Isnin, 23 Ogos 2010

Asal Lah Serangga Sayang Sangat Dekat Aku? Tahulah Muka Aku Kacak + Comel Pun!! Sigh!!

Hahahaha! Tajuk tak boleh blah kan? 2-3 hari kebelakangan nih aku memang sibuk gila! Sibuk dengan law nya yang memang menyakitkan kepala otak. Tambah lagi dengan productionnya! Ditambah pula dengan kegatalan kesan daripada gigitan pijat lagi! Memang dasyat gila rasa gatal dia!


Aku tak faham betul lah dengan kehidupan aku dekat rumah sewa nih! Semester lepas rumah diserang nyamuk! Punyalah banyak sampai aku kena denggi! Semester nih pula kena serangan pijat! Alhamdulillah rasa - rasanya sekarang pijat dekat dalam bilik aku dah pupus kut. Tapi, tiba - tiba pula dalam bilik aku nih ada semut oren yang besar tu. Besar tak besar lah! Macam semut api pun ada juga! 


Tiba - tiba jer dia buat sarang belakang soket dalam bilik nih! Aku ingat nak sembur ridsect dekat lubang menghubung sarang dia tu tapi alih - alih ridsect aku beli hari tu dah habis diguna untuk sembur setiap ruang bilik. Haih! Masuk bulan ke 8 aku duduk sini tiba - tiba semut - semut nih dapat hidayah nak buat sarang dekat dalam bilik aku. Memang sakit hati betul. Pergilah buat dekat luar!!!
Nak kata aku simpan makanan dalam bilik tak ada lah pula. Nak kata tubuh badan aku produce gula...masalahnya aku bukan pokok tebu!! Kalau nak kata aku makan dalam bilik pun selama nih aku makan tak pernah pun nampak dia! Bila aku dah bersih bilik dari pijat hari tu dan sehari dua lepas tu tiba - tiba ada pula semut - semut nih. Dah lama kut aku tak makan dalam bilik! Haih! Aku tak faham betul lah! Mungkin serangga - serangga nih tertarik dengan wajah dan jiwa aku yang bersih lagi suci nih kut! Tapi tak bermakna bilik aku adalah bilik korang jugakkkkkkkkk! Aku tak kira!! Nanti aku nak beli ridsect!! Huhhhh! Gerammmm!!!


Aku dah beli ubat makan dan sapu untuk kesan gigitan pepijat! Alhamdulillah dah boleh tidur lena dan luka serta bengkak - bengkak dah menunjukkan tanda - tanda sudah surut! Tapi, nak tunggu wajah ngeri dekat tangan dan kaki nih hilang memang ambil masa sikit! Apa - apapun, moga - moga wajah tangan dan kaki nih kembali seperti dulu! Amin!


P/S : 
Segan Gila Aku Pergi Bazaar Seksyen 13 Semalam
Sambil Pakai T-shirt Lengan Pendek! 
Huh! Nih Semua Sebab Si Candy Dengan Linda! 
Dah Tak Pasal - Pasal Terjumpa Si JH Pula! Kehkehkehkeh!


Perhatian Semua :

Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!
Mai Join Lekas Sebelum Terlepas Peluang!

18 ulasan:

  1. tu lah..susahkan jadi orag kacak kan~

    selamat berpuasa hans!

    BalasPadam
  2. walalala~
    bahaya betul ni~
    jaga diri baik2~

    pakai sabun yang bleh hilangkan gatal2 ok?

    BalasPadam
  3. cool maher zain song in ur blog. He performed here a month ago and me n my friends got to watch him live :)

    BalasPadam
  4. haha...nyamuk pun minat ko?>

    BalasPadam
  5. plg x suke bile tido nyamuk kaco weng weng sebelah telinga. XD

    BalasPadam
  6. tu tanda kurniaan buat lu hans. pecinta binatang satu hari nanti mungkin haha

    BalasPadam
  7. tak habis lagi ka penyakit gatal hang tu?

    BalasPadam
  8. menatang semua suka kat hang kan?

    hang ni boleh jadi raja depa kowt..

    BalasPadam
  9. tak mintak duit sewa ke ngan semut semut tu..

    BalasPadam
  10. darah ko manis ke ape?
    sebab tuh byk serangga suka gigit,haha

    BalasPadam
  11. dr Fadzillah Kamsah pernah cakap dalam kelasnya, dia cakap, kalau haiwan/ serangga suka kat kita, or suka datang umah kita, means... kita orag yang beriman laa tu..

    bersyukur laa bro... hehehe

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com