Review Film : The Sorcerer's Apprentice Cool Giler!


Filem : 
The Sorcerer's Apprentice

Genre : 
Aksi, Sains Fiksyen, Pengembaraan & Komedi

Durasi : 
1 Jam 51 Minit

Pelakon : 
Nicholas Cage, Jay Baruchel, Alfred Molina, Teresa Palmer, 
Toby Kebbell, Monica Belluci, Gregory Woo, Ethan Peck.

Pengarah : 
Jon Turteltaub

Klasifikasi ::
Umum

Sinopsis ::

Filem ini bermula dengan kisah ribuan tahun yang lampau di mana ia mengisahkan tentang Merlin yang mempunyai 3 orang apprentice yang dipercayai iaitu Balthazar(Nicholas Cage), Veronica(Monica Belluci) dan Holvart(Alfred Molina) namun sepatutnya dia hanya perlu percaya kepada 2 orang sahaja iaitu Balthazar dan Veronica kerana Holvart telah berpaling tadah akibat kekecewaannya kerana cintanya terhadap Veronica tidak berbalas. Veronica cintakan Balthazar dan bukannya Holvart. Holvart telah bekerjasama dengan ratu sihir yang jahat bernama Morgana.

Merlin tertipu dengan helah Morgana lalu diserang oleh anak didiknya sendiri yang telah mengkhianatinya iaitu Holvart. Veronica pula yang cuba menyelamatkan Balthazar terpaksa menyimpan roh jahat si Morgana tetapi malangnya roh itu menguasai badannya lalu mereka berdua termasuk Holvart juga dikurung di dalam satu bekas yang berlapis. Apabila Merlin hampir di ambang ajal, dia telah mewasiatkan kepada Balthazar untuk mencari Prime Merlinian di mana Prime Merlinian ini sahajalah yang mampu untuk menewaskan si Morgana.

Jadi, si Balthazar nih pun pergilah mencari bakal Prime Merlinian nih ke seluruh pelusuk dunia dari Mesir, China, India dan merata lagilah. Malaysia tidak ada di dalam destinasinya. Hahaha! Nak dijadikan cerita apabila tiba waktu Millenium nih terdapatlah seorang budak lelaki bernama Dave Stutler(Jay Baruchel) nih mengikuti satu rombongan sekolah. Dia meminati seorang budak perempuan bernama Becky(Teresa Palmer) dan kemudian menulis sebuah nota di atas kertas memo pad lalu diserahkan kepada budak perempuan itu. Dia menulis,"Sudikah awak menjadi teman wanita saya?" Budak perempuan itu membalas dan meletakkan nota itu di tempat duduknya tapi nota terbang di bawa angin.

Di dalam pencariannya mengejar nota itu, Dave Stutler termasuk di dalam satu kedai lama yang memuatkan beratus - ratus barang antik dan disitulah dia terjumpa Balthazar. Disitulah Balthazar tahu bahawa Dave Stutler ini adalah Prime Merlinian yang dia cari apabila cincin naga Merlin melingkar di jari budak lelaki ini. Kerana Dave Stutler ini adalah seorang budak yang sedikit cemerkap maka dia telah terjatuhkan satu bekas yang bernama Grimhold dimana bekas ini digunakan untuk mengurung ahli - ahli sihir jahat. Selepas itu keluar ribuan lipas(sumpah aku geli) dan terbentuklah sebuah jasad manusia yang bernama Holvart, si pengkhianat.

Balthazar terpaksa mengurungkan Holvart serta dirinya sendiri di dalam sebuah bekas selama sepuluh tahun. Akhirnya, selepas 10 tahun si Holvart bebas daripada bekas itu termasuk juga si Balthazar. Holvart kini dalam usaha mencari Dave Stutler untuk mendapatkan cincin Merlin berbentuk naga bagi membebaskan Morgana dan dalam waktu yang sama cuba membunuh Dave Stutler. Bagaimanakah nasib Dave Stutler? Apakah Morgana dapat dibebaskan? Adakah si Balthazar mampu menghalang niat jahat Holvart dan menunaikan janjinya kepada Merlin?

Saksikan sendiri filem hebat ini di pawagam - pawagam berhampiran anda untuk menikmati kepuasan visual yang mengagumkan!


Komen Penulis

Penulis sangat suka filem sebegini kerana terdapat unsur - unsur magis yang mampu mengkhayalkan penulis. Jalan ceritanya mudah! Tidak berbelit - belit kerana semuanya straight to the point. Susunan plot filem ini memang tersusun kemas! Lakonan pelakon terutamanya lakonan Nicholas Cage dan Jay Baruchel memang mengagumkan! Kesan khas yang boleh dikatakan berjaya dan hidup! Filem ini lengkap dengan elemen komedi, cinta, sedih, dendam dan yang pasti ia adalah satu filem yang amat menghiburkan.

Dari awal hingga akhir filem ini sentiasa membuatkan penulis celik mata dan mengikut setiap adegan dengan penuh khusyuk. Yang pasti jenaka pelakon - pelakon di dalam filem ini memang hidup. Penulis tidak mahu komen banyak kerana bagi penulis filem ini memang menghiburkan dan menarik. Tahniah pada semua yang terlibat dalam menjayakan filem ini. 

5 bintang untuk filem ini!


P/S : Kalau Ada 3D Nak Tonton Lagi Sekali Filem Ini! Mesti Bertambah - Tambah Teruja Jika Dapat Menonton 3D. Menonton Secara Biasa Pun Sudah Teruja! Lagu Blog Pun Dah Siap Tukar Dah! Layan Lagu Secret By One Republic!  Hohoho!


Perhatian :

Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!
Sertai Sekarang Sebelum Terlewat!

42 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Hans,
    Ko dh tgk! Cptnyeeee!!!
    Ni yg wat aku jeles nihhh!!!

    BalasPadam
  2. aq pun dah tengok!!! perghhh~ leh aq bagi 10 stars x? heheh

    best gile2.... layannn~~~

    BalasPadam
  3. macam best la brader..
    nie yg nak g tengok nie..

    BalasPadam
  4. dah download...tapi gambar xlawa plak...

    BalasPadam
  5. best bangat kot!
    seyes! :-)

    BalasPadam
  6. hehe re-phrase my earlier comment - nice review sebab aku tak berapa suka baca review yang meleret-leret & cuba jadik pengkritik (itu tak best, ini tegantung etc) - kalau sedap tengok means sedap la kan?

    p/s: FB profile? hehehehhee

    BalasPadam
  7. nice...ni rase nak g tgok ni..nsb baek dah nak balik penang..kt kltn xde wayang..hehe

    BalasPadam
  8. kwn aku ckp dia kata tak best watak dave stutler tu..tp yg lain2 tu ok la

    BalasPadam
  9. hak3!

    yup!!!

    citer ni best giler....
    aku nak pergi menonton buat kali kedua hans!!!!

    BalasPadam
  10. tak tengok lagik..cam bes je..kena tengok nieh

    BalasPadam
  11. hmmm...
    ceta apa pun..semua tak sempat nak g tenguk..tggu keluar kt astro je lah.

    BalasPadam
  12. eh! cte ni mcm merlin jgk ker??? nnt aku nk try la tgk aku mmg ske cte magic2 ni... hehe

    BalasPadam
  13. lama tak tgk wayang..apa kata ko belanja aku tgk cite ni..hehe

    BalasPadam
  14. Bintang 5 tu.. Kaizen 10??? Hohoho.. Best sangat gamaknye ye cite ni.. Huhu..

    BalasPadam
  15. Lagu pon terus tukar okey.. Hak hak.. Tapi lagu One Republic ni mmg best.. :)

    BalasPadam
  16. hans~.

    aku tak suka cerita mcm ni.
    xkena ngan jiwa.
    hehe.

    BalasPadam
  17. aku dah tgk sblum ko review..best gak..focus gile babeng..mata air aku kat sblah kacau pun aku tak hirau kan..tebaik...


    sbb aku minat nicolas cage

    BalasPadam
  18. mcm menarik je preview n thriller die..blh usha tgk hari nie...

    BalasPadam
  19. Rajin ko tgk movie bro..
    bila mau blanja nie..


    New Entry Prof-Hariz
    Gangguan Seksual Lelaki

    BalasPadam
  20. nak tengok!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    BalasPadam
  21. macam bestt...!!!

    ekau mmg tau..suke wat den xsabo nak g tgk...!!

    huhuhu... :)

    BalasPadam
  22. nk tengok jugak!!!=D.cm best...tp aku x free.hhuh

    BalasPadam
  23. owh kalau 5 bintang mesti best ni....

    BalasPadam
  24. betul best..hari tu download sebab peluang keluar ke bandar sgt susah.. wpun cam aje..

    sangat best.. teringat plak mickey mouse yg gna magic ganti dia cuci lantai..

    kalau ada 3D, pergh,terbaik laaa

    BalasPadam
  25. cambest :D
    nk ajak kekanda tgk lah!
    ada mcm tgk avatar x?

    BalasPadam
  26. nice review..memang tak dinafikan kalau nicolas cage ni berlakon best

    "Review Filem Tekken (2010) : Survival is No Game"

    BalasPadam
  27. Baru jer lepas tgk ptg tadi... Cool jugaklah cita tu... Dari 5 bintang aku bagi 3.5 bintang... haha...

    BalasPadam
  28. cite magik fevbret aku. wajib tengok nih!!

    tapi..

    kenapa lipas!!!!

    eeeeiiiiiii

    BalasPadam
  29. review ke cerita separuh movie? hehe
    memang best walaupun hero macam gagap2 je.haha

    BalasPadam
  30. vee dah tgk last night.
    cerita ni lain sikit sebab sihir + fizik and science... =)
    And ada komedi ringan... =)
    Veronica cantik sangat!
    ^^

    BalasPadam
  31. aku keje kat GSC tapi tak sempat2 lg nak tengok. T_____T
    nk tgk jugakkk

    BalasPadam
  32. aku bagi 5 bintang setengah...best giler kan?comel giler cter tu..
    hahah
    dh tgk inception?
    lagi best..:))

    BalasPadam
  33. suka part dia generate music with the girl+ latar music pulak dr 1 republic :)

    BalasPadam
  34. hahaha slamat ak dh tgk
    xlarh spoil sgt bce nih xD
    mmg best~~
    dlm filem2 cmtuh lawak der pun msih byk xD

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama