Review Film : Mantra Filem Seram Paling Terbaik Keluaran Metrowealth?



Filem : 
Mantra

Tarikh Tayangan : 
Bermula 15 Julai 2010

Genre : 
Seram

Bahasa : 
Melayu

Klasifikasi : 
Umum (U)

Pengarah :  
Azhari Zain

Pelakon : 
Zul Handy Black, Hasnul Rahmat, Ana Dahlia, Azim, 
Hamdan Ramli, Bob Lokman, Mon Ryanti dan Mas Muharni.

Sinopsis :

Filem ini mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Muzir(Zul) yang dianiaya oleh Hasbi(Hasnul Rahmat) yang mahu merampas isteri Muzir(Ana Dahlia) daripadanya serta mahu melengkapkan ilmu yang dituntutnya. Akibat hal itu, Muzir ditangkap oleh orang kampung sewaktu sedang leka mengorek kubur pada waktu malam dan dipenjarakan.

Sewaktu di dalam penjara, Muzir ditempatkan di sebuah bilik khas di mana bilik itu merupakan tempat pesalah - pesalah yang mempunyai ilmu hitam sahaja. Dinding bilik itu di lukis kalimah - kalimah Al - Quran. Di dalam penjara itu, Muzir dihasut oleh seorang lelaki tua untuk menerima ilmu syaitan yang terdapat pada lelaki tua terbabit(Tidak pasti sama ada lelaki tua itu memang wujud dalam penjara itu atau sekadar roh jahat yang tidak dapat keluar dari penjara itu kerana kalimah - kalimah Al - Quran yang menutupi setiap dinding luar penjara itu).

Mulanya Muzir enggan sehinggalah dia mendapat satu surat daripada Pak Long(Hamdan) yang bekerja sebagai warden penjara disitu. Surat itu menyatakan bahawa isterinya menuntut cerai darinya. Kerana kemarahan yang membuak - buak maka Muzir akhirnya bersetuju untuk menjadi pewaris kepada ilmu sihir orang tua itu. Walaubagaimanapun, ilmu hitam Muzir masih belum lengkap kerana terhalang oleh kalimah - kalimah dan ayat Al - Quran yang menjadi pedinding kepada bilik penjara itu.

Atas bantuan Pak Long nya yang terdesak meminta pertolongan Muzir untuk mengubati isterinya yang terkena sihir maka Muzir telah mengenakan 3 syarat dan bersedia untuk membalas dendam kepada Hasbi. Apakah 3 syarat itu? Apakah yang berlaku kepada Hasbi dan isterinya? Saksikanlah sendiri film Mantra di pawagam berhampiran anda.


Pandangan Penulis

Sebelum penulis menonton filem ini semalam, penulis terlebih dahulu disogok dengan kenyataan dan gosip yang agak menarik. Pengarah filem ini iaitu Azhari Zain menyatakan bahawa filem Mantra ini ialah sebuah kisah benar yang dialami sendiri oleh pekerja David Teo dan semua mantera yang diucapkan dalam filem ini memang wujud namun cuma diambil setengah sahaja.

Kemudian, film ini sekali lagi memberikan kejutan apabila pelakon utama filem ini iaitu Zul Handy Black didakwa berbogel dalam satu adegan dimana untuk keperluan jalan cerita filem ini. Memang ada pun babak itu dan hanya menunjukkan bahagian belakang sahaja.

Bagi penulis, filem Mantera ini tidaklah mengecewakan dan juga tidaklah memuaskan hati penulis. Jalan cerita filem ini sebenarnya sangat menarik. Lakonan Hasnul Rahmat bagi penulis mantap! Ada babak yang memang menarik. Kesan khas yang digunakan juga semakin bagus dan tidak digunakan terlalu melampau seperti beberapa filem seram David Teo yang lain.

Namun, bagi penulis masih ada lagi yang perlu diperbaiki. Ada babak yang terlalu pendek. Terlalu pendek disini ialah adegan itu sepatutnya dipanjangkan lagi bagi menguatkan jalan cerita. Babak wanita berkemban juga seperti sengaja diadakan kerana bagi penulis tidak perlu pun. Babak sewaktu Muzir menerima ilmu hitam juga kelihatan seperti anime Naruto.

Paling penulis pelik apabila ada babak mak mertua Muzir dan anak Muzir yang berjalan dan bermain di kampung sebelum bertemu Muzir. Kenapakah perlu berjalan atau bermain di hutan? Hantu - hantu filem Malaysia macam biasalah kan. Itu tak boleh nak kata apa lah. Ada juga short - short camera yang kelihatan senget dan mengganggu mata penulis sewaktu menonton!

Apa - apapun, filem ini bagi penulis ada kelainan berbanding filem - filem seram keluaran Metrowealth sebelum ini. Penulis suka skrip filem ini. Menonton bersama 4 orang kawan penulis dan penulis titipkan pandangan mereka secara ringkas tentang filem Mantra ini.


Penulis :
Tidaklah Mengecewakan Dan Tidak Juga Mengujakan! Sederhana Mungkin!

Member 1 :
Bagus! Tetapi Ada Scene Yang Bagus Dan Masih Ada Yang Tak Bagus!

Member 2 :
Filem Seram David Teo Yang Paling Best!

Member 3 :
Rubbish!

Member 4 :
Lucu!


Anda : ?
Tontonlah sendiri kerana masing - masing ada pandangan masing - masing!

Selamat menonton!

43 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. preview dia aku x minat pun...tp aku nak tgk jgk untuk menyokong industri filem tempatan...

    BalasPadam
  2. aku nk tgk ..tp bukan kat pawagam....

    BalasPadam
  3. aku nk tgk ..tp bukan kat pawagam....

    BalasPadam
  4. gigih ko tengok cite ni ye..

    BalasPadam
  5. seram ke nie???
    biasanyer movie melayu xseram pon..

    BalasPadam
  6. oh cerita seram malaysia.... selalu bikin aku ngantuk bila tengok. tunggu je la keluar dekat astro hehe.

    byk sebab kenapa filem seram malaysia susah nak laku. salah satu sebabnya imaginasi tu bukan datang dari anak melayu, so kalau ada hantu pun hantu yang pelik-pelik je.

    ini dah terjadi dekat filem2 seram indonesia yang sekarang ni aku tengok dah macam filem porno. diorang dah terikut-ikut style US setiap filem seram mesti ada perempuan cantik, sexy, badan mantap, dada mantap, ade adegan2 ranjang dll. So orang pun konfius, aku nak takut ke aku nak stim? hahaha (maaf kalau over).

    mujurlah malaysia punya masih lagi tidak begitu sangat. cuma aku harapkan kalo nak buat filem seram tu kaji bebetul la dari akar umbinya, jgn cedok je dari mane2 pihak yg dah pernah buat. kalo tak jadilah macam momok hahaha

    BalasPadam
  7. Nie macam tipikal cita seram jer... Aku nie tak minat sgt ngan cita seram sebab seram aku nak tgk...

    BalasPadam
  8. yeah filem ni cuma biasa2 saja

    BalasPadam
  9. Macam best jer movie ni.. hehe

    BalasPadam
  10. hans,
    memang pengulas best lah bro..

    hehehehe...

    BalasPadam
  11. sis da lamaaaa xlayan panggung...
    susah ler ank kecik2...cik abg pun xminat sgt..so byk layan DVD seram omputeh/siam je la :p

    BalasPadam
  12. terengganu takde wayang.
    aku download je la nnt. hehe~

    BalasPadam
  13. da lama x tgk filem seram. huhuhu..nape la cite melayu da stat bogel2 ni..

    BalasPadam
  14. suke sgt ngan comment member 3
    ahha

    BalasPadam
  15. laaa... vee ingatkan bukan filem melayu ni hans...

    BalasPadam
  16. entah kenapa aku kurang berminat dgn filem seram tempatan..tak sabar nak tengok citer "Inception" kat pawagam..cam best..ala-ala Matrix gitu..

    BalasPadam
  17. kalau panggung benarkan bantal atau selimut dibawa masuk, aku nak tonton jugak la.hehe

    BalasPadam
  18. MCM SERAM JER CITER NI KAN..
    MESTI TGK..
    TP SIS DH LAMA X JEJAK KAKI KE PANGGUNG..HUHU.. ;)

    BalasPadam
  19. aish, seram jek ak bc sinopsis tue.dh la aku ni anti-seram..sahlah aku xkn tgk ctr ni kt pangggung..bl dvd jelah jwbnya..xpun donlod..haha.=D

    btw, nice review...dh mcm wartawan nas ahmad ja hang ni..ngeh2..

    BalasPadam
  20. nmpknye ada mcm2 emosi dr feedback tu.
    mcm nak tgk juga lah!

    :)

    BalasPadam
  21. huhuhuh!

    review yg mantap! buat aku macam nak tengok. padahal ekonomi tak bape bagus skang nih, haiyaa!

    errr. aku mmg paling tak suka ada part berkemban dalam cerita. tolongglahhh!

    BalasPadam
  22. mcm menarik.... dah lama x tengok cite seram.

    BalasPadam
  23. mau ajak kekanda tgk ini filem
    mekaseh review dude!

    BalasPadam
  24. mana chatbox hang weyh..susah aku nak bersembang ngn hang.

    BalasPadam
  25. huh.....ak cm maleh nak tgok..
    ehehehehehee...
    ko da tgok???

    BalasPadam
  26. Bro.. Jom G Tengok Sama-sama.
    Adess Kesihatan x berapa baik ini..
    bilalah nak sehat...

    BalasPadam
  27. klu ada masa mgkn tgk kot.. xmengujakan sgt..

    BalasPadam
  28. aku kurang sikit nak tengok cter2 melayu ni. tunggu dia kata box office baru aku pergi tengok. hehe.

    BalasPadam
  29. baru plan nak ngok ahad nie... hope tiket dah habis...( coz aq mang x nak tengok tapi kene paksa tengok)

    BalasPadam
  30. cm mnarik jer ble ko mention anime naruto..(aku pminat naruto)..hehe..mgkin xtgk kat panggung kot..tgh tggu link nak dwld citer ne..hehe

    BalasPadam
  31. Walaupun agak lewat untuk mengatakan ini,tapi babak air meletup dan Muzir terbang keluar macam Superman tu mengarutlah.Lepas tu trailer macam ada watak bermain tembak menembak kuasa sakti antara satu sama lain macam Power Ranger pula.

    BalasPadam
  32. bagus... walaupun aku tak tengok movie ni at least dapat juga bayangan mengenai cerita ni melalui blog ini..

    BalasPadam
  33. inilh filem melayu yg agak menyeramkn klu nk compare dlm byk2 filem seram yg tlh diterbitkn di malaysia...

    BalasPadam
  34. inilh filem melayu yg agak menyeramkn klu nk compare dlm byk2 filem seram yg tlh diterbitkn di malaysia...

    BalasPadam
  35. Aku tulis comment ni tahun 2019 kot...sbb harini aku rasa nak tgk cerita seram... N aku teringat cerita ni...aku suka cerita seram mcm ni dari cerita seram pontianak2, budak university buat assignment kat kampung berhantu..n jalan cite yg biasa2 je macam kebiasaan cite melayu lain...ada pengajaran bagi aku kisah ni...skrg tahun 2019, masih ada lagi cerita seram malaysia yg bertaraf lebih "rubbish" dari film ni kan? Apa2 pon....aku suka cerita ni

    BalasPadam
  36. Aku tulis comment ni tahun 2019 kot...sbb harini aku rasa nak tgk cerita seram... N aku teringat cerita ni...aku suka cerita seram mcm ni dari cerita seram pontianak2, budak university buat assignment kat kampung berhantu..n jalan cite yg biasa2 je macam kebiasaan cite melayu lain...ada pengajaran bagi aku kisah ni...skrg tahun 2019, masih ada lagi cerita seram malaysia yg bertaraf lebih "rubbish" dari film ni kan? Apa2 pon....aku suka cerita ni

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama