Isnin, 23 Ogos 2010

Kejadian Lucu Di Jalan Raya Yang Kadang - Kadang Tak Lucu!

Manusia tidak sama! Ada jenis yang tak boleh terima perubahan seseorang dari jahat ke baik. Mereka beranggapan jika manusia tu dari kecil adalah jenis pemalu maka sepanjang hidupnya akan jadi pemalu. Mereka mahu kita menjadi seperti apa yang mereka nak walaupun mereka tahu jalan hidup mereka salah. Bila berlandaskan nafsu begitulah jadinya. Mukadimah hari nih.

Sepanjang korang hidup nih mesti ada beberapa perkara yang bagi korang lucu tetapi ada bagi sesetengah orang akan rasa kasihan, sedih, malu dan sebagainya. Maklumlah! Jika sama maka dunia nih tidak akan jadi mencabar seperti ini. Tidak ada warna - warni. Tidak ada tawa sedih! Tidak ada kau hai aku dan aku hai engkau!

Jadi, aku cubalah senaraikan apa yang aku rasa lucu bila peristiwa tu terjadi kepada individu di sekeliling aku tapi aku tak mahu perkara itu berlaku kepada aku. Sebab apa? Maluuuu! Hahaha! Kali nih aku fokuskan dekat jalan raya.


1) Selipar tertanggal sewaktu naik motosikal.
Fuh! Ini memang memalukan kalau terjadi dekat aku. Hik hik hik! Bayangkan tengah best bawa motosikal dan bila sampai dekat tempat - tempat yang strategik seperti di depan pasaraya atau di bulatan jalan, tiba - tiba selipar kau terjatuh. Hohoho! Memang fikir banyak kali nak ambil ker tak! Tapi, selalunya mereka akan ambil balik selipar mereka sebab orang bukan perasan sangat wajah yang dilindungi topi keledar nih.


2) Topi keledar terjatuh di tengah jalan.

 Ini aku pernah tengok pasangan couple yang berhenti tengah jalan. Ada topi keledar dekat tengah - tengah jalan raya. Aku pun musykil juga macam mana helmet tu boleh tertanggal. Mungkin helmet tu lebih besar dari kepala atau tak pakai/ikat betul - betul. Haih! Topi keledar pun boleh tertanggal dari kepala! Hik hik hik!




3) Kopiah terbang sewaktu ke masjid atau surau.

Ini pun sering terjadi juga kepada lelaki - lelaki yang ke masjid. Mereka berambut panjang dan tebal tapi hanya memakai kopiah yang kecik dimana tak dapat nak tampung bilangan rambut yang banyak tu. Tambah - tambah lelaki nih suka bawa motosikal laju - laju. Memang kopiah tu dah jadi macam layang - layang. Tiba - tiba tercabut dari kepala dan terbang menuju ke tengah jalan. Hohoho!


4) Tudung terbang dari kepala.



Ini selalu terjadi dekat akak atau makcik - makcik yang merempit dengan motosikal. Dia merempit dekat kawasan yang memang berangin. Sedar - sedar bila sampai tempat yang dia nak pergi tinggal anak tudung jer. Tudung dah hilang entah kemana. Dah lah tudung tu beli mahal. Beli dekat Arryani plak. Lain kali ikat tudung betul - betul yer. Hehe!

Jadi, itulah antara perkara yang bila kita tengok kita rasa lucu tapi kalau terjadi dekat kita pasti malu macam orang tak puasa dibawa keliling bandar dengan van jenazah. Okaylah! Layan tidur kejap! Assalammualaikum!


P/S : Bosan Dengan Manusia Yang Suka Menghakimi Manusia Lain
Ibarat Mereka Sempurna Dan Selamat Tinggal Tweeter!


Perhatian Semua :

Acer Aspire One untuk ANDA Miliki Secara PERCUMA!
Click Gambar Untuk Ke Link Contest!
Mai Join Lekas Sebelum Terlepas Peluang!


28 ulasan:

  1. kejadian selipar jatuh atau tercabut aku pernah alami..
    hahaha..
    mmg lawak deh..

    BalasPadam
  2. kepiah terbang masa balik smayang jumaat.

    orang semua berenti.berbaris-baris bagi memberi laluan aku kutip kepiah.

    Pastu bila dah kutip, pi tepi,Orang yang lalu smua tengok,

    CEGHIN MARAODOT!

    BalasPadam
  3. Pakai helmet terbalik pun pernah..

    BalasPadam
  4. hahaha..aku dulu..tertinggal selipar timenaik keta ...bila sampai rumah.. "eh.mana selipar nie?" bila fikir balik..mesti aku pecat time naik keta..haha... itu dulu..skrg xdah..

    BalasPadam
  5. kalau yg 1st dan 2nd tu gua rasa xmalu sgt la..yg 3rd dgn 4th tu mmg malu gila beb...hahaha

    BalasPadam
  6. pernah tercabut selipar naik motor
    lagi parah, pernah naik motor tanpa selipar sbb kena curik,haha

    pehal ngan twitter bro?

    BalasPadam
  7. kes tudung nak tecabut tu penah jadi woah. tiba tiba tudung terbang sampai tutup tutup mata. kaget gila. dah melelong lelong dah. nasib baik cergas dan cepat time tu. tapi bila dah bagi betol tudung, tengok tengok kat sebelah ade pakwe pakwe naik kete usha pelik. huahuahua! maluuuu

    BalasPadam
  8. ekekek..lawak..lawak..
    kejadian helmet terjatuh, aku pernah kena. mmg malu nak maik balik, tp nasib org x ramai. kesnya? nak cepat..pastuh x sempat nak bunyi 'klik' dah nmaek moto. tangan pegang kotak kek lagik. terasa nak cabut..tp redho je laaaa..x leh pegang~!!

    tudung lak dulu..masa skolah. naek beskal. bila lori lalu..x sempat nak pegang..tudung dah terbang..ayoyoyo...nasib x accident pasal tertutup muka~!

    BalasPadam
  9. aku suka no 3 tu..penah jadi kat aku..haha..hampeh...best entry hans..

    *lama x jenguk ko hans,..apa kabar?

    BalasPadam
  10. tudumg melayang time tga jalan... kesian membe saya.. haaaiisshh...

    BalasPadam
  11. hak yg selipar tu da bape kali kena ngan aku,,,malu siot,,haha,,,jem betol

    BalasPadam
  12. aku penah tertinggal selipar waktu naek kereta...
    puas kena gelak ngan family aku...
    ahhahhaaa

    BalasPadam
  13. haha selipar pernah helmet terbang pun pernah memang rasa bangga lah hahaa

    BalasPadam
  14. selipar jatuh tak penah...diri seniri jatuh penah..hehe... malu seh...

    depan perhimpunan lak tuh.. krusi tu tak cukup kaki rupanya...ada 3 jek.... cis!

    BalasPadam
  15. gle sengal pakai hlmet le tnggl..hahaha

    BalasPadam
  16. hahaha~

    tudung tu kena pakai helmet baru tak terbang~

    kih3

    BalasPadam
  17. hahahahahaha!

    songkok terbang pernah jadi kat aku!

    masa nak pergi terawih tahun lepas~
    wakakakakaka

    BalasPadam
  18. kahkahkah... opsss posa tak boleh gelak banyk tapi lawak entri ko ni bai. ikut kan memang banyak kot kejadian-kejadian lawak kat tengah jalan raya tu.. (^_^)


    pstt: sedap lagu Barakallah ni. Nice

    BalasPadam
  19. hahaha
    x pnah alami lg
    sbb jrg nek moto :D

    BalasPadam
  20. aku tak pernah alami. tapi kawan aku pernah. songkok terbang time nak pergi solat jumaat

    BalasPadam
  21. ahahaa part yg tdung tue agak sengal.haha.kazen aku penah mengalami.huhu.cian beliau..bnyk adegan lucu kn..haha.:)

    BalasPadam
  22. pernah helmet jatuh tergolek dari motor sorang abang tu and helmet nya bergolek bawah kereta aku..last-last tersekat kat bawah kereta..masa tu memang susah gila nak keluarkan helmet tu..nasib baik xjadi ape2 kat kitorang and kereta..

    BalasPadam
  23. Aku pernah sekali selipar terjatuh sebab besar sgt selipar tue.. Last2 aku tinggalkan jer.. Malas nak ambik.. haha.. Selipar pun dah buruk dah..

    BalasPadam
  24. ada ka tudung terbang? ni mesti kes tak pin betul-betul la ni..

    BalasPadam
  25. tudung aku pernh tercabut bila aku rempit ngan basikal kat kampung. kayuh ngan sopan tetibe lori lalu kat tepi.. bersepah terbang tdung.. haha. itu kisah kecik2 dulu laa.. ngeh3..

    BalasPadam
  26. hahahahaha.nak gelak je leh x HH. :)

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com