Jumaat, 6 Ogos 2010

Entry 18SG : Ayam Nih Tak Masak Lagilah! Aku Gigit Tersembur Darah Ayam Nih!

Amaran : 
Kepada Pembaca Yang Menghidap Sakit Jantung 
Atau Tidak Boleh Membaca Benda Yang Memualkan Tidak Digalakkan Untuk Membaca Entry Ini.


Aku nih waktu kecik - kecik dulu memang suka dok tengok apa yang orang dok buat. Samalah macam sekarang nih! Aku suka memerhati gerak - geri manusia sekeliling aku. Walaupun aku tak terbabit langsung di dalam aktiviti manusia yang aku lihat seperti contohnya mesyuarat ahli tingkap ataupun mesyurat berpoligami namun aku memang suka melihat dan cuba untuk mengetahui tentang sesuatu perkara yang sedang mereka lakukan.

Begitu jugalah sewaktu proses membakar atau memanggang ayam, ikan, daging dan sebagainya. Mulut aku nih kalau hangpa semua nak tau waktu kecik - kecik dulu sangatlah becok. Aku nak tau sebab apa bila nak bakaq ayam nih kena guna arang? Kenapa kena sapu planta atau marjerin? Kenapa nak kena tunggu arang jadi bara dulu baru boleh bakaq? Kenapa tak biaq api tu tinggi melangit dan terus bakaq? Bukankah lagi cepat masak? Macam - macam persoalan yang kadang - kadang perlu dan tak perlu aku tanya sampai naik mengamuk mak ayah aku nak menjawab. Hahaha.


 Gambar Hiasan - Sumber Google
Jadi, kiranya aku tahulah bila kita nak bakar ayam, ikan atau daging nih, apa yang perlu dipastikan ialah arang yang digunakan tu mesti dibiarkan menjadi bara dan barulah kita letak apa - apa daging yang mahu dibakar tu di atas arang tu. Jadi, aku ingat lagi waktu aku sekolah menengah tak silap di tingkatan 3 yang mana setiap kelas dibekalkan berpuluh ketul ayam, arang dan juga tempat membakar bagi jamuan BBQ.

Seorang boleh makan 2 ketul ayam saja tapi kalau ada saki - baki hat lebih - lebih tu pandai - pandailah rembat! Hahaha! Kebanyakkan tukang yang nak membakar nih adalah budak - budak yang agak berpengaruhlah di antara semua. Kiranya kalau diorang cakap mesti budak - budak lain jadi pak turut la ikut. Dan kebanyakkan diorang nih bolehlah dikatakan berlagak pandai sewaktu nak membakar ayam nih. Kenapa aku kata begitu? Sebabnya, mereka biarkan arang tu sedang terbakar dengan apinya yang setinggi langit dan kemudian terus bakar. Memanglah ayam - ayam tu jadi hitam atau lebih tepat lagi hangit sehangit - hangitnya.


 Gambar Hiasan - Sumber Google

Sudahlah dibakarnya sekejap sahaja lepas tu terus diangkat dan diletak dekat pinggan. Mereka tersangatlah yakinnya yang ayam tu dah masak sebab tengok kulit ayam dah rentung. Sah - sahlah rentung kalau api dari arang tu macam nak bakar rumah jer lagaknya. Hahaha! Dalam banyak - banyak budak lelaki yang diamanahkan membakar tu hanya 3-4 orang saja yang bersetuju dengan aku. Aku dah cakap biar arang tu jadi bara lepas tu barulah bakar. Tapi, masing - masing keteqaq tak nak dengaq dan ikut kata perut masing - masing nak makan cepat. 

Dah tu boleh pula mereka nih kutuk - kutuk aku kata aku berlagak pandailah dan sebagainya. Aku peduli apa waktu tu. Nanti hangpa semua tau lah nasib hangpa waktu gigi dan isi ayam  yang 'masak' tu bersatu. Hahaha! Akhirnya, adalah juga seorang dua kawan aku nih terpengaruh dan bersama yang lain ambil ayam yang 'masak' tu dan pergi cari port nak makan. Lepas mereka semua pergi aku dah cakap dah dekat dua orang budak yang lain tu. Aku kata percayalah cakap aku 5 minit lepas nih mesti mereka - mereka tu datang balik.

Lepas tu aku dengan dua orang lagi yang setuju dengan pendapat aku tu bakar sendiri ayam kitaorang. Waktu tiba turn aku membakar ayam tu memang terbaik gila. Waktu tu arang dah jadi bara. Memang meleleh ayaq lioq aku nih menanti ayam aku masak. Hahaha! Tengah dok best alih - alihkan ayam - ayam tu tiba - tiba budak - budak yang tadi gembira sebab ayam mereka dah 'masak' tu datang balik dekat tempat kami sedang membakar ayam.

"Weih! Ayam nih tak masak lagilah! Aku dah tadi ambik bahagian drumstik. Aku gigit tersembur darah ayam nih! Macam mana nih? Boleh bakar balik tak?" kata salah seorang daripada budak - budak tu. Aku hanya mendiamkan diri sahaja tapi dalam hati aku ketawa gila - gila punya. Itulah! Waktu aku cakap tadi masing - masing ketegaq! Semua dok budget pandai tapi alih - alih haprak! Tiba - tiba budak yang bersetuju dengan pendapat aku sebelum nih pun cakaplah,"Tulah! Tadi kami dah bagitahu dah tapi hangpa semua nih takmau dengaq! Ketegaq! Hah! Rasalah sekarang!"


Gambar Hiasan - Sumber Google

Lepas ayam aku siap dibakar maka aku pun mencarilah port makan yang menarik dan melantak dengan nikmatnya. Budak - budak yang tadinya mengutuk - ngutuk kata aku berlagak pandai tu pun masing - masing mendiamkan diri sambil membakar balik ayam mereka yang telah pun digigit sebelum ini. Terasa hati aku puas waktu tu sebab dapat menutup mulut - mulut yang tadinya megah berhujah membuktikan kehebatan masing - masing. Hahaha!


Waktu Tu Aku Gembira Macam Nih Lah Kut! Hohoho!


P/S : Waktu Paling Best Makan Ayam Bakar
Semasa Buat BBQ Dekat Hostel Sekolah Teknik! 
Memang Terbaik Sebab Waktu Tu Boleh Kata 
70% Tahu Macam Mana Nak Bakar Ayam!

18 ulasan:

  1. ramai fikir bakar ayam guna api besar...adei...patutnya tak payah api yang menyala2...arang yg merah kemerahan tue yang bagus

    p/s: plkn wajib ajar benda nie...

    BalasPadam
  2. aku tak pandai masak.... ehehehe. tapi tahulah ayam kena masak lama sket

    BalasPadam
  3. btul..ak pn pnh belaku kjdian mcm nih... sbb mybig fmly suka buat fmly day, so bbq nih adlh prkara wajib.. tp mklum la..kite ni dak sskola lg, kecik plk mse tu...sume tank denga.. haaa..aku uat mcm han buat laa..pastu sume ikot...pstu ckg bebel sape yg baka aym smpai hanget manget nh..

    BalasPadam
  4. entry ketiga hari ni keluar pasal ayam..isk..lapar~

    BalasPadam
  5. aku penah mkn ayam xmasak...
    nk termuntah rsenye..
    euw...

    BalasPadam
  6. sedapnya..hans, sy dah lama tak bbq.nak oder ayam panggang satu leh

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum Hans,
    Haha..kenapa ek otak kita sama? sama sebab pernah terfikir pasal tue...

    Kalau ikut hati,nak je besarkan api kat arang tue..tp bila fikir balik n baca kisah ko..akan jd gitu lak..haha..

    yg ak paling hairan..kenapa ek letak majerin? hurm.. :)

    BalasPadam
  8. sir marcello : ar ar...betul2..sokong ko!

    jard : ar ar...kalau bahagian yang ada banyak isi kena masak lagi lama.

    ishiko : hahaha..

    macy : jom makan nasi ayam

    senandung : haha...gila la ko...hilang selera seminggu beb

    dayah : Bak RM100

    amir izzat : untuk sedapkan lagi ayam tu...tapi skrg xletak dah..dlu2 lah...hohoho

    BalasPadam
  9. tahu takpe.
    mana ley api besar2.
    api kena lite lite.
    :)

    BalasPadam
  10. aduhhh ~ kenape ramai yang buat entry pasal makan ni? mentang mentang dah nak puasa ea.. dulu dajah 4 dajah 5 selalu gak main bakar2 ikan/ayam belakang umah dengan anak jiran. tapi tak pernah tak masak sebab kami pompuan. sejak azali lagi memang pandai masak. ehehe

    BalasPadam
  11. Hahaha..padan muke kan..
    berlagak pandai lg.. :)

    BalasPadam
  12. tu la...org bodoh sombng...
    org ckp xnk dgr..kan dah kena sendiri...huhu

    BalasPadam
  13. aku makan pndai..tp klu bakar..abah aku pandai..hee

    BalasPadam
  14. ayam percik feveret baq hanggg

    BalasPadam
  15. hahahaaa....lawak lar..saya pun penah jgk wat bbq dgn klasmet..tapi malangnya kena buli dgn senior..

    BalasPadam
  16. sbb tu sis xpenah buat (bakaq ayam)! :p takut xcukup masak..naya aja

    BalasPadam
  17. mujur juga han tahu pasal bakar membakar ni...kak ida bakar ayam dalam oven je.. ngeee...

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com