Review Film : Inception Memang Terbaik! Kreatif! Aku Teruja!


Filem :
Inception
Genre : 
Aksi & Sains Fiksyen

Durasi : 
2 Jam 28 Minit

Klasifikasi : 
PG13

Tayangan : 
Bermula Pada 15 Julai 2010

Pengarah : 
Christopher Nolan

Pelakon : 
Leonardo DiCaprio, Joseph Gordon-Levitt, Ellen Page, Tom Hardy, 
Ken Watanabe, Dileep Rao, Cillian Murphy, Tom Berenger, 
Marion Cotillard, Pete Postlethwaite, Michael Caine & Lukas Haas.

Sinopsis :


Filem ini mengisahkan tentang manusia yang menggunakan teknologi yang canggih untuk memasuki pemikiran manusia lain melalui mimpi untuk mencuri idea, menyiasat sesuatu perkara serta membina dunia mengikut acuan tersendiri. Filem ini menjadikan Dom Cobb(Leonardo) sebagai watak utama yang sebenarnya terperangkap dengan kekesalannya di atas kematian kekasihnya yang tidak dapat membezakan antara mimpi dan realiti.

Dalam waktu yang sama, Dom akhirnya terpaksa bekerjasama dengan Saito(Ken Watanabe) untuk membantu si Saito nih mencari rahsia berkenaan pewaris sebuah syarikat. Apa entah nama budak tu. Jadi, si Dom perlu mencari rakan sepasukan baru yang betul - betul hebat sebab mereka perlu mencipta 3 fasa mimpi! Mereka harus merancang strategi yang tepat kerana jika salah seorang terkorban maka mereka akan terperangkap di dalam dunia mimpi terbabit.

3 fasa mimpi nih bermaksud di dalam mimpi ada mimpi dan di dalam mimpi itu ada mimpi lagi! Fasa pertama 1 minit waktu tidur bersamaan 1 jam di dunia mimpi. Fasa ketiga pula boleh menjangkau hingga 10 tahun. Jadi, di sini Dom telah bertemu dengan seorang pelajar wanita yang bijak, Ariadne(Ellen Page), Arthur(Joseph Gordon), Eames(Tom Hardy) dan Yusuf(Dileep Rao). Mereka semua nih ada kelebihan masing - masing.

Jadi, dalam waktu mereka semua nih cuba mencari rahsia daripada anak pewaris sebuah syarikat besar si Dom nih juga cuba menyelesaikan masalahnya dengan Mal(Marion) di dunia mimpi itu. Pelbagai cabaran  dan halangan harus mereka atasi dalam misi mereka mencari rahsia pewaris syarikat terbabit. Jadi, nak tahu lebih lanjut silalah tengok sendiri filem ini di pawagam berdekatan anda.


Komen Penulis

Pengarah filem ini adalah pengarah yang sama untuk filem Dark Knight dan semestinya filem ini adalah filem yang memang berat untuk diterima penonton. Bagi penulis, filem berat sebegini memang menjadi kegemaran penulis kerana jalan cerita filem ini seperti teka - teki dan sangat unik. Anda harus memberi perhatian kepada filem ini kerana setiap scene filem ini penting dan jika anda tertinggal beberapa scene atau tidak cuba untuk memahami maka secara zahirnya memang anda tidak akan faham jalan cerita filem ini.

Jalan cerita filem ini bagi penulis memang terbaik. Penulis tabik spring pada sesiapa yang menulis skrip filem ini! Penulis percaya memang skrip filem ini dihasilkan selepas banyak kajian atau propaganda tertentu dikaji dan dimasukkan di dalam filem ini. Susunan plot dia memang bantu membantu dan saling berhubung kait dari awal hingga akhir. Sebab itu jika anda tertinggal plot - plot penting atau tidak faham tentang jalan ceritanya maka susahlah untuk anda memahami tentang apa sebenarnya cerita ini cuba sampaikan.

Lakonan pelakon - pelakonnya seperti Leonardo, Joseph dan Ellen Page memang sangat mantap. Kesan khasnya juga amat mengagumkan! Penulis sangat suka scene bangunan - bangunan terangkat dan apabila mendongak ke atas nampak kereta bergerak seperti biasa. Menarik!

Apa - apapun, jalan cerita filem ini sangat unik, menarik dan segar! Dibantu dengan kesan khas dan lakonan mantap pelakon - pelakonnya, filem ini bagi penulis adalah antara filem berat terbaik sepanjang tahun ini. 5 bintang penulis berikan untuk filem ini.

Penulis Merasakan Pengarah Filem Di Malaysia Tidak Perlu Sangat Memfokuskan Kepada Kesan Khas! Apa Yang Penting Jalan Cerita Pastilah Menarik, Segar, Kreatif Dan Asli! Insyaallah, Filem Malaysia Akan Lebih Dipandang Tinggi Oleh Orang Luar!

P/S : Walaupun Tiket Filem Nih Mahal Iaitu RM11 Dan Filem Ini Agak Berat Tetapi Penulis Sangat Berpuas Hati! Filem Inception Memang Terbaik!

34 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. betol...cita ni berat tapi sangat best....

    thumbs up!!!

    BalasPadam
  2. review ke empat aku baca. 3 kata best satu kata tak best. hee~

    BalasPadam
  3. aih, rmai yg kata best, tp komplikated sikit
    ni rasa nk pi tengok

    BalasPadam
  4. ya betul, walaupun movie ni buat aku hampir2 tertidur.hehe

    BalasPadam
  5. bila la nak g tgk movie ni...huhu
    bz la skrg...byk sgt aduan rakyat perlu diselesaikan..huhu

    BalasPadam
  6. musim demam...takde sape nk teman tgk wyg...huuu

    BalasPadam
  7. tak tgk agi movie nie...
    kalau cerita yang macam ala2 psychology and puzzled sikit memang vee suka...
    = )

    BalasPadam
  8. cam best je sinopsis dy... nak gi tgk gak tapi eclipse pon blom tgk lg nih... huhuhuhu...

    BalasPadam
  9. wah.
    siriyes ke best neyh?
    hurm.
    teruja pulak nak tengok.
    haha~

    BalasPadam
  10. x tengok g.. hujung minggu ni baru dapat layan cinema...huhuhu

    BalasPadam
  11. mcm best. smlm ada tengok trailer kt TV.

    BalasPadam
  12. baru je tgk Inception smlm. cite mmg best tapi terlalu berat bagi aleng. frustrated jgk la..

    BalasPadam
  13. cemana kau post entri ni banyak2 kali kat gengblogger wehh...ajarlah aku.huhu

    BalasPadam
  14. Lama gila aku tak singgah sinikan? ingat aku lg tak? maafla agak bz ngan keje... Balik umah terus tido.... penat.......

    BalasPadam
  15. macam best je.ni yg nak tgk ni

    BalasPadam
  16. baca preview mcm best,
    nak pi tgk jugak wlupun hero dia den tak brapa kenan..

    hans pekabar?

    BalasPadam
  17. alamak ...lau cuti sem dh lama g tengok lor..huhu

    BalasPadam
  18. memang ada intention nak tgk cter ni. rajin hans update n buat review

    BalasPadam
  19. aiseh.. aku tak tengok2 lagi citer ni.. siot la.. asal bagi spoiler hehehe

    BalasPadam
  20. best sangat ke?
    tak leh cakap kat en.hubby ni!

    BalasPadam
  21. bst ker cite ne? ak xtau nk tgk ke x..hehe

    BalasPadam
  22. yang penting kesegaran tema dan keberkesanan skrip. yang lain tu sampingan =)

    BalasPadam
  23. adeii, tak sempat lg nk pi tengok
    tunggu gaji masuk la

    BalasPadam
  24. adoy..tadi tak tgk cita ni...
    tgk cita lain..
    emmm..lambat sngt time cita ni stat..
    best ke cita ni..huh!

    BalasPadam
  25. 5 min in the real world give u an hour in a dream..mim 28:41

    BalasPadam
  26. 5 min in the real world give u an hour in a dream..mim 28:41

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama