Selasa, 13 Julai 2010

Temuramah Istimewa Bersama Paul Selepas Kemenangan Sepanyol Pada Piala Dunia 2010

Perlawanan penuh dramatik antara Sepanyol dan Belanda yang berlangsung pada awal pagi semalam telah pun berakhir dengan Sepanyol menjadi pasukan terbaru yang menjuarai piala dunia buat kali pertama dengan jaringan emas daripada Iniesta. Selepas keputusan dicapai maka riuh rendahlah suasana di restoran - restoran mamak atau kawasan lapang yang menayangkan siaran langsung perlawanan tersebut dengan bunyi hon kereta serta tiupan vuvuzela umpama pasukan Malaysia yang memenangi piala dunia kali ini.

Jadi, sekali lagi anda bersama saya Hans dalam rancangan Cakap Banyak Macam - Macam Ada! Seperti yang anda semua sedia maklum saya telah berjanji kepada anda semua bahawa saya akan menemuramah Paul si sotong sekali lagi selepas perlawanan akhir Piala Dunia 2010 di Afrika. Alhamdulillah, saya mendapat kerjasama yang baik daripada keluarga angkat Paul serta si empunya badan iaitu Paul sendiri. Jadi, mari mengikuti temuramah saya bersama Paul sebentar tadi.


 Nama I'ols Paul Yer U'ols Sekalian! 
I Adalah Seekor Sotong Yang Sotong Tauuu!


Aku : Hello Paul! Awak apa khabar? Sihat? Nampak berseri jer muka awak hari nih? Senang hati ker?

Paul : Eh ehhh! You datang lagi jumpa I! Terharunya I! Nih I cayang You lebih nih! Muahh!

Aku : Eh, awak tahu tak pasukan Sepanyol menang world cup pagi tadi?

Paul : Tahu! Takkanlah I tak tahu! Mestilah I tahu! You nih! Tanya soalan entah apa - apalah!

Aku : Eh, macam mana awak boleh tahu? Bukan awak selalu tidur awal ker hari - hari?

Paul : Semalam I tak dapat tidur You! Risau I tawwww! Tiba - tiba keluarga angkat I ramai - ramai tengok tv depan bilik I nih. I pun tumpanglah sekaki join diorang tengok! Nasib ramalan I betul Youuu! Kalau tidak mesti orang dah tak percaya dekat I kannnn?

Aku : Eh? Sebelum nih awak tak pernah kisah pun pasal orang percaya ker tak dekat awak! Kenapa kali nih awak kisah plak? Peliklah!

Paul : Alah you nihhhh! You kan tahu I ada pesaing baru sebelum nih! Apa nama burung bodoh tu? Mani? Mania? Ahhh! Malas I nak amik tahu pasal dia! Menci tawww! Padan muka dia! Buat malu diri sendiri jer! Hahahaha! Puas hati I!

Aku : Kenapa awak benci sangat si burung bernama Mani tu? Dia tak buat salah pun dekat awak.

Paul : Mana I tak benci dekat dia! You cuba fikir! Dia saja nak gugat populariti I! I dari awal bersusah payah ramal pasukan mana menang tapi dia? Baru ramal 1 perlawanan dah boleh jadi femes macam I! Geram tawww! Rasa cam nak cili - cili jer dia tu! Rasa macam nak cubit - cubit jer dia! Menci! Menci!

Aku : Eh, sabar Paul! Bawa bertenang! Janganlah emo! Tekaan awak masih lagi tepat! Sepanyol dah menang 1-0 dengan Belanda kut!

Paul : Itulah pasal! Baru mereka tahu siapa I! I ialah Paul si sotong tau! Jangan main - main dengan I!

Aku : Boleh saya tanya awak satu benda?

Paul : You nak tanya I apa wahai si kacak pujaan hatiku? I sedia menjawab apa - apa sahaja soalan dari You! Demi You lautan luas sanggup I renangi!

Aku : Awak rasa Piala Dunia 2014 dekat Brazil nanti Malaysia dapat masuk tak?

Paul : You sediakan lah 2 bekas makanan! Satu kotak tu You letak tanda right dan satu kotak lagi You letak tanda pangkah! Lepas tu You tengoklah I pergi dekat kotak mana!

Aku : Owh! Baiklah! Terima kasih atas kerjasama yang awak berikan sepanjang saya menemuramah awak. Harap kita dapat berjumpa lagi di masa akan datang yer. Bye Paul! Jaga diri!

Paul : Eh, Youuuuu! Nak kemana tu? I belum habis borak lagi dengan You lah! Eh, nak pergi mana tu? Nanti! Nanti! Jangan tinggalkan I si kacak! Nantiiiiiiiiiiiiiiiiiii..........!


Begitulah tadi temuramah khas saya bersama Paul si sotong dibawakan khas untuk anda semua pembaca setia H.P.B Blog. Diharap segala persoalan anda semua sebelum ini terjawab akhirnya. Moga kita berjumpa lagi pada episod akan datang bersama saya Hans dalam dalam rancangan Cakap Banyak Macam - Macam Ada! Bye!


P/S : Tamat Sudah!

19 ulasan:

  1. si kacak? dua kali paul panggil mcm tu. cis. cis. hahaha

    BalasPadam
  2. hahahahahahahah...tak boleh blah!!! nampaknya Paul dah lebih feymes drpd kau ni bro..cmne ni!!hahaha
    Latest post:Bahan Mentah 2

    Btw,,ko mmg kretif~!

    BalasPadam
  3. tak boleh blah conversation tue..
    mcm la si paul sotong tue pondan..
    lagi2 ko ckp si kacak as aku..ahahahhahahahahaha

    BalasPadam
  4. mentang mentang team dia menang haahhaha

    BalasPadam
  5. hahaha paul the sotong yg sotong :))

    BalasPadam
  6. kalau dua-dua bahagian letak bekas makanan agak2 paul nak pi mana? HAHAHAHA

    BalasPadam
  7. salam ziarah...biler dia nak ramal malaysia masuk world cup?? masuk je lum tentu menang lg

    BalasPadam
  8. erk!
    paul ni nyah ke u olss??
    agaga =p

    BalasPadam
  9. asal kau tak tangkap sotong tu! kill paul the octopus! hahaha.

    BalasPadam
  10. paul pandai cakap melayu ye.
    ber I I U U lagi

    BalasPadam
  11. weh. blog ko xde shoutbox ker? penat aku cri.. mesti kene telan ngn paul sotong..ahha

    BalasPadam
  12. sotong tetap sotong..
    jgn pesongkn akidah..

    BalasPadam
  13. tunggu kucing bertanduk dulu lah nak tunggu malaysia masuk world cup...kecualilah keajaiban berlaku...hahah

    BalasPadam
  14. han nanti ko tolong tanya kan poul tu dah kawen ke belum??? PEACE...

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com