Ahad, 8 Ogos 2010

Apa Yang Best Di Ambang Malam Sebelum Berpuasa?

Setiap kali malam sebelum umat Islam mula berpuasa seperti dah menjadi tradisi aku sekeluarga akan setia menanti di depan televisyen bermula pukul 8 malam. Selalunya pada waktu - waktu begini memang Buletin Utama yang ditunggu - tunggu disamping Karam Sign Walia sebagai penarik utama dengan madah pantunnya yang unik tapi berseni tu. Namun tidak pada malam seperti ini.


Kami semua menantikan ucapan daripada penyimpan mohor besar raja - raja untuk umumkan bila umat Islam satu Malaysia akan mula berpuasa. Aku sekeluarga selalunya dapat mengagak bila hari mulanya berpuasa sebab selalunya memang ikut kalendar. Jadi, yang menjadi perhatian kami sekarang ialah warna baju melayu yang dipakai penyimpan mohor besar raja - raja tu.

Aku : Tahun nih rasa - rasa dia pakai baju kaler apa?

Mak : Dia pakai baju tahun lepas lah tu kut!

Akak : Warna hijau!

Abang : Merah!

Abah : Biru!

Aku : Kuning!

Penyimpan M.B.R : Dengan ini saya mengisthiharkan tarikh..........

Mak : Nih macam baju tahun lepas ja nih?

Aku : Mana ada mak! Nih baju baru nih! Tengok kain dia tu! Corak baru tu!

Abang : Hahahaha! Dah kata dah warna merah!

Semua : Hahahahaha!


Kemudian, dah habis tengok pengumuman tu maka beralih lah pulak kepada drama - drama dekat televisyen. Lepas tu dalam pukul 10 malam ke 11 malam macam tu memang ada siaran ulangan pengumuman tu.

Aku : Hah! Lusa puasa! Lusa! Lusa!

Akak : ......?

Abang : Esok! Esok!

Mak : Hangpa nih buang tebiat ka apa! Kan tadi dah tengok!

Aku : Sajalah feeling - feeling baru nak tengok!

Mak : Dah - dah! Tukaq channel lekaih!

Aku : Yer lah!

Abang & Kakak : Hahahahaha!


Seronok betul kenangan - kenangan dulu! Macam mana dengan tahun nih? Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaa! Sambut dekat Shah Alam! Dah lah tv rosak! Macam mana nak tengok baju raya baru penyimpan mohor tu?? Uwaaaaaaaaaaaa!


P/S : 
Sedihnya Hati Nih Tengok Bakal Manusia 
Yang Berpeluang Berbuka Puasa Hari Pertama Dengan Keluarga!

21 ulasan:

  1. yang kelakarnya, dalam cerita senario the movie, pemyimpan mohor besar raja-raja siap ada teropong lg.. ngeh3..

    selamat menjalani ibadah puasa,


    Dapatkan Kad Interaktif Ramadan Percuma ke dalam Blog anda

    BalasPadam
  2. haha..
    aku dlu slalu gak tggu dpn tb..
    tgk mcm2 wajah yg brubah2..
    termasuk baju yg die pkai..
    ko wat entry ni, terkenang plak zaman kecik2 dlu..
    ohh..
    ko bermaen dgn prasaanku~~

    BalasPadam
  3. gua suka copy apa dia cakap. sama je hahaha

    BalasPadam
  4. suka ngan n3 nie..teringat time berhimpun dpn tv tggu pgumuman puasa..

    BalasPadam
  5. wa pon pose tanpa kuarga~
    huhu tp harus pastikan raya bsame kuarga~


    >_<

    BalasPadam
  6. ayat untuk pengumuman puasa dan raya setiap tahun sama ja...kalau ubah pun part tarikh...sama2lah kita bersedih...saya pun tak da tv gak kat sini...

    BalasPadam
  7. pernah dok borak2 pasal puasa ngan raya, masa tu ada pengumuman tarikh puasa...leh lak bantai borak sampai xperasan dia sebut bila puasa...lepas tu sebuk tnya org lain...huhu

    BalasPadam
  8. tengok baju raya ! haha apa ni hans :P

    BalasPadam
  9. hehehe~

    ku suka puasa punya pengumuman~

    raya tak sangat~

    BalasPadam
  10. teringat time dulu2.. kecik2 beraya bersama keluarga.. hehe

    BalasPadam
  11. dari aku kecik sampai besaq...
    muka atuk ni ja aku dok tgk.

    dia sorang je ek penyimpan mohor raja??. masa belajar kenegaraan dulu aku tidoq. tu tak tau tu. haha.

    BalasPadam
  12. johor first puasa cuti..huhu..

    BalasPadam
  13. memang popular pakcik tu sape yg tak kenal.. tahun ni sama ler kita puasa kat tgh laut lagi...sob sob sedey..

    BalasPadam
  14. yg nie da mmg rutin ttiap tahun kot . hehe . setat ana msok asrama je tak bule tgok da .. tahun nie pn tak ley tgok jgk . hihi . anyway , slmt mnjalani ibadah puasa :)

    BalasPadam
  15. bro..byk sgt komen..smpai xtau nk komen ape kat sni..haha..

    BalasPadam
  16. main teka teka color baju ya.. haha

    dah lama tak bersahur n berbuka posa dgn family t 1 ramadhan..warghhhh!

    BalasPadam
  17. aku pun sama hans!

    batak giler weyh!!!!

    hahahahahaha

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com