Review Film : Ong Bak 3 Sangat Lucu! Hahaha!

Gua baru balik dari menonton film aksi Thailand berjudul Ong Bak 3 sebentar tadi di GSC Pavilion. Sebelum tu nak bagitahu pop corn GSC sini tak sedap sebab dah masuk angin. Ekekekeke! 




Filem Ong Bak versi pertama telah membuatkan seni mempertahankan diri Muay Thai tiba - tiba menjadi sebutan ramai manusia. Tanpa aksi atau kesan khas filem itu dianggap memberi satu kepuasan kepada para penonton kerana keaslian setiap babak - babak aksi di dalam filem itu. Filem ini akhirnya menjadi sungguh terkenal dan bualan ramai penggemar filem tidak mengira bangsa. Dari situ, filem Ong Bak sudah mempunyai pengikut dan peminatnya  yang tersendiri yang boleh dikatakan sangat ramai.

Tetapi, apabila pengarah mengarahkan Ong Bak 2 yang langsung tidak ada kena mengena dengan Ong Bak(pada pendapat akulah) dan secara tidak langsung telah mengetepikan Ong Bak 1 yang sebenarnya lebih asli ceritanya. Jadi, Ong Bak 3 ini adalah kesinambungan pada filem Ong Bak 2. Secara jujurnya aku tak pernah menonton Ong Bak 2 kerana aku lebih berminat pada keaslian Ong Bak tetapi tadi sebab terpaksa jugalah sebenarnya. Hahaha! Dah tak ada filem lain!

Jadi, apa yang boleh aku cakap filem Ong Bak 3 lakonan pelakon Tony Jaa yang memegang watak sebagai Tien amat melucukan. Aku ketawa menonton filem nih. Hahaha! Padahal filem aksi tapi jadi filem komedi. Ceritanya apabila si Tien nih ditangkap selepas membunuh raja apa entah. Jadi, kemudian dia diseksa sebelum dibunuh. Bila aku tengok cara dia kena belasah tu memang dasyat beb. Ini Rajnikanth pun kalah dowh! 

Kena pukul dengan besi ker batang buluh ker entah! Darah dah memancut - mancut dah nih tapi nak kata hero dia siap boleh lawan lagi owhhh! Tapi, selepas dah masuk berpuluh - puluh tentera tu dia kalah jugalah! Hohoho! Tapi, waktu dia nak dijatuhkan hukuman bunuh tu tiba - tiba muncul lelaki yang dipanggil sang gagak! Aku sebenarnya musykil sikit sebab ada dialog yang seperti merujuk Sang Gagak nih adalah semangat jahat si Tien nih. Entahlah! Masalah sebab aku tak tengok Ong Bak 2. Hahaha!

Apa - apapun, akhirnya filem ini berakhir dengan kejayaan apabila Tien berjaya menewaskan Sang Gagak yang jahat gila tu! Senang - senang korang download jer filem nih! Pastu tengok sendiri! Hahaha!

Kenapa aku kata filem nih lucu? Pertama waktu watak si Tien baru sembuh daripada balutan - balutan luka. Macam bila kita patah tangan ker kaki ker mesti ada berbalut kan? Hah! Kira macam tu lah keadaan Tien dibalut seluruh badan. Jadi, bila dah lama tak bergerak memanglah tangan dan kaki kau keras jer. Yang lawaknya tu ada perempuan yang jaga si Tien nih menyanyikan satu lagu untuk bagi semangat Tien nih supaya bergerak dan bangun berjalan dengan menyanyikan satu lagu. Lagu dia berbunyi,"Noi! Noi! Noi! Noi!" Serius sangat lucu babak tu sebab cara perempuan tu menyanyikan lagu tu macam tak kena jer. Hahaha.

Adegan lucu yang kedua waktu si Tien nih meningkatkan lagi ilmu Muay Thai dia dengan memasukkan elemen tarian tu. Waktu dia menumbuk tangan kanan dan kiri berselang seli ke langit diikuti gerakan punggung tu memang buat aku gelak gila punya sebab apabila elemen maskulin yang tiba - tiba kelihatan sedikit feminin memang nampak sedikit janggal.

Adegan lucu yang ke-3 waktu si Tien nih berjalan seperti berkawad tu. Serius pelik dowh! Seperti Mr Bean berjalan tetapi dengan gaya ganas. Kalau Mr Bean jalan memang dia nak buat lawak. Tapi, si Tien nih jalan dengan muka penuh dendam nih tapi nampak lucu! Adoi! Memang nampak aneh betul! Hehehe!

Adegan lucu ke empat ialah satu watak iaitu seorang lelaki yang kurang siuman yang cuba meniru aksi pertarungan si Tien dan terpijak kaki si askar Istana. Itu baru betul - betul lucu! Hohoho! Dan bila masuk lagu akhir sewaktu filem nih tamat juga memang jiwang habis. Hahaha! Kacau betul mood!

Aksi berlawan dia tak dinafikan memang hebat tetapi adegan - adegan tambahan yang buat filem nih hilang sengatnya. Plot dia juga agak kacau sedikit sebab banyak menggunakan teknik imbas kembali. Aku tak pasti watak siapa sebenarnya yang cuba pengarah nih tekankan sebab kelihatan banyak watak untuk si Sang Gagak dan Si Raja yang disumpah berbanding si Tien. Watak perempuan yang menjaga Tien juga kurang ditonjolkan kepentingannya.

Apa - apapun, filem Ong Bak 3 bagi aku tidak mampu untuk menyaingi kehebatan filem Ong Bak! Cuma yang pasti Tony Jaa memang hebat di dalam aksi pertarungan! Itu tak dinafikan! Hohoho! Kepada sesiapa yang rasa - rasa nak tengok tu download jer lah! Hohoho!


P/S : Terlupa Bawa Student Card! Kan Dah Kena Bayar Mahal! Sob Sob Sob!



Perhatian :

Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!
Sertai Sekarang Sebelum Terlewat!

39 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. huh! jeles ni! ko asek layan wyg jek!

    BalasPadam
  2. aku sokong komen anda 101%..memang lawak bila dia menumbuk ke atas..dan tiba2 muay thai jadi macam tai chi pulak...hahaha

    BalasPadam
  3. tu lah pasal asyik tengok wayang je kerja. apa pun ong bak 2 dan 1. gua rasa better lagi ong bak 2. cuma maybe jalan cerita dah lari. so jadi tak best pada no 3 bagi lu

    BalasPadam
  4. mmg tak dinafikan ong bak byk peminat..lagipun action dia mmg real.

    New Entry

    "Review Filem Tekken (2010) : Survival is No Game"

    BalasPadam
  5. tersedak la pkwe aku si mr.bean tu ekau mention name dia hehee

    BalasPadam
  6. mesti dlm cinema tu donga suara ekau golak yo kan?
    kikiki :D

    BalasPadam
  7. kau memang kaki muvie kan. sedekah sket muvie kau kat aku.



    aku sihat saja dong :)

    BalasPadam
  8. tah....ko ni asyik wayang je..pekata belanja aku len kali..haha..tapi aku curios,nape ko kata lawak?ni mmg betul2 nak buat kau tengok ni!
    Menarik!: Kembara seorang budak

    BalasPadam
  9. hans ko lupa ckp...citer ni terlalu pendek...lebih kurang 1jam 15minit...beli popcorn,x abis mkn citer dh abis..

    BalasPadam
  10. wahahahhahaha

    bukan filem nih sepatutnya thrill ke? wahahahaha

    BalasPadam
  11. xjadi nak download sbab citer tue xbest..hahahhahahaha...last2 jadi xbest la ong bak nie...bek xyah.....huhu...best lagi yg 1 pyer...

    BalasPadam
  12. tak pernah tengok ong bak ni...tapi tahu la dia pasal lawan2..hee~

    BalasPadam
  13. ko rase citer tu x best la makna nye ye?
    kalau gitu x payah le gi tgk..
    nak dinlod pun buang mase je..
    dah la tenet lembab..
    kalu rase nak tgk nantu aku
    beli kat lanun je lah..

    BalasPadam
  14. cite 1 dan 2 mg tak tgk. sooo yg ni pun aku takkan tgk :) hahaha

    BalasPadam
  15. ongbak y lawan2 tu..
    hehehe langsung ta tau la pasai thai punye kn.. if omputih punye tau hehe

    BalasPadam
  16. aku dah malas nak tengok ombak ni.. eh ong bak.. coz dah x best.. xde jalan cerita yg menarik... kalau lawan je xda sebab pun x best juga.. ong bak 1 tetap yg termantap.. simple je dah cukup..

    BalasPadam
  17. dah agak dah.ramai yang kata tak best..suka yg no.1 punya

    BalasPadam
  18. rajin tul tgk wayang ko ni hans...tak ajak aku pon..ajak je la..datang ke x tu citer lain huhu~

    ari tu rase cam nak tgk je ong bak 3 tp aku rase lebih baik gi tgk inception lg bagus kot..

    BalasPadam
  19. aku x tgk lagi tp ari tu tgk trailer je xde pun lawak ingatkan aksi sepenuhnya rupanya ade lawak jgk ker? hehehe nk download la nnt...

    BalasPadam
  20. ngeh3
    boleh plak jd lucu ye?
    :P
    ko ni wayang je keje.
    hish!

    BalasPadam
  21. salam

    buat yg tak tengok, aku syorkan korang tengok. medium by ape2 care2 tak kisah, donwload, pirate or ape2 je la.

    yes mmg ade scene yang kelakar tapi kita kene paham dari sudut culture mereka kenapa?

    by the way pengarahan ong bak 2 and 3 adalah dari tony jaa sendiri.

    ok bab seni mempertahankan diri yang dikatakan kelakar itu, cuba perhati betul2, ianya menyerupai apa? ianya adalah seni tarian masyarakat yang menganut agama Buddha. kita yg tak menganut yes takkan faham.

    tp pada aku yang pernah tengok tarian india yang lebih kurang sama since mereka pun ada unsur2 hanuman dan rama, ianya adalah sesuatu yang unik.

    macam silat, kita ada bunga tari, nampak lembut tapi berbahaya.

    so samalah macam dalam filem yg ketiga ni, dia nak menunjukkan bahawa dengan kelembutan pun ianya adalah sesuatu yang boleh membawa perubahan tanpa menjadi perosak.

    sbb tu kene tengok yg kedua, kalo tak mmg tak faham kenapa dia tibe2 belajar seni tari. dalam filem yg ke 2, mendiang ayahnya menghantar Tien menuntut ilmu tarian klasik supaya one day Tien boleh bawa perubahan dalam situasi peperangan dan permusuhan dek kerana nafsukan kuasa dan harta. Kiranya nak mengajar ke jalan kebenaran melalui cara yang lebih baik iaitu bukan secara kekerasan.

    Tapi malangnya dalam filem ke 2, Tien lebih banyak terikutkan kata hati dan dendam kesumat yang akhirnya menyebabkan ayah angkatnya (yg juga pembunuh ayah sebenarnya) mati di tgnnya sendiri.

    Gagak hitam bukanlah semangat jahat tapi lebih kepada assassin yang diupah raja jahat tu. tp akhirnya gagak hitam pun belot sebab tamkkan kuasa dan harta.

    secara peribadi, filem ni agak heavy untuk difahami dan bukanlah untuk tontonan suka2 je. tapi kalo yg minat nak blajar culture Thailand sila la tengok.

    utk yg berminat aku ada buat review pasal filem yang ketiga ni
    http://shukjessa.blogspot.com/2010/07/review-ongbak-3.html

    BalasPadam
  22. tak best? alamak, tak jadi pegi tengok. hehe

    BalasPadam
  23. sy tgk ong bak 1 jer
    kwn2 kata x brapa best ong bak 3
    haha..popcorn msk angin
    sy selalu trkena

    BalasPadam
  24. Terbang terbang lawan atas gajah..

    BalasPadam
  25. dh dewasa.. xyah bw card student la..
    bayar penuh je..

    BalasPadam
  26. dh dewasa.. xyah bw card student la..
    bayar penuh je..

    BalasPadam
  27. hehe... baca dari kau punya pemahamahan... aku rasa serius lucu...heheh

    BalasPadam
  28. haha ta lyn citer ong bak (nk eja tjok pn ta reti.) hahaha

    tp..

    da kau kata lucu.
    aku tgh download citer ni.
    nk tgk kelucuan yg cube kau smpaikan.

    huhuu

    BalasPadam
  29. kalau mind set aku ni filem lawan2.
    lawak camne pun aku tak gelak.
    hehe.
    =)

    BalasPadam
  30. tlg downloadkan tok ak!

    BalasPadam
  31. emmppp... mang x berapa minat ngan cerita nei... so mang x nak tengok......hehehheh

    BalasPadam
  32. X pernah tgk lg citer Ong bak ni..
    cam byk jer kalakar nyer..
    Klu senang nnt nk downloadlah..nk tgk kelakarnya camne.. :)

    BalasPadam
  33. aku baca explainantion dr shukjessa kat atas tu..bagi aku la, tp klu tgk pun rasa cam lawak, tak syiok la kan tgk cite aksi camni..

    Tarikh Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia (UTM 2010) ke-45

    BalasPadam
  34. Hahahaha..
    Lepas nie ada lak ongbak 4 lak kan?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama