Selasa, 24 Ogos 2010

Berbuka Di Fakulti Hotel & Pelancongan UiTM

Fuh! Pagi tadi presentation memang sikit gila budak dalam kelas! Jadi, tak rasa apa - apalah sangat! Hohohoho! Alhamdulillah! Balik rumah memang rasa penat gila! Memang redha dan tawakal jer lah nak ponteng kelas petang tadi! Petang tadi patutnya ada 2 kelas dan cadangnya nak ponteng kedua - dua kelas. Tapi, dapat hidayah pula suruh pergi kelas petang! Hik hik hik!

Aku Penat Macam Kucing Nih Kut. Haha!

Aku pun semangat lah pergi kelas petang sebab lepas kelas nak gi mengketedarah dekat cafe budak tourism dengan kawan - kawan aku! Tiba - tiba classmate aku cakap kelas pukul 2 petang tadi cancel! Ya Allah! Rasa macam nak sujud syukur pun ada waktu tu! Punyalah happy! Hohoho! Kelas yang petang tadi aku pergi sebab mengenangkan lecturer tu cakap nak bagi individual assignment. Tapi tak ada pula dia bagi apa - apa! Hohoho! Gembira sampai rasa macam nak melompat.
So, lepas kelas aku dan rakan - rakan(Linda, Fara & A.D, Candy, Cassy & Mrs Cassy) pun menuju fakulti hotel & tourism untuk menjamah makanan berbuka puasa kami. Sebenarnya, kawan si Candy yang jadi ketua untuk serve makanan pada malam nih. Kiranya lagi ramai orang datang lagi tinggilah markah diorang. Satu kepala bayar RM18. Jadi, memang tak payah segan silu pun nak makan. Rembat jer apa yang ada depan mata.

Lebih Kurang Macam Nih Lah.

Mula - mula makan nasi dengan ayam dan daging! Ayam tu sebab dia fillet, jadi aku ambil 3 ketul! Daging aku ambil sikit jer lah! Lepas tu aku makan roti bersama salad - salad yang ada. Ada corn salad! Ada mix salad! Ada cold cut salad! Fuh! Memang layan gila bila campur pula dengan tartar sos ker mayonis ker apa entah! Aku ambik jer semua! Kehkehkehkeh!

Lepas tu, aku ambil pula kek! Kek ada entah yang kuning - kuning tu! Cheese cake kut! Tapi memang sedap lah! Kek coklat tahap - tahap aku buat jer! Tapi aku buat sedap lagi lah! Kehkehkeh! Kemudian, nak dijadikan cerita aku dengan si Cassy nih pergilah ambil fillet ayam tu banyak - banyak. Siap buat hiasan lagi dalam pinggan tu. Ambil carrot yang dijadikan bunga! Ambil daun sayur yang dijadikan hiasan! Kira sebagai budak yang tak ada basic dalam bab hias - menghias makanan memang boleh dapat full mark lah! Mamat yang tunggu turn dia nak ambil ayam tu senyum - senyum jer tengok gelagat kitoarang! Kehkehkehkeh!
Serius! Memang habis fillet ayam tu! Senang cakap budak - budak malam nih mesti markah diorang full lah! Meja penuh! Makanan habis! Hohohoho! Memang kenyang gila! Dah tak pasal - pasal kawan merangkap jiran aku dekat rumah sewa nih cakap aku dah gemuk! Adess! Aku rasa seluar aku macam dah longgar! Tak kisahlah! Makan jer lah sementara selera ada nih. Hohoho!


P/S : Jeep Dekat Luar Rumah Aku Terbakar Gara - Gara Budak Main Mercun! Hohoho!


Perhatian Semua :

Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!
Mai Join Lekas Sebelum Terlepas Peluang!

4 ulasan:

  1. amboi3.. banyak nya ko makan.. padan laa jiran ko cakap gemuk. kikiki.. psiko...

    BalasPadam
  2. eh ~ hans gemuk ke? gemuk ke? wakaka! okay, jap nak bayang bayangkan. hans, diet diet sikit ea, kang tak muat baju raya. wakaka

    BalasPadam
  3. Wasehh.. Byk betul brg makan.. Uishh.. Tue kalau tak kenyang lagi memang bela saka dua tiga ekor.. haha...

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com