Selasa, 17 Ogos 2010

Awas! Jangan Tinggalkan Apa - Apa Barang Di Dalam Kereta Anda!

Aku sebenarnya nak tidur tapi sebab aku rasa gatal sangat gara - gara kes pepijat tak selesai lagi jadi aku tak boleh tidur. Dah lah esok kelas awal pagi. Habislah aku esok! Okay! Petang tadi aku dapat lagi satu pengalaman yang bukan semua orang dapat. Mungkin semua pernah mendengar cerita tentang hal ini tapi tak semua merasai pengalaman nih di depan mata! Cermin kereta budak kelas aku dipecahkan dan laptop dia dicuri. Fuh!

Lebih Kurang Macam Nih Lah Tadi!

Al-kisahnya lepas habis kelas legend tadi, aku join 2 budak pompuan kelas aku, Nana dan Ira pergi bazaar Ramadhan dekat Seksyen 7 yang dekat kedai Pak Aji tu. Kitaorang gerak naik kereta kancil si Nana nih. Lepas bersusah payah cari parking sebab banyak betul kereta nak parking akhirnya berjumpa satu parking kosong. Budak - budak nih bawa laptop yang diletak di dalam beg. Jadi, aku suruhlah diorang berdua bawa beg laptop nih waktu nak keluar tapi masing - masing cakap penat.

Jadi, aku suruhlah letak dalam bonet kereta sebab risau juga dengan kes laptop hilang dalam kereta nih. Tapi, diorang masih nak letak dalam kereta. Aku tak boleh nak kata apalah lagipun tempat parking tu busy jer orang lalu - lalang. Selamat lah kut. Lepas tu kitaorang bertiga pun geraklah mencari juadah masing - masing. Rasa - rasanya dalam 30 minit jugalah kut dan lepas masing - masing dah puas membeli dan membelah akhirnya tibalah masa untuk pulang ke fakulti kembali sebab ada kelas lagi.
Sampai dekat kereta tengok - tengok cermin kereta belakang dah dipecahkan. Dipercayai dipecahkan menggunakan tangan yang dibalut dengan kain. Beg laptop dekat tempat duduk aku hilang. Di dalam beg laptop tu ada laptop yang baru dibeli tak sampai sebulan, broadband, pendrive dan mp3. Fuh! 1st time kut aku tengok kereta kena pecah! Selalu asyik dengar cerita jer. Nasib laptop lagi satu tak kena curi sebab duduk dekat depan dan dekat bahagian kaki! Kalau tidak memang kayalah pencuri tu.

Bila tanya dekat orang sekeliling tak ada siapa pula perasan. Haih! Memang menakutkan! Benda bukan murah! Dah tu baru beli pula! Jadi, kepada semua yang membaca entry nih aku harap korang janganlah sesekali tinggalkan apa - apa barang atau pun beg yang walaupun tak ada apa - apa tapi mampu menarik perhatian pencuri untuk mencuri barang dalam kereta korang. Bahaya!


Cermin kereta pecah tak apa sebab harga dia dalam puluh - puluh jer! Tapi bila dah hilang laptop harga nak beribu - ribu pula. Dan kepada pencuri - pencuri laptop tu, walaupun bulan sekarang ialah bulan Ramadhan tapi anda masih belum insaf! Diharap segeralah kalian bertaubat! Amin! Jadi, ingat! Jangan tinggal apa - apa barang dalam kereta yer!


P/S : Nak Cuba Letak Spender Lah Dalam Kereta! Tengok Si Pencuri Nak Curi Ker Tak!



Perhatian Semua :

Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!
Mai Join Lekas Sebelum Terlepas Peluang!

28 ulasan:

  1. uishh..
    bahaya nih kalau tinggal barang bernilai dalam kete..
    lagi2 laptop..
    memang cari nahas la derr

    BalasPadam
  2. Perempuan mana nak dengar lelaki nasihat.

    BalasPadam
  3. Mmg selalu dgr kes cam nih..
    mmg Tak berani letak brg berharga dlm keta..

    p/s:mmg cantiklah header tu.. :)

    BalasPadam
  4. tu la~~len kali kalau malas cmne pun,letak la bawah seat ke,nyorokan dari pandangan~~ni kira macam mendedahkan aurat la..mane x kene rogol~ahak~

    BalasPadam
  5. Adziim : Komen kamu agak sarkastik di situ.

    Hans, aku sekarang kalau keluar mana2, laptop memang aku sembunyikan dalam kereta atau aku angkut ke mana je aku pergi.

    Lagi satu, kalau aku drive sekarang ni, handbag aku letak kat tepi aku ataupun di bawah kaki. Bahaya sebab ada orang, kat traffic light, pencuri pecahkan cermin tingkap, ambil handbag kat belakang~

    T___T


    manusia sekarang makin sadis

    BalasPadam
  6. cermin kereta puluh2 je hans? murahhh haha

    BalasPadam
  7. jadikan ini sebagai pengajaran...sentiasa beringat...pesan kat kawan2 tue..aku faham sangat dunia student nie...sapa larat nak usung laptop kesana kemari...kalo boleh beli beg galas khas tuk laptop..selain stylish...mudah nak usung...kalo payah nak bawa kesana kemari..toksah bawa laptop tue...

    jangan pisang berbuah dua kali...ingat!!!

    p/s: selalu pesan junior macam nie...hahaha

    BalasPadam
  8. mak aih...seramnye.
    ooo..encik adziim, i tak payah laki cakap..mmg heret lappy ke mane2.
    laen la kete tu ade machine gun kuor tiap2 kali org sentoh..percaye2~

    BalasPadam
  9. bahaya gila..
    iktibar untuk semua

    BalasPadam
  10. Ishk2..Ahad kemarin aku tengok indon pecahkan tingkap belakang kereta kat parking bazar ramadhan.awal2 ingatkan kunci dia tertinggal dalam kete pastu dia macam si bodo yang pecahkan tingkap sebab nak amik kunci.rupa-rupanya aku la si bodo yang duk tengok je sampai la dia tarik satu beg dari kete tu pastu terus blah tinggalkan kete tu.dah jauh macam baru sedar pastu baru nak jerit2 bagitau yang indon tu pencuri.dia terlepas tapi beg dia tinggalkan masa lari.ishk2...tinggal lagi beg dalam kete.

    BalasPadam
  11. sekali dah ckp jng lah nak try memang akan terjadi ambil lah pengajaran bro...

    BalasPadam
  12. aku kalau nak g mana2, mmg bawak semua laptop ke, camera ke...xberani tinggal dalam kete..bahaya

    BalasPadam
  13. Kena lah sentiasa beringat ingat ni..barang berharga kena bawa sama kita..jangan letak dalam kereta walaupun peti tv jika ada dalam kereta..

    BalasPadam
  14. memang kena hati2, bukannya apa diaorang ni main belasah aja

    Hidup Seorang Blogger

    BalasPadam
  15. adeh.. satu rugi ganti cermin, 2 rugi laptop.. so mmg rugi la.. buat report polis tak?
    klu buat report polis lg elok, nti ada la polis yg berjaga kat tempat tu.

    hurmm.. sabar je la.. benda dh nak jd. lain kali kena hati2 la..

    **dah ada lagu maher zain la.. hihi =P

    BalasPadam
  16. salam hans,
    sorry lama tak menjengah...

    check out this link ye?
    http://vee-midastouch.blogspot.com/2010/08/bbq-dinner-16-oct-10.html

    BalasPadam
  17. huhu..takutnya..baca..

    tp bila tang kata nak letak spender tu ada x org curi...x tahan gelak..kah..rsnya bg free pun org x nak kot..hahah

    BalasPadam
  18. Banyak sangat dah kes macam ni.... Ada org tinggalkan Handphone lg dlm kete.... Mintak dijauhkanla...

    BalasPadam
  19. memang pon weh
    ko sorok camne pon, kalo org tu mmg niat nak mencuri, siap ade bwk sensor kot.
    berhati2 laa :)

    BalasPadam
  20. ihsan lg hensem dr hans..17 Ogos 2010 11:51 PG

    aku tgglkn spender tp xde sorg pon nk pecahkn.. plik jgak aku... ko x pelik ke hans??

    BalasPadam
  21. ihsan lg hensem dr hans..17 Ogos 2010 11:51 PG

    aku tgglkn spender tp xde sorg pon nk pecahkn.. plik jgak aku... ko x pelik ke hans??

    BalasPadam
  22. hui tu la degil hik~ klu ko letak speder, aku mai pecahkan.. ahhaha

    BalasPadam
  23. ohmai.. lepas ni tak buat lagi :/

    BalasPadam
  24. lain kali berigt. mmg jgn la berniat nk tgglkn laptop dlm kete. igt yer hans.~

    BalasPadam
  25. kalau aku memang kena bawak laptop..rasa xsedap hati kalau tinggalkan dalam kete..kakak aku yg tinggalkan laptop kat umh sewa pon kena kebas sebab ada orang pecah masuk rumah..tu lagi dasyat..

    BalasPadam
  26. hans, den pun mcm LORD ZARA, kalau drive laptop msti di letakkan di sebelah bawah lantai kereta. risau juga...kang tak pasal2 je kan.. pastu kalau nak kuar mana2..den sanguup angkot beg laptop tu...huhuhu...

    cermin keta kancil belakang saja RM300 hans..keta den baru je pecah awal tahun hari tu...huhuhu...mahal juga tu..

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com