Selasa, 3 Ogos 2010

Drama Minggu Ini : Awak Nak Guna PC Ker Wahai Si Kacak?

 Watak - Watak Utama

Jejaka Kacak


Gadis Sunti 1


Gadis Sunti 2


Akak Cyber CafeC


 Jejaka Kurang Kacak


Sumber Gambar : Google


Si jejaka yang segak bergaya melangkah gagah menuju ke satu ruang cahaya yang berlari keluar dari celahan pintu biru. Senyuman melirik di bibir tika anak matanya meliar melihat suasana sekeliling yang diyakininya tidaklah sesesak selalu.

Usai si jejaka terpandang dua orang gadis sunti sedang leka berbual - bual di hadapan sebuah komputer yang terpegun kaku. Jari - jemari gadis sunti yang pertama leka menari - nari di atas permukaan papan kekunci sambil sesekali jari - jemari itu pantas menolak tetikus ke kanan dan ke kiri. Manakala gadis sunti yang kedua pula setia menemani gadis sunti yang pertama tadi dengan senyuman yang sentiasa lekang daripada bibir pucatnya itu.

Pantas lidah si jejaka seraya bertegur sapa dengan si kakak pekerja cyber cafe berkulit hitam manis yang tidak lekang senyuman dari bibirnya.
Jejaka Kacak : Hai Akak! Cantiklah akak hari nih! Makan jamu mak dara ker?

Akak : Tak adalah si kacak! Akak mana mampu nak beli jamu - jamu nih!

Jejaka Kacak : Jadi, bagaimana wajah akak boleh menjadi semulus seperti ini?

Akak : Nak tahu ker rahsia akak wahai si kacak?

Jejaka Kacak : Ialah! Mestilah nak tahu! Apa rahsianya?

Akak : Akak makan makanan yang orang belanja jer!

Jejaka Kacak : Owh! Macam tu rupanya! Saya akan cuba amalkan! Ni nak tanya akak nih! Ada satu PC jer ker boleh print assignment nih?

Akak : Ada satu jer! Tu lah korang nih! Suka print assignment last minute!

Jejaka Kacak : Eh, assignment saya nih minggu depan. Sajalah saya print awal. Ingatkan kena hantar hari nih. Hahaha!

Akak : Wahhhhh! Baguslah kamu nih wahai si kacak!

Jejaka Kacak : Tengok oranglah beb! Eh,kak! Hohoho!


Kelihatannya jasad 2 orang gadis sunti tadi masih lagi setia berada di hadapan komputer yang terpaksa bekerja melebihi masa yang ditetapkan semata - mata untuk memuaskan nafsu ramai manusia lain terhadapnya.

Gadis Sunti 1 : Awak nak guna pc nih ker wahai si kacak? (muka gelisah)

Jejaka Kacak : Yer! (habis tu buat apa aku buang masa tunggu belakang kau!)

Gadis Sunti 1 : Owh, kejap yer! (merayu dengan muka yang sedih)

Gadis Sunti 2 : Dah siap ker Nab?

Gadis Sunti 1 : Oi, Kiah! Kita punya assignment nih ada berapa page tak tau? 3 ka empat hah? Mak lupalah nyah!

Gadis Sunti 2 : Entahlah Nab! Tak silap aku dia nak 5 page. Tak pa lah! Hang print ja hat nih! Campoq dengan muka depan jadilah 5!

Gadis Sunti 1 : Tapi Kiah aku dah adjust dah sikit - sikit nih! Dia dah jadi 3 page dah! Tak pa ka?

Gadis Sunti 2 : Tak pa! Tak pa! Okay dah tu! Dia kata jangan lebih dari 5 page!

Gadis Sunti 1 : Owh, lagu tu ka Kiah?

Gadis Sunti 2 : Lagu tu la kut!

Jejaka Kacak : Kak! PC nih jer ker boleh print assignment? (saja menguatkan suara)

Akak : Ar ah! Eh, korang dua nih tak habis - habis lagi ker? Korang nak print ker nak edit assignment tu? (tanya akak sambil berwajah kehairanan)

Gadis Sunti 1 : Eh, nak print lah akak! Tukar font jer nih hah! (sambil jari - jemari fokus pada tetikus)

Akak : Hah! Cepat sikit! Orang lain pun nak guna juga! (bersuara lembut)

Gadis Sunti 1 : ..............(menolak - nolak tetikus).

Gadis Sunti 2 : Dah siap! (sambil melepaskan lelah keluar dari perut)

Gadis Sunti 1 : Eh, asal pendrive nih tak leh eject nih? Hish! Tarik jer lah! (muka gelabah)


Keayuan gadis sunti 1 tadi musnah bagai debu yang berterbangan ditiup sang taufan yang datang menyerang permukaan bumi yang landai gara - gara kegelisahan sang gadis ketika itu. Manakala si jejaka kacak pula mengambil alih penggunaan komputer tadi dan terus menyelesaikan tugasan dengan pantas dan cekap. Kelihatan seorang lagi jejaka yang tidaklah sekacak seperti si jejaka kacak sedang menunggu di belakang.

Jejaka Kurang Kacak : Dah siap? (terkejut)

Jejaka Kacak : Dah. Sila! Sila! (muka bangga)

Akak : Dah siap dah si kacak? Cepat betul kau!

Jejaka Kacak : Dah siap dah kak! Tengok jarilah beb! Eh, kak!

Akak : Hah! Adik! Kenapa berdiri jer tu? Nak print kan?

Jejaka Kurang Kacak : Yer! (muka blur)

Akak : Habis tu! Pergilah print! Tengok! Kan dah ada orang lain dah duduk depan pc tu!

Jejaka Kacak : Tempat ini mengamalkan sistem layan diri yer.

Jejaka Kurang Kacak : ......(senyum sambil menuju ke pc seorang diri)


P/S : Tak Gemar Bila Ada Manusia 
Mengubah Hasil Kerja Mereka Terlalu Lama Di Komputer 
Yang Sebenarnya Di Khaskan Untuk Mencetak Sahaja!


22 ulasan:

  1. gemar lagi menggunakan printer sendiri...hahhaa

    BalasPadam
  2. bro,ade je cerita ko nak buat ek..hehehe..idea tak pernha putus..huhu

    BalasPadam
  3. adakah kau ingin mengatakan yg kau si jejaka kacak itu.. hahhah..

    nice3..

    BalasPadam
  4. aku kah jejaka kacak yg kau maksudkan tu?
    haha~

    BalasPadam
  5. Cam aku je jejaka kacak tu... hehehehehehe. :P

    BalasPadam
  6. owh..
    jejaka kacak tu ko kan?

    BalasPadam
  7. sir marcello : aku xada printer

    nabil : haha..kang kalau xtulis rasa cam hidup xlengkap

    syah : u're so brilliant...haha

    hizami : totally wrong...it's me...haha

    faiz : sudah!bukan ko lah..hahaha

    aduka : haaha...ikut kata hati ekau bro..hehehe

    BalasPadam
  8. sokong sgt2. if nak print 2 , wat cre nak print.ni nak edit lme2 lak.haish.

    ni based on experience la ea?jejaka kacak tu anda la? ;p

    BalasPadam
  9. entah la, tak phm la org yg sibuk2 nak edit kat tempat print..sbb tu aku dh lama guna printer sndiri..

    blogger yang tersepit

    BalasPadam
  10. Nasib baik gadis tue buat cepat2.. Kalau tak gerenti dah dpt nombor telifon... ehhh.. Lupa.. Cantik ker gadis sunti tu? haha..

    BalasPadam
  11. ramai je buat edit depan laptop masa nak print hehee..

    BalasPadam
  12. haha..
    apahal akak cafe tu seksi sngt.

    BalasPadam
  13. si kacak tu siapa?? anda kah??
    hehehe

    BalasPadam
  14. lain kali kasi edit habis2 baru kasi print. hish.

    BalasPadam
  15. hampeh betul gadis2 sunti macam tu

    BalasPadam
  16. komen ni tak de kena mengena dengan entri actly.

    just nak cakap yang followers kau dah nak dekat seribu weyh!!!!!

    hahahahahahaha

    BalasPadam
  17. ko kutuk org pkai kopiah ke hans? haha

    BalasPadam
  18. haha...budak pompuan mmg camtu...

    BalasPadam
  19. aku print kat opis jek,..jimat!hahaaha

    rindu lah poyo!hahaah!

    BalasPadam
  20. hahaha.. tak boleh ke edit kat tempat lain dulu? macam2 hal..

    BalasPadam
  21. dtg bace drama duta tomato.. ceyhh..

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com