Tengok Topi Terbang Pun Dah Terkejut! Macam Mana Nak Tengok Paranormal 2 Yang 3D Punya?

Apa yang gua perasan minggu nih gua asyik keluar jer. Dari Jumaat minggu lepas hinggalah malam tadi mesti keluar. Tak pergi tengok wayang mesti pergi makan atau beli barang. Fuh! Waktu nih tiba - tiba terfikir kalau duit banyak mesti rasa seronok gila. Hahaha!

Tadi, gua keluar dengan 3 member kelas gua(E.Cullen, Baim Wong dengan Daydek) pergi The Curve. Mula - mula pergi makan meatball dulu dekat IKEA tu. Hari nih selera gua memang selera jin. Selalunya lepas makan 10 biji meatball tu memang dah kenyang dah. Tapi hari ini entah kenapa gua telan muffin blueberry pastu gua telan lagi Chicken Wings two pieces. Serius memang lenyap semua makanan tu sebab bersemadi dalam perut gua. Selepas tu teman diorang pergi beli barang dekat IKEA kejap.


Meatball IKEA
(gambar dirembat dari google)


Kami memang dah rancang nak pergi tengok wayang pun hari nih. Cadangnya nak tengok film Inception tapi sebab gua jenis tak reti nak tahan sabar sikit maka cadangan tu terbatal. Hahaha! Sebab semalam kan gua dah pergi tengok film Inception tu. Tak rugi pun tengok sebab memang best gila tapi kesian juga dekat diorang bertiga nih.

Gua nih jenis tak kisah. Gua suruhlah diorang bertiga tengok filem tu dan gua nak tengok filem Despicable Me ker apa yang kartun tak ada leher tu sorang - sorang. Lepas tu si Ezzy dengan Erna nak join tengok tapi si Daydek pula dah tengok filem tu. Haih! Masalah juga nih!

Street Dance 3D


Akhirnya, masing - masing membuat kata sepakat! Tengok filem Street Dance tapi tengok versi 3D punya! Gua mengaku gua sangat suka mencuba benda baru atau benda pelik kecuali dadah! Hahaha! Jadi, gua tiada masalah walaupun tiket untuk 3D mahal! Mereka yang lain pun tak ada masalah!

Inilah pertama kali gua tengok wayang 3D. Jadi, tanpa malunya gua mengaku sangat teruja mengambil gambar bersama 3 orang rakan gua tu di dalam panggung sebelum filem bermula. Tak kisahlah apa orang lain nak cakap janji gambar gua sentiasa kacak!

Hanya seorang jer dari kami pernah menonton berkali - kali 3D dan yang lain - lain pula belum pernah lagi. Kami semua berkaca mata dan faham - fahamlah bila menonton filem 3D. Agak susah juga buat permulaan nak sesuaikan diri dengan cermin mata 3D nih. Berair - air mata gua nih seperti mula - mula memakai cermin mata dulu. Tapi lepas tu gua dah rasa selesa baliklah.


 Macam Nih Cermin Mata 3D Tadi Tu


Apa yang nak dikata tentang cermin mata 3D? Rasa seronok! Gua rasa seperti si pelakon tu ada depan gua. Hahaha! Yang tak tahan tu bila ada scene penari baling topi dan baling makanan! Walaweh! Rasa macam diorang balik dekat gua jer! Hahaha! Itupun gua sedikit terkejut dan gua tak dapat bayang bagaimana jika gua menonton filem Paranormal 2 yang 3D punya. Sah - sah lah gua taknak tengok yang 3D. Buat hantu tu tiba - tiba muncul depan gua tak pasal - pasal gua yang tak ada heart attack nih terus mati terkejut

Seronoknya memakai cermin mata 3D nih tiba pada waktu scene pelakon bermesra - mesraan atas katil. Serius! Gua rasa seperti mereka sedang melakukan benda tak senonoh tu depan gua tanpa mereka sedar. Hahaha! Itulah scene yang paling menarik sewaktu gua memakai cermin mata 3D tadi. Kehkehkehkeh!

Gua sedikit penat sebenarnya jadi review film Street Dance tu kalau rajin gua akan cuba buat esok. Kalau rajin lah! Kalau tak rajin memang gua tak buat! Selamat berehat kepada diri sendiri!

P/S : Esok Kena Layan Film Lu Fikir Sendiri Pula! Bapak Bosan Dowh!
Matilah Aku Kalau Tak Leh Tidur Awal Hari Nih!



Perhatian :

Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!
Sertai Sekarang Sebelum Terlewat!

24 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. 3D best cite action la
    sbb mase tgk katun x rase sgt
    cam lebih kurang je
    nnt sme cte action nak tgk 3D lah
    fuh mst feel

    BalasPadam
  2. waduhh..kecur liur ak tengok meat ball tue...
    huhuhu..
    looked delicious....:)
    cm best jerk citer streetdance 3dtue....ehehe

    jom bace entri terbaru nas:
    gunalah tandas dengan betul

    BalasPadam
  3. uish, jalan sakan naaaaa
    hang nih
    ^_^

    sedapnyer meatball tuuuuuu

    BalasPadam
  4. Sekali jer pernah tgk 3D.. Iatupun cita kartun... Lepas tu tak tgk lagi... Banyak mahal woooo...

    BalasPadam
  5. best ak 3d?nampak macam betul2 ke?dpeak tu dapat ke pinjam?

    BalasPadam
  6. filem 3c kena tgk guna spek ker??? nmpk mcm mne? mcm 3D jgk ke org btol???

    BalasPadam
  7. ku pun belum pernah lagi tgk movie 3D.wakakakaaa

    BalasPadam
  8. aritu nk tgk toys story 3D tp tiket abis so tak p lagi la..kalau kita pakai spek, camna nk pakai spek 3D tu?

    BalasPadam
  9. da tgk 3D 4 kali kot, avatar, alice in wonderland, shrek forever after, toy story 3. sume best!

    BalasPadam
  10. "Seronoknya memakai cermin mata 3D nih tiba pada waktu scene pelakon bermesra - mesraan atas katil. Serius! Gua rasa seperti mereka sedang melakukan benda tak senonoh tu depan gua tanpa mereka sedar."

    ah, kalau mereka tau, lepas ni DVD2 blue spt ariel peterporn mesti dalam bentuk 3d. wahahahaha

    BalasPadam
  11. sedapnye meatball tu:)
    hari ni aku nak gi makan kat ikea..

    BalasPadam
  12. dasyat hg ni dok prabeh duit...

    beringat sama weyh...

    huhu..

    nasihat dari kawan yg tengah berjimat hihi

    BalasPadam
  13. street dance best ek?? nak tengok la..3D harus la kan !!

    BalasPadam
  14. iksh...rmai ckp meatball kt ikea best..rasa nk g la!
    tgk movie 3D best woooo

    BalasPadam
  15. patut la g tengok 3D..
    3orang.. la..

    BalasPadam
  16. Entry ni buat aku teringin nak layan wayang 3D lah. Hehehe...

    Eh, tp kalau org rabun mcm aku mcm mana ekk nak pakai spek 3D tu? Hurm...

    BalasPadam
  17. first time tgk 3D masa ada satu show dekat genting time kecik2 dulu. pastu ada gak tgk 3D movie masa pegi Disney World kat Florida.

    First 3D movie tgk kat wayang kat malaysia ni Avatar, pastu Toy Story 3.

    tak sure lg pasni nak tgk movie apa pulak in 3D. apa lagi yang best ya?

    BalasPadam
  18. hish.!
    entry ni buat aku nk tgk wyg 3D nye la..hahaha

    tp..best ke street dance 3.?

    BalasPadam
  19. hish.!
    entry ni buat aku nk tgk wyg 3D nye la..hahaha

    tp..best ke street dance 3.?

    BalasPadam
  20. weh, terliur meatball..
    mahal gila rm1 seketul

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama