Rabu, 4 Ogos 2010

Entry 18SG : Ingin Memikat Wanita? Kami Ada Caranya!

 AMARAN : 
HANYA UNTUK 18 TAHUN KE ATAS SAHAJA!


Hari tu aku kemas - kemas bilik dan aku terjumpa satu keratan iklan tentang Produk X. Baru aku teringat! Aku dapat benda nih waktu aku makan nasi lemak dekat Restoran Bara di Seksyen 7 selepas menonton Street Dance 3D dengan Ezzy, Erna dan Yatie.

Waktu mula - mula aku dapat flyer nih aku pelik juga sebab kenapa abang tu bagi dekat  aku sorang jer. Lepas tu aku tengok dekat meja - meja lain pun memang abang tu bagi kertas iklan nih dekat lelaki jer. Bila aku tengok baru aku faham. Iklan perfume yang memikat wanita.

Bila aku baca memang aku gelak kuat gila. Tak tahan weih! Lawak gila flyer nih! Sumpah sakit perut ketawa. Abang yang bagi flyer tu pandang - pandang jer aku. Lepas tu lelaki - lelaki dekat meja lain pun senyum - senyum jer baca. Nak tahu kenapa aku ketawa? Mari baca antara butiran - butiran yang aku ambil dari flyer tu tapi dekat nama tu aku ubah - ubahlah sikit.


Ingin Memikat Wanita? Mari Beli Produk X!





Kesan Selepas Menggunakan Produk X

  1. Lebih banyak mata memandang dan senyum ke arah anda tanpa paksaan.
  2. Anda akan dilihat lebih menarik.
  3. Lebih mudah buat temujanji.
  4. Memperbaiki hubungan yang sedia bergolak.
  5. Wanita akan lebih mesra, lembut dan rasa ingin berbual dengan anda.
  6. Wanita akan cuba MENGGODA anda tanpa anda sedari.
  7. Lelaki - lelaki akan merasa aura kejantanan anda.
  8. Dan BANYAK LAGI..... 

Bagaimana Cara Menggunakan Produk X?

Titiskan 1-3 titis pada nadi pergelangan tangan dan sapukan sedikit pada leher dan belakang telinga atau pada pakaian anda. Apabila Produk X bersatu dengan peluh anda dan akan menghasilkan satu bau yang amat unik dan membuatkan kebanyakaan wanita 'TIDAK SENANG DUDUK'


Testimoni Mereka Yang Pernah Menggunakannya

1. Alejandro Al-Gomez :- 
Saya pernahlah nak keluar rumah satu malam tu. Tiba - tiba anak dara saya yang berumur lingkungan 18 tahun tu tegur saya,"Papa nak pergi mana dengan bau yang seksi nih? Elok duduk rumah jer nanti ramai pula perempuan yang tergoda dengan bau papa nih."

2. Swanziman Monaque :- 
Pengalaman saya tidaklah seseronok mana tapi memang saya perasan sesuatu yang lain lepas saya menggunakannya. Saya pergi kerja naik monorail. Dalam monorail kadang - kadang sesak! Apa yang saya perasan memang eye contact cukup banyak. Saya perasan perempuan - perempuan nih yang lebih - lebih. Siap gesel - gesel punggung lagi!

3. Machivile Diego :- 
Sales dan jualan saya semakin meningkat. Saya dapati pelanggan - pelanggan lebih - lebih lagi wanita, senang betul nak 'close'. Apa yang boleh saya cakap, SYABAS! Dan thank you dengan produk X nih. TQ!


Amacam? Patut ker tak aku ketawa waktu tu? Hahahaha! Kalau betul lah wujud perfume macam nih tak payahlah aku susah - susah nak mengurat Lisa Surihans. Kan? Kan?


P/S : 
Salah Strategi Betul Abang Tuh!
Pergi Belajar Cara Nak Buat Iklan Lah! 
Baru Produk Laku! Hohohoho!

28 ulasan:

  1. Haha... Taktik dier jer tue... Dari 10 org lelaki mungkin ada 2 org yg makan umpan...

    BalasPadam
  2. hoho..hbis tu strategi yg btol mcm mana??

    BalasPadam
  3. Ni mcm minyak wangi yg ada hormon tu je. Prnh aku baca saintis US buat kajian. Dh kuar ke blum xtau la plak.

    BalasPadam
  4. hahaha..lawak.. ap pny iklan daa..hahaa made my day.

    BalasPadam
  5. nghahha~bagi aku satu hans!heheh...mana tau tiz zaqyah pun cari aku..kan~haha

    BalasPadam
  6. wah...ko sila jgn pakai..nnti aku tergoda ngn ko..mau ssh hati boipren aku....

    BalasPadam
  7. phero x rite? haruman yang membebaskan hormon yang menarik wanita...

    sains bro...tiada mustahil..kajian demi kajian dilakukan..tang ori tak ori jer yang meragukan...besa r...limpahan produk murahan :P

    BalasPadam
  8. hahaha gila babun. yang penting lisa kenapa mesti ada cissss

    BalasPadam
  9. muahahaha tapi zida ade penah baca jugak. peluh lelaki tu kadang2 boleh memikat wanita. majalah remaja kot yang cakap..

    ps.pehal nama2 dorg plek2 ni. adoi. ==

    BalasPadam
  10. ayat testimoni tue nampak sangat macam rekaan.... hohoho

    BalasPadam
  11. pewwwitt....nak tackle lisa surihani yea.... rasanya perfume nie citer pasal pheromone...anyway kalau refer iklan AXE lagi tak leh blah.... ;-p

    BalasPadam
  12. part testimoni tu memang xleh blah,hak3

    BalasPadam
  13. bro, klau cmne ak pun naaakkk!ahaha

    BalasPadam
  14. nak beli product x! berapa ringgit?! :P

    BalasPadam
  15. strategi bdk2..
    bengkOk dh owg skrg ney beb...
    haha

    BalasPadam
  16. HAHAHAHAH! MEMANG KELAKAR OK PRODUK NIH. UNTUK PMPN TAKDE?? AKU NAK NGURAT KYUHYUN PLAK~

    BalasPadam
  17. guna cara memikat smulajadi lbh best!
    X perlu produk x..
    Haha..

    BalasPadam
  18. ini macam, tak mandi pagi pun boleh dapat awek (yg terencat akal la)

    BalasPadam
  19. ini macam, tak mandi pagi pun boleh dapat awek (yg terencat akal la)

    BalasPadam
  20. Hahaha... good entry...
    perfume ni bukan boleh memikat wanita boleh meruntuhkan rumah tangga jugak...
    tsk tsk tsk...

    BalasPadam
  21. Aku mcm tahu jek apa jenama Perfume ni.. Hehe...

    BalasPadam
  22. Wakaka...memang lawak la flyer dia tu..kalo aku pon tergelak gak bace tu.

    benda tu mesti feromon..pernah gak tgk kat dokumentari..kat mane nak beli? kehkeh..

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com