak RM22 dan selepas itu ikut suka kau lah nak makan apa, nak makan banyak mana dan nak makan berapa jam pun selagi kau mampu makan dan masih mampu bernafas selepas makan

Fuh! Ini semua mengimbau kenangan silam sewaktu makan di Seoul Garden! Hahaha! Sebelum bertolak lagi aku sudah berazam akan mengamalkan sifat 'Kamikaze Perut' apabila berhadapan dengan makanan - makanan nih! Fuh! Dengan ghairahnya aku memilih bebola udang, bebola ketam, udang, kepah, ayam, jagung, cendawan hitam dan jepun, 3 jenis sotong, siput dan macam - macam lagilah.

Kami berdua sahaja tapi atas meja tu ada lebih kurang 6 pinggan besar yang terisi dengan bahan - bahan mentah yang bakal dimasak menggunakan kaedah rebus. Terdapat 2 bahagian di dalam periuk itu iaitu bahagian untuk tomyam dan bahagian untuk sup. Gigih gua belajar guna chopstik tadi selepas sekian lama tidak menggunakannya. Mula - mula tu melompat jugalah. Paling tak tahan tu dah lama gua cuba nak ambil cendawan hitam tu tapi tak lepas - lepas. Nak cover malu punya pasal gua buat - buatlah gaul - gaul bekas tu. Konon - konon tengah masak lah kan! Hahahaha!

Walaweh! Gua bermula dengan makan popia 4 biji serta aiskrim coklat dicampur vanilla chips! Lepas tu gua makan makanan - makanan yang macam dalam yong tau fu tu! Sedap kuah yong tau fu restoran nih. Lepas tu bermulalah peperangan menghabiskan pinggan yang penuh dengan makanan laut seperti udang, sotong dan kepah! Siap pergi ambil lagi kepah untuk makan buat kali kedua! Udang dengan kepah restoran nih bak kata iklan maggi,"BESAR PUNYAAAA!". Jagung dia serius terbaik gua cakap lu! Manis gilaaa!

Lepas tu, gua makan buah tembikai sebab nak kasi makanan gua tu seimbang! Hahahaha! Lepas tu gua pergi cuba pula aiskrim dia satu - satu. Mula - mula makan coklat! Lepas tu keladi! Lepas tu Jagung! Tapi aiskrim terakhir yang gua makan tu...perghhhhhhhhhhhh! Gila rasa dia tak mampu nak diungkapkan dengan kata - kata! Gua tak tahu apa rasa dia tapi memang serius aiskrim tu bikin gua rasa macam nak bunuh orang sebelah! Tak sedapppp!! Hahahaha!

Gua suruh member gua rasa! Dia rasa seciput jer tapi lepas tu terus minum air dan makan aiskrim jagung. Tapi, bila sendawa still rasa aiskrim tadi. Gua rasa macam tengah makan kuih bangkit! Perghhhh! Patutlah aiskrim tu penuh jer dalam bekas tu! Memang gua takkan sentuh dah aiskrim warna hijau yang ada badam tu. Hahaha!

Lepas dah puas makan semua benda yang wujud dalam restoran tu dimana lebih kurang 2 jam setengah kitaorang mengketedarah sambil bergelak ketawa maka tibalah seru untuk pulang ke rumah. Sewaktu perjalanan untuk pergi ke kaunter pembayaran tu terlalulah dekat bahagian kuih muih. "Eh, tadi rasa macam tak ada jer kuih nih. Sedap tak weih kuih nih?" Member gua kata sedap dan dia suruh gua cuba. Gua pun ambil lah sebiji guna penyepit tu dan makan dekat situ sambil berjalan. Perempuan yang baru nak makan tu tengok jer gua dengan riak wajah terkejut. Ahh, ada gua peduli? Gua bayar kut! Hahahaha!

Sedap weih kuih tu! Dah lah panas - panas lagi! Rasa macam nak patah balik jer ambil pinggan pastu sambung duduk dekat meja tadi dan makan. Hahahaha! Rasa sangat berbaloi dengan duit yang dibayar kerana semua makanan gua makan dan makan pula bukan sikit - sikit! Kepada yang kuat makan tu jangan lupa mencuba segala menu - menu yang terdapat di restoran Flaming Steamboat!


 Makanan Yang Dimakan Oleh 2 Orang Jejaka Kacak. 
Ada Lagi Belakang Periuk Tu! Terlindung Pula!


P/S : Gua Rasa Gatal - Gatal Pula! Penangan Udang Lah Nih!
Esok BPKP Pula! Malas Betul Gua Dengan Program Kejadah Tu!

24 ulasan:

  1. aku percaye je 2 lelaki makan cmtu
    tp kalo 2 pompuan susa nak pecaye
    hohoh

    BalasPadam
  2. kat jb ni ada jugak. tp sekepala rm18. aku tak pernah try. nanti bila2 free nk try gak. mcm best je..mau kena satu hari tak mkan, pastu malam melantak puas2..baru syiok..

    Dari gopeng ke taiping. oh kisah bas lompat

    BalasPadam
  3. sedap ke...aku xpenah mkn steam boat lagi..ha3

    BalasPadam
  4. hasrol : gua makan goreng pisang jer kut seharian sebelum makan steamboat tadi...hahaha

    ery : ko tak tengok lagi macam mana kitaorang isi setiap pinggan tu...membukit plak

    penulis : ikut orang...macam aku nih memang suka mencuba

    BalasPadam
  5. aku mintak tapau untuk aku ,ko tapau x ?hahha .

    BalasPadam
  6. Aaaa... Lama dah tak makan stimboat... Terliur bila kenang balik...

    BalasPadam
  7. aku dah 3 kali makan kat situ, mmg la dia bukannya dalam sunway pyramid.

    sapa suh makan aiskrim ijau, makan la yang coklat baru sedap. hahah!

    bg aku kurengnya flaming nih, sos dia la tak bape kaw. kalau dia buat sos macam yong tau foo baru masyukkkkk!

    BalasPadam
  8. thanks sbb tlg mkn sotong utk aku muahahaha..

    BalasPadam
  9. boleh bawak balik tak makanan tu? hehe.

    BalasPadam
  10. pergh murah gila bayaran nya hans. ini yang bikin gua panas haha

    BalasPadam
  11. "kamikaze perot".hahahahah. best pulak perkataan ni. :P

    BalasPadam
  12. crita ko buat aku tliur siot!

    BalasPadam
  13. ADA GAK KAMIKAZE MAKAN YEK
    GEMUK LA ARIN YG SEKSI NI

    BalasPadam
  14. ADA GAK KAMIKAZE MAKAN YEK

    ___________________________________________
    JOM LAYAN MOVIE 2010 FREE KLIK SINI TOY STORY3, KARATE KID, THE LAST AIRBENDER SERVER LAJU MACAM TENGOK DVD/CD

    BalasPadam
  15. nasib xlayan sngt stimboat..pernah makan sekali je..pastu xmo makan dah..hehe

    BalasPadam
  16. flamingo memang best!tapi kena biarkan perot betul2 lapooooo...

    BalasPadam
  17. yup betol kata hasrul nizam tu.... aq dah g makan kat rawa steamboat kat taman gaya jb,. peh.. nak pocah pewoot beb.... nampak semuanya sedap2 belaka.... huhu..... bila la nak g makan kat situ ag... dah ler harganya just rm18 seowang... huuhu...

    BalasPadam
  18. hamboi menketedarah sakan nie
    hee =p
    mmg ske hadap seafood eh?
    dah try johnny? kt jusco tak silap
    sedap gak steamboat kt situ..

    BalasPadam
  19. kau buat aku rasa macam nak terbang pergi seoul garden sekarang jugak.
    heh~

    BalasPadam
  20. wehhh..!! ekau baut den pun tarsa mcm nak pekena stimboat..tp kat mana la den nak mcari kat tepen ni..huhuhu...kat mana ekau mkn wehh..raya nanti buka tak??

    BalasPadam
  21. perghh. sedap tuh. bila nak belanja sy hans? hehe

    BalasPadam
  22. huwaarrghhh gilee ahh. mmg kenyang habis la mcm nihh~

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com