Jumaat, 20 Ogos 2010

Hari Yang Penat Tapi Berbaloi!

Bangun pagi dan bersiap - siap ke RTM. Terpaksa ponteng kelas production sebab ada interview hari nih untuk assignment. Aku dengan 3 orang lagi rakan aku(Fara, Candy dengan Linda). Seronok sewaktu dalam perjalanan mencari jabatan pemasaran RTM dekat PJ. Hahaha! 
Mula - mula kami berempat bergerak berpandukan peta yang dilakar oleh si Fara melalui rujukan beliau dekat Google Map. Dari Shah Alam sampai berjumpa padang golf jer betul dan setengah peta lagi buat kami berempat sesat seketika sampai ke kawasan perumahan. Memang peta si Fara tu wajib dibakar. Hahaha!

 Lebih Kurang Macam Nih Lah Peta Si Fara Tu. Hahaha!

Kemudian, lepas dah jumpa tempat tu nak kena cari parking pula. Sampai ke tingkat 9 baru jumpa parking kosong. Punyalah tinggi! Siapa yang gayat mesti cuak! Nasib aku tak gayat. Ekekeke! Alhamdulillah! Semuanya berjalan lancar! Sebab interview tu lama sikit jadi memang tak sempat pergi kelas pun! Jadi, rehat dekat rumah si Candy kejap. 

MonMon Waktu Kecil!

Si Candy nih ada bela kucing. Nama kucingnya MonMon! Kali last jumpa tak silap bulan April lepas. Waktu tu si MonMon ni kecil lagi. Dah tu buas pula! Orang pergi dapur dia pun berlari menonong ke dapur. Nak laju pula. Memang aku kerja melatah jer lah kalau pergi dapur tu. Hahaha! 

MonMon Dah Besar! Tadi Lagi Besar Dari Nih!

Sekarang dah besar gila! Geram aku tengok! Tapi si MonMon dah sombong dah sekarang! Nak dekat tuan dia jer. Hahaha! Apa - apapun MonMon sekarang dalam kategori kucing jantan yang kacak lah! Hohoho!

 Kemudian, 1st time pergi bazaar dekat Stadium Melawati tu. Hah! Ini baru betul - betul Bazaar Ramadhan. Memang selera aku berjalan - jalan dekat situ. Rambang mata jugalah dibuatnya. Hari nih aku beli nasi lemak kukus, kepak ayam madu dengan sirap bandung. Cuma satu yang aku perasan dekat mana - mana bazaar dekat Shah Alam nih. Kebanyakan peniaga jual nasi atau makanan berat. Kalau kuih tu jarang sangat. Yang banyak sekali kuih tepung pelita. Kalau boleh semua peniaga nak jual tepung pelita! Haih! Adakah orang Shah Alam sangat menggemari tepung pelita?


Pergi kelas petang walaupun dah lewat dan sempatlah tengok sekejap filem Merantau Warrior. Rasa macam best juga filem tu. Kemudian berbuka puasa beramai - ramai dekat cafe fakulti. Alhamdulillah! Sedap nasi yang aku beli! Seronoklah buka ramai - ramai! Mungkin sebab sebelum nih buka seorang diri. Jadi, memang rasa seronok bila berbuka ramai - ramai! Hehehe!


Kemudian balik rumah! Ambil toto yang dah siap! Kemudian, aku buat operasi besar - besaran dekat bilik aku! Keluarkan semua barang! Sapu semua! Spray macam fogging dekat lantai dan dinding! Sembut ubat pepijat! Lap bilik dengan clorox! Bilas dengan air! Kemudian sembur dengan febreeze anti bakteria. Lepas tu barang - barang lain pun aku sembur! Berpeluh - peluh aku waktu tu! Hohoho!
Alhamdulillah! Sekarang rasa gembira sikit sebab malam nih dapat tidur dengan lena. Dah ada toto! Hohohoho! Jadi, aku harap budak - budak rumah aku pun kemas dan cucilah bilik diorang mulai esok. Mari sama - sama hapuskan pepijat nih! Amin! Okaylah! Esok ada kelas pagi pula! Nak tidur dulu! Assalammualaikum.



P/S : Tiba - Tiba Tak Sabar Nak Balik Kedah! Nak Serbu Bazaar Dekat Sana Nak Cari Kuih Seri Muka! Lagi Best!



Perhatian Semua :

Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!
Mai Join Lekas Sebelum Terlepas Peluang!

21 ulasan:

  1. pergh~ ko pose tak seharian tuh? hahahaha macam tak jeh~ ngeh3

    BalasPadam
  2. kaizen : uish...posa lah beb! gila ko tinggal! walaupun 1st time dalam sejarah aku puasa, nafsu aku menghasut aku suruh buka...tapi aku rasa bersalah weih kalau tak posa..jadi aku berpuasa dengan tenang dan tenteram lah lepas tu...yang penting aku puasa penuh xpernah tinggal sejak darjah 3 yer...hoho

    BalasPadam
  3. wakakakakaka...

    bagus2... ko memang terbaik punya~ ngeh3...

    BalasPadam
  4. peta macam tu bole sesat tak balik2..hehe

    BalasPadam
  5. wah..
    sgt2 suke kueh seri muka kat sinieyh!!!!
    sgt2 sedap!!!

    BalasPadam
  6. hahaha.. seharian jln2.. naseb baik leh thn nafsu kau.. aku pun suka kueh seri muka..

    BalasPadam
  7. Kuih seri muka pun feveret gua jugak... haha...

    BalasPadam
  8. hang beli pulut sekaya ka sana hans.

    tidoq lena sampai tak bangun makan soq

    BalasPadam
  9. wahhh.. han operasi membanteras pepijat.. bagusss... :D

    bila nak baik kedah...
    teman balik peyrock harinie.. yeeehhaaaauuuuuu

    BalasPadam
  10. ommakkau besarnye monmon.tolong cubitkan ha.a..

    BalasPadam
  11. memang berbaloi-baloi..

    sedapnya kueh seri muka tu..
    puasa..puasa.. tahanlah.. huhuhu..

    BalasPadam
  12. padat betul jadual hans ek..siap ble wat operasi mengemas bilik lagi hehe

    BalasPadam
  13. cool~
    masuk tiwi ke ape wat assignment tu
    hee :D

    BalasPadam
  14. perghh kalah perdana menteri haha semoga tidur tidak terganggu lagi

    BalasPadam
  15. sehari penuh dengan aktivit...
    sekali sekala cm ni best gak ;)

    BalasPadam
  16. kuih seri muka kat perlis pun sedap gak... keh keh keh

    Jam ade Bom???

    BalasPadam
  17. aku baru je nak tanya soalan kaizen tanya tu..nasb baik ko dah jawab..hehe..

    pendapat anda?
    dosa 24 jam di facebook, sedarkah kita?

    BalasPadam
  18. wuih..seri muka..
    lapaq truih ni
    =(

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com